6 Tips Untuk Scam Jadi Kaya Raya
Satu artikel yang menarik dimana saya akui terdapat ramai yang mengaku diri mereka gurus
Jom baca artikel ni:
Tadi aku tengok netflix , Tajuk Money Explained .. So dorang cite lah bab2 scam ni . Antara 3 scam yang famous , Ponzi scheme dan MLM . Yang ke tiga terbaru untuk zaman milenium adalah coaching class .
Sejak dua menjak ni banyak gila guru2 .. Sifu2 , Otai2 .. Yang mula wujud dalam dunia ni kan ?
So coaching class ni biasalah .. Siapa yang tak nak belajar kan
Aku masa mula bisnes dulu pun pernah pergi, Masa tu bodoh lagi .
Nanti aku cerita pengalaman aku . So now kita fokus macam mana dorang buat benda ni ?
Antara yang famous sekarang ialah Bisnes / Marketing / Pengurusan . Kelas ni paling ramai orang nak masuk . Sebab apa ? Sebab semua orang nak kaya !
kononnya nak berniaga kena ada ilmu yang banyak dulu sebelum boleh berniaga .
Tapi ada beberapa taktik yang dorang guna kan
1 - Nilai - Untuk tarik korang masuk kelas dorang , First dorang akan kondem pekerjaan korang sekarang .
So korang akan rasa down .. Rasa apa yang korang buat ni semua bazir masa
Lepas tu , Dorang akan tanya .
“ Assalamulaikum Jutawan 2 semua !!” ( Belum apa apa kau dah jadi jutawan 😂)
“ Siapa nak jadi jutawan ? Kalau nak .. Saya akan bantu .. Klik link dibawah untuk dapat kan tiket kelas saya dengan diskaun sebanyak 70% . Harga asal Rm 100 .. Anda akan dapat Rm 30 . Tapi !! Ada tapi lagi
Tapi kalau anda sign up sekarang , Anda akan berjaya untuk dapat satu tiket free untuk kawan anda ! Cepat ! Seat adalah limited
Of course korang akan tertarik . Korang pun join… Tak sabar nak jadi jutawan gamaknya
2- SEBAB
so bila korang dah sampai dewan seminar tu , Macam biasalah .. Semua orang kena bangun
.. Berjoget bersenam beramai2 ..💃🏻🕺🏻🏃🏻♀️
Kononnya nak jadi jutawan kena aktif.. Tak boleh ngantuk2 … 😂
Habis je berjoget .. Penceramah akan tanya satu benda pada korang ..
Iaitu “ Big Why !” Kenapa nak kaya , Kenapa kena jadi kaya ? 🙄
So korang pun terpinga2 apakah jawapan yang betul🥺
So dia pun mula main slideshow .. Gambar dia susah miskin bawak moto kapcai .😏
Kemudian dengan background lagu sedih .. Masuk gambar mak ayah dorang , Pegi haji . Kemudian rumah besar dan super car😁
So masa tu lah kita panggil pre excitement . Bermakna emosi korang dah start lembut . Seakan akan korang dah kenal dia👩❤️👨
3- Impression🙋🏻♂️
So bila hati korang dah soft masa ni lah dorang nak kasi impression . Guna terma2 yang dorang cipta sendiri .
Dia pun ajar lah skit2 .. Sipi2 je .
Contoh macam marketing - Dia ajarlah macam mana nak buat facebook ads .. contohnya
Tapi dia takkan ajar habis
Padahal belambak je video dalam youtube yang boleh ajar free macam mana nak buat facebook ads . so dengan terma2 nama yang dasyat , Serta tips dan rules ciptaan dorang sendiri
Korang akan mula kagum
So bila korang dah kagum ! Boom ! Ini lah masanya …
4- Testimoni💁🏼
Nak kasi tambah lagi ketaksuban korang …
Maka depa jemput lah bebrapa orang naik pentas kasi testimoni . Sembang bisnes untung juta2 .. Kalah megah holding
Testimoni pun sama , Cerita sejarah masa dia susah .. Dan sekarang dah kaya . Nak lembutkan lagi emosi korang .
Yang kasi testimoni pun kena menangis 😿skit2.. Kononnya tak sangka boleh berjaya …Bak kata maggi -Untuk tambah sesedap rasa..
5- Create urgency
So skarang lah dorang punya selling point . Setakat rm 30 korang tu macam mana dia nak kaya ?
So target dorang nak pastikan korang masuk premium class ..
so benda yang sama ulang balik
Kelas saya berharga Rm 40000 ! Tapi hari ni , Saya tak nak ramai2.. Tapi kalau korang nak jugak .. Saya kasi 50% diskaun !! So hanya Rm 20k Saja tuan tuan
Kenapa Rm 20k
Sebab saya akan ajar semua untuk korang buat Rm 1 Juta ringgit yang pertama dalam hidup korang ! So apa lah sangat Rm 20k berbanding Rm 1 Juta kan
So korang nak saving Rm 20k sekarang atau Nak Buat Rm 1 Juta dengan bantuan saya
So ramai lah yang dahagakan Rm 1 Juta mula masuk menderu .
Bayang kan .. Dengan Rm 20k .. Dorang perlukan 50 orang saja yang join . Kalau crowd dewan tu ada 200 orang .
Cukup lah 25% dari jumlah orang yang datang , Berjaya masuk ke kelas premium
So dalam hari yang sama .
Dorang yang Buat RM 1 Juta . Bukan kau
Tapi malangnya .. Lepas kau dah belajar .
Duit pun dah habis .. Rm 20k Tadi dah terbang .. Kos ulang alik belajar lagi ? Transport ? Makan Minum ?
So kesudahannya .. Kau pun melingkup .. Satu bisnes pun tak start lagi
So proses ini akan terus berulang .
Sampai dia yang kaya raya
6- Cari Silap Student
Bila kau buat tak jadi .. , Tak kaya macam dia cakap … Selalunya dorang akan sebolehnya cari kelemahan kau .. Sebab dorang dah ajar betul , Tapi kau yang bengap sangat
Banyak step2 yang kau tak ikut . Sebab tu kau gagal . So dia introduce pulak kat coach yang lain . Katanya , Marketing kau dah pandai .. Tapi Managing kau belum pandai
Kena ingat tau , Nanti dorang cakap gini
.. “ Nak jadi jutawan kena pandai terima teguran , buang ego Dan sentiasa bersedia untuk di mentor “ �Kalau kau tak turut kan , Dorang kata kau ego . Degil taknak dengar cakap . Sebab tu kau tak jadi jutawan
Kau pun angguk , Salah kan diri sendiri
So kau pun iyakan saja …masuk kelas coaching pengurusan pulak … Seperti yang disarankan oleh mentor kesayangan kau tadi .
Sampai kesudah semua coach kaya .
Kau ? Papa kedana .. Hutang bulanan dengan bank tetap kena bayar
Benda ni pun sama dengan coaching nak kurus
Kenapa coaching nak kurus berjaya
�sebab dorang tau .. Benda ni banyak kelemahan
Korang sendiri yang tak boleh disiplin�so jangan salahkan dorang kalau kau tak kurus sampai sekarang
Kesimpulannya .. Ini lah cara yang paling legit ( Tak menyalahi undang ) .. Untuk jadi kaya raya zaman moden ni .
Selepas setahun .. Guru2 ni semua dah boleh buat puluhan juta .. �Kau ? Apa jadi dengan kau
Hanya mampu tengok lamborghini/ ferrari dia saja .. Dengan lifestyle terbaru dia
Kalau silap2 kau rindu .. Dont worry muka dia ada je dekat jalan raya signboard besar .
Ni aku cerita dekat zimbabwe lah .. Tak tau lah kalau benda ni ada dekat malaysia 😜
Tapi sebenarnya , Banyak buku2 dekat luar sana yang murah .. Untuk ajar korang semua benda ni even lagi better isi kandungan ilmu dalam buku tu
Tapi kau malas baca ? Tak apa .
dalam youtube pun belambak ..
Lagi mudah di fahami
Aku dah terkena .. So korang jangan terkena pulak
jadi lah bijak skit ! . sbb aku pernah terjebak jadi bodoh dulu 😌.. Sebab masa tu otak dekat lutut lagi 🤪
p/s - Bisik skit , Korang tengok jutawan sebenar , Dalam malaysia . Contoh Syed mokthar bukhari .. Tony fernandes , Dato syed manshor owner adabi , dan lain lain lagi
Korang ingat dorang ada masa nak buat kelas coaching ni semua
mesti lah takde masa ! Sebab Dorang tengah busy run real business kot !!
Cuba lah fikir fikirkan .
Apa kata Hanif Idrus:Saya akui ramai gurus yang buat kelas coaching ni tetapi sebagai pengguna atau pembeli anda boleh sahaja research di Google apakah berkesanan gurus tersebut
Lihat sahaja jika mereka ada membuat buku-buku atau You Tube Channel atau Blog
Jika mereka seorang gurus yang baik, paling buruk pun mesti ada You Tube Channel memberi tunjuk ajar
Itu pendapat saya jika tanya, mana gurus yang baik dan saya pun bermula mencari gurus online saya melalui blog dan kemudian saya pergi You Tube mereka dan saya lihat video mereka.
Saya memilih artikel ini kerana saya pun geram jugak melihat banjiran gurus di sana. Kita susah payah buat EBook berbulan-bulan, mereka dengan senang buat seminar, webinar dengan sales melantun. Geram tau tak..hehehhee
Seperti saya katakan, jika anda hendak beli EBook saya anda jangan beli dulu
Baca blog saya ni dan kemudian pergi You Tube Channel saya dan anda nilaikan. Apakah saya scam.
You tube: https://bit.ly/3vzLqSELanding Pages: https://www.shopeefunnel.com/Blog: https://hanifidrus.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2021/06/6-tips-untuk-scam-jadi-kaya-raya.html