7 Kesilapan Ketika Berbuka Ramai Yang Buat Tapi Tak Sedar


Berbuka puasa selepas seharian menahan lapar pasti menjadi satu kegembiraan hingga kadang kala kita terlupa beberapa perkara.
Boleh jadi, ketika berbuka, kita menjadi sedikit teruja dengan hidangan makanan disediakan sehingga melakukan beberapa kesilapan.
Nak tahu apa yang kami maksudkan, jom baca perkongsian Hello Doktor di bawah.
Setelah seharian penat berpuasa, menahan lapar dahaga, pastinya waktu berbuka adalah waktu yang paling dinantikan. Dengan pelbagai juadah terhidang, sudah tentu ia akan menaikkan selera. Namun, dalam keseronokan untuk berbuka puasa dan menjamu selera, terdapat beberapa kesilapan ketika berbuka puasa yang sering dilakukan tanpa sedar, yang akhirnya akan membawa mudarat kecil. Apakah antara kesilapan yang sering dilakukan ketika berbuka? Ikuti artikel ini.
Kesilapan ketika berbuka puasa
Makan secara gelojoh Tidak dinafikan, ketika perut kosong dan anda berasa lapar, keinginan untuk makan pastinya membuak-buak. Tetapi, harus berhati-hati. Makan secara gelojoh adalah sangat tidak baik untuk perut anda menjadi kembung dan tidak selesa. Terdapat kajian mengatakan, makan secara cepat boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau refluks asid perut.
Minum air sejuk Sememangnya apabila berpuasa pada cuaca yang panas, keinginan untuk minum minuman yang sejuk adalah sangat tinggi. Apatah lagi jika ianya adalah air manis dan berperisa. Namun, kebiasaan ini adalah tidak baik untuk sistem pencernaan. Ini kerana keadaan perut anda untuk seharian adalah kosong tanpa makanan mahupun minuman. Sebaliknya, memilih untuk meminum air suam kosong untuk berbuka puasa adalah yang terbaik sebelum anda mengambil sebarang minuman manis dan sejuk.
Makanan manis Sewaktu berpuasa, tahap gula dalam darah berada pada tahap yang rendah, memandangkan anda tidak mengambil sebarang makanan atau minuman, yang akhirnya membuatkan badan terasa lemah. Tetapi sewaktu berbuka, dengan pengambilan pelbagai makanan dan minuman, menjadikan tahap gula dalam darah meningkat secara mendadak. Tetapi untuk kesihatan badan, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan atau minuman manis dalam jumlah yang tinggi untuk mengelakkan kejutan kepada badan. Makan dan minumlah secara bijak untuk memberikan peluang kepada tahap gula dalam darah untuk meningkat secara perlahan-lahan.
Makanan bergoreng Pelbagai jenis makanan bergoreng sering menjadi pilihan ketika berbuka puasa. Tetapi kandungan minyak dalam makanan bergoreng adalah tidak baik bagi sistem pencernaan. Pengambilan makanan bergoreng sewaktu perut masih kosong meningkatkan risiko untuk perut menjadi kejang dan kembung, yang akhirnya menyukarkan sistem pencernaan untuk menghadam makanan tersebut.
Makan nasi Nasi mungkin merupakan antara pilihan bagi kebanyakan individu ketika berbuka puasa. Ini mungkin ia sudah menjadi kebiasaan. Tetapi, pemilihan ini sebenarnya tidak begitu baik untuk sistem pencernaan. Seharian berpuasa, keadaan perut kosong dan memakan makanan berat seperti nasi membuatkan ia terpaksa berkerja keras. Ini boleh menyebabkan perut menjadi kembung, terasa pedih dan anda mungkin berasa mual. Sebaiknya, anda mungkin boleh memakan nasi atau sebarang makanan berat lain selepas 30 minit sehingga satu jam selepas berbuka puasa. Namun, seandainya anda tidak boleh dengan waktu tersebut, paling tidak, memadailah untuk anda menunggu sehingga selepas anda bersolat maghrib.
Makanan pedas Bagi penggemar makanan pedas, pastinya anda tidak dapat menolak keinginan untuk memilih makanan pedas sewaktu berbuka. Walau bagaimanapun, keinginan anda itu adalah kurang baik untuk perut anda. pengambilan makanan pedas ketika berbuka puasa, pada waktu perut kosong, boleh mengakibatkan rasa tidak selesa pada perut dan berisiko untuk menyebabkan sakit perut atau cirit birit.
Kekenyangan Kelaparan lawannya kekenyangan. Ada yang mengatakan, waktu berbuka adalah saat di mana anda boleh membalas dendam setelah seharian tidak makan mahupun minum. Berpuasa untuk selama hampir 12 jam atau lebih bagi sesetengah tempat, menyebabkan waktu berbuka adalah waktu untuk makan sepuas-puasnya sehingga kekenyangan. Hakikatnya, tabiat ini tidak baik untuk badan. Ia boleh mengakibatkan kejutan kepada perut dan sistem pencernaan yang boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa. Malahan, dengan perut yang kekenyangan itu juga boleh menyebabkan anda malas untuk bersolat.
Kesimpulannya, walaupun seharian kita menahan lapar dan dahaga, tidak makan dan minum, adalah lebih baik untuk kita memilih untuk bersederhana dan ala kadar dalam berbuka. Bukanlah tujuan kita berpuasa untuk mengajar kita erti sabar. Jadi elakkan daripada melakukan kesilapan ketika berbuka puasa, okay?
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: Hello Doktor
The post 7 Kesilapan Ketika Berbuka Ramai Yang Buat, Tapi Tak Sedar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/01/7-kesilapan-ketika-berbuka-ramai-yang-buat-tapi-tak-sedar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 723 hits
Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa Hari ni terlebih rajin jadi terjadilah kejadian onde onde versi Lea Azleeya Ahakz Dah lama nak buat tapi tertangguh tangguh Hari ni baru hati terbuka seluasnya untuk melunaskan...
Muka Ibu Berubah Seakan Nenek Tua Ketika Hamil 3 Bulan Tapi Suami Tetap Puji Isteri Cantik

Muka Ibu Berubah Seakan Nenek Tua Ketika Hamil 3 Bulan Tapi Suami Tetap Puji Isteri Cantik

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1145 hits
Tempoh kehamilan selalunya memberi pelbagai pengalaman manis dan pahit dalam sesebuah rumah tangga Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi Benarlah bahawa Syurga itu di bawah tapak kaki ibu Seorang ibu pasti menghadapi alahan pada b...
Resepi Ayam Masak Gulai Siam Buka Selera Ketika Berbuka

Resepi Ayam Masak Gulai Siam Buka Selera Ketika Berbuka

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 734 hits
RESEPI AYAM MASAK GULAI SIAM BUKA SELERA KETIKA BERBUKABAHAN BAHAN
5 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Ketika Memasak

5 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Ketika Memasak

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 288 hits
Memasak ini lebih kurang sama dengan sains sukatan dan langkah memasak perlu sama agar ia dapat menghasilkan rasa yang enak Kesilapan yang dilakukan ketika memasak boleh menyebabkan makanan jadi kurang enak dan sebagainya Berikut adalah lim...
Hukum Makan Banyak Ketika Berbuka Puasa

Hukum Makan Banyak Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 371 hits
Apakah hukum makan banyak ketika berbuka puasa Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Biasa masyarakat kita apabila berbuka puasa makan minum dengan ...
Foto Salam Takziah Rider Temui Ajal Pada 6 Ramadan Ketika Hantar Makanan Berbuka

Foto Salam Takziah Rider Temui Ajal Pada 6 Ramadan Ketika Hantar Makanan Berbuka

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 784 hits
April 29 2020 Ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini ramai diantara kita yang mengambil peluang menjadi penghantar makanan Namun begitu kebelakangan ini seringkali kita menerima khabar sedih mengenai kecelakaan jalan raya yang melibatkan go...
Info Solat Kesilapan Meletak Jari Kaki Ketika Sujud Dalam Solat

Info Solat Kesilapan Meletak Jari Kaki Ketika Sujud Dalam Solat

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 469 hits
WAJIB BACA Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solatTopik hari ini Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solatPerasan atau tidak ketika sujud dalam solat ada bermacam cara meletak atau menyusun jari kaki kita di lantai A...
Warga Emas Cedera Ditumbuk Ketika Beli Juadah Berbuka

Warga Emas Cedera Ditumbuk Ketika Beli Juadah Berbuka

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 379 hits
Kuala Lumpur Seorang lelaki warga emas cedera di muka akibat ditumbuk seorang lelaki ketika keluar membeli kuih muih untuk juadah berbuka puasa di sebuah flat di Bukit Bangsar di sini pada Jumaat lepas Kejadian itu berlaku pada kira kira pa...
Puding Laici Berkuah Untuk Berbuka Simple Tapi Super Sedap

Puding Laici Berkuah Untuk Berbuka Simple Tapi Super Sedap

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1232 hits
Jika anda mulai buntu mencari manisan pencuci mulut untuk berbuka nanti puding yang satu ini amatlah disarankan Puding Laici Berkuah yang dikongsikan oleh ini amatlah mudah disediakan Bukan seperti puding biasa tetapi berkuah laici yang sed...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir