5685 Tajuddin Tidak Layak Memimpin Ppim Wacana My 03 06 2021


 

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Seorang pemimpin masyarakat seperti menteri atau wakil rakyat yang dipilih harus memiliki tiga sifat asas utama iaitu sifat kemanusiaan, kredibiliti dan kompeten.
Malangnya bekas pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman “bukan sahaja tidak mempunyai keupayaan atau ciri-ciri pemimpin rakyat yang baik, malah beliau tidak layak menerajui syarikat GLC,” menurut ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.
Datuk Nadzim Johan Kata Nadzim, seorang pemimpin yang baik harus ada ketiga-tiga sifat tersebut sebagai asas kepimpinan selain kebijaksanaan dan ketelusan dalam menjalankan tugas.
“Saya lihat beliau hanya pandai menambah aset keluarga dan terbukti dengan banglo mewah keluarganya tetapi gagal menjalankan amanah yang diberi rakyat, apabila kita lihat cara beliau menjalankan tugasnya,” katanya ketika dihubungi Wacana.my hari ini.
Tambah Nadzim, apabila berlaku perkara seperti kejadian kemalangan tren baru-baru ini, perhatian seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tertumpu kepada tindakan dan tindak tanduk pemimpin masyarakat.
“Pendekatan sambil lewa dan tidak sensitif oleh Tajuddin memalukan negara dan menyakitkan hati pengguna. Syabas atas pemecatan beliau,” katanya. Tajuddin dipecat sehari selepas mengadakan sidang media berkenaan kemalangan dua tren Aliran Transit Ringan (LRT) kendalian Prasarana, dimana beliau dikatakan menunjukkan sikap tidak profesional dan tidak menghormati nasib mangsa-mangsa kejadian tersebut.
Seterusnya Nadzim menasihati pihak bertanggungjawab lebih berhati-hati dalam memilih peneraju syarikat berkepentingan awam terutama syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Tambahnya lagi, “Rakyat juga harus memainkan peranan ketika pilihanraya. Pilihlah calon pemimpin yang dipercayai, lebih bertanggungjawab dan jangan pangkah membuta tuli.
“Akibat daripada kealpaan, rakyat juga yang akan mendapat kesannya dimasa hadapan.”
Nadzim turut mengingatkan kepada semua pemimpin masyarakat yang lain termasuk para menteri supaya membuat penilaian semula dan mendalami tugas dan tanggungjawab masing-masing.
“Lihatlah permasalahan rakyat di bawah dan jangan terlalu sibuk memenuhkan poket sendiri sahaja tanpa memikirkan nasib rakyat yang mengundi mereka,” katanya.


Artikel oleh: Wacana.my
TAJUDDIN TIDAK LAYAK MEMIMPIN - PPIM
https://wacana.my/tajuddin-tidak-layak-memimpin-ppim/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/06/5685-tajuddin-tidak-layak-memimpin-ppim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5676 Dengar Keluhan Pengguna Lrt Ppim Wacana 26 05 2021

5676 Dengar Keluhan Pengguna Lrt Ppim Wacana 26 05 2021

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR 26 Mei Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dinasihat untuk mendengar keluhan pengguna khususnya yang menggunakan perkhidmatan tren transit aliran ringan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Ma...
5686 Ppim Agihkan 30 000 Bakul Makanan Wacana My 06 06 2021

5686 Ppim Agihkan 30 000 Bakul Makanan Wacana My 06 06 2021

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 436 hits
KUALA LUMPUR 6 Jun Persatuan Pengguna Islam Malaysia sentiasa berusaha sedaya upaya dalam membantu mereka yang memerlukan Sejak Perintah Kawalan Pergerakan pertama dikuatkuasakan Mac tahun lalu lebih 30 ribu pek bantuan makanan diedarkan ke...
Memperingati 11 Tahun Tragedi Kapal Mavi Marmara Kenyataan Media Ppim 01 06 2021

Memperingati 11 Tahun Tragedi Kapal Mavi Marmara Kenyataan Media Ppim 01 06 2021

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 312 hits
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA dan masyarakat Malaysia khususnya umat Islam tidak akan sesekali melupakan tragedi berdarah yang telah dilakukan oleh Zionis Israel terhadap masyarakat awam dalam peristiwa serangan ke atas Freedom Flotilla...
5682 Aktiviti Simbolik Penyerahan Sumbangan 500 Kotak Infaq Rezeki Ke Kelantan Ppim 03 06 2021

5682 Aktiviti Simbolik Penyerahan Sumbangan 500 Kotak Infaq Rezeki Ke Kelantan Ppim 03 06 2021

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 313 hits
Alhamdulillah syukur Hari ini di bangunan Kementerian Pertanian Industri Asas Tani Putrajaya PPIM berkesempatan menyempurnakan simbolik penyerahan 500 kotak INFAQ REZEKI untuk dihantar ke Kelantan bagi tujuan agihan sumbangan kepada golonga...
5684 Gila Ke Apa Ni Orang Malaysia Juara Membazir Toqqi Tv Ppim 04 06 2021

5684 Gila Ke Apa Ni Orang Malaysia Juara Membazir Toqqi Tv Ppim 04 06 2021

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 335 hits
Pembaziran ni dah macam amalan biasa yang orang kita buat Hari hari mesti ada benda yang dibazirkan elektrik makanan dan macam macam lagi yang orang Malayisa suka bazirkan Konon nak jadi negara maju tapi mentaliti pun tak boleh ubah Macam m...
5674 Boikot Bukan Tindakan Pengganas Ppim Samudera My 23 05 2021

5674 Boikot Bukan Tindakan Pengganas Ppim Samudera My 23 05 2021

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menegaskan tindakan memboikot jualan dan pembelian produk yang menyokong rejim Zionis bukan perbuatan pengganas seperti didakwa beberapa pihak Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata PPIM...
5675 Aktiviti Kunjungan Ketua Aktivis Ppim Ke Mtm Mart Taman Samudera Ppim 26 05 2021

5675 Aktiviti Kunjungan Ketua Aktivis Ppim Ke Mtm Mart Taman Samudera Ppim 26 05 2021

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 317 hits
Kunjungan Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ke pasar raya MTM Mart Taman Samudera Batu Caves MTM Mart merupakan pasar raya milik 100 Muslim
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort

Amira Othman Buka Mulut Isu Mesra Dengan Fattah Amin Akui Ada Pihak Meluat

Saiful Apek Ditahan Azlee Tidak Tahu

So Apa Sudah Jadi Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Lama Kini Sudah Di Atasi

Bnm Slaps Merchantrade Asia With Rm29 000 Penalty

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

The Unholy Alliance Of Religion And Politics

Women Own 219k Businesses 93pct In Services Sector Dosm

Easy Cancel Oleh Airasia Move Menawarkan Fungsi Pembatalan Efisen Untuk Sebarang Alasan