5 Tips Cara Jimat Masa Melipat Baju Yang Korang Boleh Ikut


5 Tips Cara Jimat Masa Melipat Baju Yang Korang Boleh Ikut. Dalam banyak banyak tugas rumahtangga, bab lipat baju memang akak liat sikit.  Tambah-tambah kalau terlepas sehari melipat, bila dah berhari-hari memang menggununglah baju-bajunya.  Bila masa yang sesuai untuk melipat baju? Tiada masa yang sesuai kalau korang nak betul-betul allocate kan masa untuk melipat baju.  Korang kena cari sendiri masa dan mood yang datang tak menentu.  Betul tak?
Sepanjang musim PKP ni memang akak bekerja dari rumah sahaja.  Walaupun hari-hari di rumah, tetap baju menggunung tidak berlipat. Eh!! Bukan mudah yer bekerja dari rumah.  Kerja semua jadi berganda dan kena pandai mengagihkan masa antara kerja rumah, kerja pejabat, melihat kerja sekolah anak dan kena cari masa juga untuk tulis entry kat sini.  Kalau korang perasan sekarang ni memang jarang-jarang sekali blog ni berupdate.  Rugi macam-macam cerita ada tapi tak sempat nak mengarang.  Maka dengan itu, akak share dengan korang 5 tips yang mesti boleh guna untuk jimatkan masa korang melipat baju yang berbakul-bakul tu


gambar google

5 Tips Cara Jimat Masa Melipat BajuSebagaimana wanita bekerjaya yang lain, akak pun tak terkecuali mempunyai jadual harian yang pack.  Dari bangun bagi sampai lah ke malam sebelum tidur.  Macam-macam benda nak kena buat. Kalau hari kerja, lagilah rasa masa sangat terhad untuk kerja-kerja rumah. Kena pandai susun jadi dan curi-curi masa untuk kerja-kerja tertentu.  Mungkin korang boleh ikut cara akak ni dalam menguruskan perihal baju bajan yang bila tiba hujung minggu dah macam gunung jadinya.
1. Asingkan baju dalam bakul yang berlainan. Kaedah ini sangat sesuai kalau isi rumah korang ada yang besar dan kecil.  Setiap kali selepas angkat baju dari ampaian, akak akan masukkan saja dalam bakul baju masing-masing – ayah, ibu, kakak dan adik.  Bila nak libat ambil satu-satu bakul, lipat dan masukkan semula dalam bakul masing-masing. Nanti tuan dia pandailah ambil dan simpan dalam almari baju sendiri. Kalau anak-anak dah besar, masukkan sahaja dalam bakul masing-masing dan tuan punya bakul akan lipat sendiri.  Memang cepat dan pantas cara ini sebab kurang banyak jumlah baju yang akak kena lipat.
gambar dpd keluarga.my

Kalau ruang rumah tak berapa luas, korang masih boleh gunakan kaedah pengasingan menggunakan bakul. Cuma hadkan 2 bakul besar sahaja – satu untuk baju-baju dan satu lain untuk pakaian dalam  dan stoking. Jadi bila nak lipat jimat dah masa tak perlu nak asing-asingkan.
2. Gunakan hanger baju Menggunakan hanger akan mengelakkan baju menjadi terlalu berkedut.  Bila baju kurang berkedut, kuranglah masa nak betul-betulkan perletakkan baju sebelum lipat. Cepat sedikit boleh menghabiskan lipatan baju. Takpun korang terus aje gantungkan baju dalam almari selepas kering...lagi jimat masa.  Cara ni perlukan ruang lebih untuk menggantung hanger.  Boleh guna ruang terbuka untuk hanger baju-baju. Lebih sesuai kalau baju-baju yang kerap dipakai, jadi habuk tak sempat nak singgah.  
3. Alat Melipat BajuSatu ketika dulu, viral penggunaan alat melipat baju ini.  Ada yang menggunakan kotak sahaja untuk menghasilkan alat tersebut.  Nampak mudah, budak-budak pun boleh buat.  Akak tak pernah cuba dengan alat ini tapi tak salah nak guna kalau betul ianya sangat membantu.
gambar google

4. Gunakan bantuan anak-anakMasa mana yang sesuai untuk ajak anak-anak bersama melipat baju? Akak biasa gunakan masa menonton tv. Sambil tengok tv, sambil lipat baju. Tau-tau dah habis sebakul.  Masa ni juga mudah nak gunakan khidmat anak-anak, tak kiralah si kakak ataupun adik.  Masing-masing lipat baju sendiri. Biasanya waktu malam selepas makan. Sambil melipat sambil menonton sambil bersembang.  Memang tak rasa masa berlalu, tahu-tahu dah habis sebakul baju.  
5. Cari mood sambil dengar muzikSatu lagi cara yang akak rasa berkesan ialah melipat baju sambil mendengar muzik.  Tambah-tambah bila mulut ikut sama dengan alunan muzik yang kedengaran.  Tak sedar dah siap lipatan pakaian yang bertimbun.
Cukuplah 5 tips yang akak kongsikan dengan korang.  Musim pendemik ni mahu atau tidak kenalah ajar anak-anak membantu mana-mana kerja rumah yang mudah. Harap-harap sedikit sebanyak membantu.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2018/02/cara-jimat-masa-melipat-baju-yang-korang-boleh-ikut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Cara Tips Khatam Al Quran Dalam Masa 30 Hari Dalam Bulan Ramadhan

Panduan Cara Tips Khatam Al Quran Dalam Masa 30 Hari Dalam Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 363 hits
Sapa sapa hok berasa nak khatam Al Quran dalam 30 hari dalam bulan ramadhan Ning kalu nok senang Panduan nok katam 30 juzuk quran bulan ramadan Ambe tepek sekaliguh ah sining Kang kalu tepek se se takut ade hok terlepah kang Mudoh jer Dalan...
Cara Menuntut Ilmu Yang Baik Dalam Islam Tak Semua Orang Boleh Ikut

Cara Menuntut Ilmu Yang Baik Dalam Islam Tak Semua Orang Boleh Ikut

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 260 hits
Menuntut ilmu yang baik dalam Islam adalah merupakan suatu kewajipan Cuma ada beberapa perkara Seperti yang kita sedia maklum ilmu ini ramai orang menuntut tetapi tidak semua orang mampu menuntut sesuatu ilmu Kadang kadang ada orang yang da...
Tips Cara Membuat Navigasi Breadcrumbs Supaya Terindex Di Search Engine Google

Tips Cara Membuat Navigasi Breadcrumbs Supaya Terindex Di Search Engine Google

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 195 hits
Tips Cara Membuat Navigasi Breadcrumbs Supaya Terindex Di Search Engine Google Jom kita ikuti tutorial mudah ini Untuk membuat agar label atau kategori yang terdapat dalam breadcumbs tersebut boleh muncul dalam hasil pencarian atau terindek...
Hiburan Bila Sibuk Tu Maknanya Rezeki Makin Melimpah Netizen Puji Cara Mila Jirin Urus Masa

Hiburan Bila Sibuk Tu Maknanya Rezeki Makin Melimpah Netizen Puji Cara Mila Jirin Urus Masa

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 241 hits
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin kini semakin sibuk mengurus perniagaannya yang sebelum ini terhenti seketika disebabkan pandemik Covid 19 ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMila atau nama sebenarnya Norsyarmilla binti Jirin akui rasa bersyukur...
Tips 6 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Dengan Telefon Pintar Lama

Tips 6 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Dengan Telefon Pintar Lama

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 248 hits
1 E Book Jika anda mempunyai tablet lama atau phablet sudah tidak digunakan salah satu daripada banyak perkara yang boleh anda lakukan adalah untuk mengubahnya menjadi sebuah E Book atau tablet membaca Beberapa aplikasi yang menawarkan baha...
Cara Ajar Anak Membaca Lagi Cepat Ikut Teknik Suku Kata Sambil Bermain Ni

Cara Ajar Anak Membaca Lagi Cepat Ikut Teknik Suku Kata Sambil Bermain Ni

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 307 hits
Kebuntuan mak ayah untuk mengajar anak supaya cepat cepat mengenal suku kata dan seterusnya membaca perlu diselesaikan segera Bagaimana Cara mudah memperkenalkan suku kata yang dikongsikan oleh ini bukan hanya memecah kebuntuan mak ayah bah...
Tips Cara Berkawan Yang Betul Di Facebook

Tips Cara Berkawan Yang Betul Di Facebook

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 189 hits
Cara berkawan di Facebook yang betulAku dah plan nak tulis benda ni dah lama dah cuma baru baru ini aku teringat semula jadi aku fikir elok juga aku tulis bemda in Ok sedikit penafian sebelum aku mula pertama ini tips cara berkawan cara car...
Dah Ikut Cakap Bapa Ank Dit4han Terlib4t D4dah Tvlar Video Lama Cara Srk Beri Nasihat Pada Ank

Dah Ikut Cakap Bapa Ank Dit4han Terlib4t D4dah Tvlar Video Lama Cara Srk Beri Nasihat Pada Ank

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 198 hits
Baru baru ini dunia Bollywood telah dikejutkan dengan berita anak kepada bintang terkenal Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan 23 telah dit4han Biro Kawalan Nark0tik India dalam satu serbuan dad4h lapor NDTV Aryan yang ditahan bersama tujuh indi...
Masa Depan Blogging Dan Cara Blogger Bertahan

Masa Depan Blogging Dan Cara Blogger Bertahan

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 290 hits
Bagaimana karier di dunia blogging untuk 5 tahun ke depan Berikut ini ulasan tentang masa depan blog blogging dan tips cara blogger bertahan yang disadur dari Times of India Blogging berubah dan menjadi lebih sulit sekarang ini karena berba...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia