5938 Ekonomi Kita Musnah Ketahui Apa Pelan Untuk Bangun Semula Malakat Tribune 16 09 2021


 

CYBERJAYA – Pemulihan semula ekonomi negara yang musnah akibat penularan Covid-19 memerlukan semangat perjuangan dan penyatuan kuasa ekonomi masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, tanpa penglibatan dan kerjasama seluruh rakyat sebagai anggota dalam ‘Keluarga Malaysia’, permasalahan asas dalam ekonomi tidak mungkin dapat diselesaikan.
“Covid-19 telah menghancurkan asas ekonomi, keluarga dan usahawan kita. Ada syarikat yang sudah dibina berpuluh tahun akhirnya mati begitu sahaja.
“Jadi kita perlukan kerjasama taikun-taikun dan usahawan dari pelbagai bangsa untuk sama-sama kumpulkan semula kuasa ekonomi sama ada sebagai pembeli atau sebagai usahawan.
“Kita harap ini dapat membahagikan kekayaan ekonomi negara secara sama rata. Kita bersatu sebab Covid-19 dah hancurkan ekonomi kita,” katanya sempena sambutan Hari Malaysia di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini.
Majlis turut dihadiri Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), Syaraff al-Sadat.
Penularan wabak Covid-19 yang memberi impak teruk kepada ekonomi negara. Mohd. Fadzil berkata, saranan beliau yang merupakan sebahagian daripada intipadi ‘Pelan Tindakan Transformasi Keluarga Malaysia’ itu adalah pendekatan pemulihan semula ekonomi secara lebih meluas tanpa meninggalkan perjuangan ekonomi umat Islam.
Ia juga diharap dapat melibatkan dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negara ini yang terkesan akibat kemerosotan ekonomi.
“Dahulu kita buat gerakan dengan NGO-NGO Islam. Alhamdulillah kempen itu berjalan dan akan diteruskan. Ramai yang tidak faham, ingat ia adalah perjuangan melawan orang bukan Islam walhal ia hanyalah sub-seksyen yang kecil daripada perjuangan ekonomi negara,” katanya.
Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, penglibatan semua kaum dalam sektor ekonomi negara perlu kerana berkait dengan rantaian ekonomi dari peringkat pengguna, peruncit dan pembekalan.
“Jadi sempena Hari Malaysia, saya menyeru rakan perniagaan kita berbangsa Cina, India dan bangsa-bangsa bumiputera yang lain. Ayuh kita satukan matlamat untuk ambil tanggungjawab bagi menyelesaikan masalah asas ekonomi negara yang sudah musnah,” katanya.
Mohd. Fadzil berkata, selain membangunkan semula ekonomi, penyatuan kuasa ekonomi negara juga perlu mengambil kira penguasaan syarikat asing di negara ini yang secara berterusan ‘merampas’ dan menjarah hak serta kuasa ekonomi rakyat negara ini.
Katanya, dianggarkan 60 peratus daripada RM110 bilion pendapatan dikaut oleh syarikat asing di negara ini setiap tahun tanpa memberi banyak ‘manfaat’ ekonomi baik dari segi tawaran pekerjaan, gaji atau manfaat.
“Jadi kenapa kita nak bagi kepada mereka, kecuali dalam sektor yang kita tiada kepakaran. Dalam sektor peruncitan, kita mampu untuk melibatkan diri, jadi peluang perlu diagihkan kepada usahawan tempatan tapi ini tidak berlaku,” ujarnya.
Penglibatan pemain sektor peruncitan dari semua peringkat dan kaum akan memberi limpahan keuntungan kepada semua. Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya bersama-sama ‘memindahkan’ perbelanjaan daripada syarikat asing kepada syarikat milik tempatan dengan matlamat dapat mengurangkan monopoli syarikat asing di negara ini.
“Sasaran kita adalah untuk mengurangkan sebanyak 50 peratus daripada penguasaan 65 peratus pendapatan yang dikaut syarikat asing dalam tempoh 10 tahun.
“Melalui cara ini limpahan ekonomi akan memberi manfaat kepada syarikat tempatan sekaligus memberi kelebihan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Di dalam Pelan Tindakan Transformasi Keluarga Malaysia yang dibentangkan, Coach Fadzil memberi penekanan kepada beberapa perkara yang dapat memulihkan ekonomi negara.
Antaranya sasaran gaji minimum RM5,000 dan pendapatan minimum RM50,000 kepada usahawan yang dalam jangka masa panjang akan dapat membantu rakyat menambah kuasa membeli dan membolehkan kerajaan meraih pungutan cukai lebih tinggi seperti di negara-negara maju.


