7 154 Kes Keselamatan Siber Setakat Julai Paling Banyak Scam
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Tawarkan program CyberSAFE beri kesedaran dan didik masyarakat									  	 	   

													 Dr Amirudin (dua dari kiri) ketika merasmikan  Fix & Go IT Specialist di Bangi hari ini. Foto: Facebook Fix & Go 													  			 			
BANGI – Sebanyak 7,154 insiden keselamatan siber dengan kebanyakannya  membabitkan penipuan setakat Julai tahun ini, dedah Ketua Pegawai  Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.
Beliau mendedahkan insiden penipuan berada pada kedudukan tertinggi dengan 5,319 insiden diikuti pencerobohan dan jenayah siber.
“Dalam kes penipuan mempunyai subkategori  salah satunya adalah scam. Scam sebenarnya berpunca daripada kelemahan  seseorang individu juga. Mereka mudah ditipu dengan pelbagai kaedah  kejuruteraan sosial.
“Justeru penting pengguna internet tidak  berkongsikan terlalu banyak maklumat mereka kerana dibimbangi data  berkenaan akan diambil pihak lain dan identiti mereka dicuri,” katanya  ketika sidang media di Fix & Go IT Specialist di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan  supaya rakyat tidak mudah percaya dengan panggilan kejuruteraan sosial  yang konon dakwa dari pihak berkuasa.
Katanya, dakwaan berkenaan membuatkan mangsa terpedaya dan mula membuat transaksi bank sehingga kehilangan ratusan ribu ringgit.
“Kes-kes ini berpunca daripada mangsa  tidak tidak sedar wujudnya usaha menipu di alam siber. Kami mendapati  kes (penipuan) memang teratas setiap tahun. Motif utama banyak bersifat  penipuan mencuri wang secara langsung atau tidak langsung,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Amirudin memaklumkan  bahawa pihaknya menawarkan program Cyber Security Awareness For Everyone  (CyberSAFE) bagi memberi kesedaran pada masa mendidik masyarakat  mengenai isu di alam siber.
Beliau berkata, kes-kes seperti penipuan juga dibawa kerana ada  masanya modus operandi penjenayah siber ini sama tapi mangsa yang  berbeza.
“Kita dapati perkara itu berulang-ulang.  Oleh kerana itu kita perkelaskan dalam bentuk ‘job scam’, ‘love scam’,  ‘Macau scam’, ‘parcel scam’ dan sebagainya.
“Konsepnya mereka mengambil kesempatan  dari kelemahan manusia seperti sifat takut contohnya mereka menakutkan  mangsa dengan panggilan polis dan amaran mahkamah.
“Satu lagi dari mereka mengambil kesempatan dari sudut ketamakan manusia,” kata beliau.
Orang ramai boleh melaporkan insiden keselamatan siber ke Pusat Bantuan Cyber999 menerusi saluran e-mel: 
[email protected],talian  bebas tol kecemasan: 1-300-88-2999 ( dari jam 9.00 pagi hingga 9.00  malam), telefon mudah alih di talian 019-2665850 (24 jam) dan khidmat  pesanan ringkas (SMS) iaitu CYBER999 ke 15888.
Selain itu pengguna boleh memuat turun  aplikasi ‘Cyber999 App di Appstore dan Google Play dan mengisi. borang  dalam talian di https://www.mycert.org.my.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/7154-kes-keselamatan-siber-setakat.html