Artikel oleh: Malakat Tribune
EKONOMI KITA MUSNAH, KETAHUI APA PELAN UNTUK BANGUN SEMULA
https://www.malakattribunenews.com/2021/09/ekonomi-kita-musnah-ketahui-apa-pelan-untuk-bangun-semula/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/09/5938-ekonomi-kita-musnah-ketahui-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5943 Kaji Semula Program Pick Data Pandemik Covid 19 Ppim Malaysia Gazette 21 09 2021

5943 Kaji Semula Program Pick Data Pandemik Covid 19 Ppim Malaysia Gazette 21 09 2021

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Pihak pihak yang berkaitan termasuk ahli ahli Parlimen diminta supaya mengkaji dengan lebih mendalam berhubung Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan dan data data terbaharu berkaitan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malay...
7 September 2021 Kajian Semula Teknikal Harian Pasangan Mata Wang Eur Usd Dan Peluang Dagangan

7 September 2021 Kajian Semula Teknikal Harian Pasangan Mata Wang Eur Usd Dan Peluang Dagangan

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 318 hits
Baru baru ini Kesinambungan sukar di bawah zon harga yang digambarkan pada 1 1990 menunjukkan pergerakan penurunan yang selanjutnya ke arah 1 1840 dan 1 1780 di mana julat pengukuhan sisi sampingan telah dibuat Sepanjang minggu lalu pasanga...
Pelan Perdagangan Eurusd Untuk 10 September 2021

Pelan Perdagangan Eurusd Untuk 10 September 2021

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 231 hits
Prospek teknikal EURUSD mengukuh dalam julat yang ketat setelah jatuh ke tahap rendah pada tahap 1 1806 pada hari Khamis Pasangan ini dijangka melonjak lebih tinggi ke arah zon 1 1865 70 pada siang hari sebelum mencari rintangan semula Ia d...
Surplus Neraca Perdagangan Agustus 2021 Perkuat Eksternal Ekonomi Ri

Surplus Neraca Perdagangan Agustus 2021 Perkuat Eksternal Ekonomi Ri

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 278 hits
Bank Indonesia menilai surplus neraca perdagangan Indonesia di Agustus 2021 sebesar USD 4 74 miliar berkontribusi positif dalam menjaga ketahanan eksternal perekonomian Indonesia Apalagi nilai surplus perdagangan yang ditorehkan tersebut me...
Jadual Pembukaan Semula Sekolah 2021

Jadual Pembukaan Semula Sekolah 2021

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 303 hits
Sekolah di seluruh negara sesi 2021 akan dibuka semula secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara mulai 3 4 Oktober 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah rendah dan sekolah mene...
Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang Eurusd Pada 13 September 2021

Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang Eurusd Pada 13 September 2021

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 267 hits
Gambaran teknikal Pasangan mata wang EURUSD telah jatuh ke tahap 1 1780 pada hari ini setelah pulih dari tahap 1 1850 pada minggu lalu Pasangan mata wang ini cenderung untuk menemui sokongan pertengahan yang terletak di sekitar zon 1 1750 6...
Info Ringkasan Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Mengikut Fasa Ppn Mulai 3 Oktober 2021

Info Ringkasan Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Mengikut Fasa Ppn Mulai 3 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 809 hits
Salam sejahtera semua Sidang media Menteri Kanan Pendidikan YB Dr Radzi Jidin pada 12 September 2021 Ahad yang lalu telah mengumumkan pelan dan SOP pengoperasian sekolah dan juga pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober 2021 te...
Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2021 Smk Gelang Patah

Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2021 Smk Gelang Patah

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 277 hits
Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 SMK Gelang Patah Jangan lupa sertai kami Petang ini jam 2 15 September 2021 2 00 petang Hanya di Youtube Kokurikulum SMKGP https bit ly smkgpko Jumpa anda di sana Our first projek La...
5932 Ppim Syaki Ada Kartel Manipulasi Harga Pasaran Ayam Harian Metro 14 09 2021

5932 Ppim Syaki Ada Kartel Manipulasi Harga Pasaran Ayam Harian Metro 14 09 2021

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 304 hits
Kuala Lumpur Saya mengesyaki ada kartel yang menjadi dalang dan persoalannya sampai bila kita mahu membiarkan mereka terus mengaut untung kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan Nadzim memberi reaksi itu berh...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall