5 Resepi Masakan Menggunakan Daun Sawi


Siapa dekat sini yang suka buang sayur hijau-hijau masa makan mi goreng sila angkat tangan. Ha, kita geng. Yihhh. Kalau sikit-sikit tu bolehlah makan. Ni banyak pulak tu. Dahlah banyak, pahit pula. Ha, harini Juju terpanggil nak share dengan korang pasal sayur yang korang tak makan tu. Sayur sawi


Jenis-jenis sawi1. Sawi Hijau
Sawi hijau ni merupakan sawi yang paling popular dalam masakan mi goreng. Sawi ini mempunyai warna daun hijau gelap dan batang yang putih kehijauan

Sesuai dimasak sup atau dimasak bersama pelbagai jenis mi samada bergoreng atau yang berkuah

2. Sawi Putih
Sawi putih juga dikenali sebagai pak choy. Ianya mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan urat daun serta batang yang berwarna putih. Bentuk daun adalah bulat yang berukuran 15 - 20 cm panjang. Daunnya adalah lebih tebal dan rangup berbanding dengan sawi hijau. 
Sawi putih ini sesuai dimasak lemak putih ataupun ditumis

3. Sawi Jepun
Sawi ini mempunyai saiz yang agak kecil berbanding sawi yang lain. Batang dan daunnya berwarna hijau muda. Sedap dimasak dengan lada hitam

4. Sawi Pahit
Sawi ni mesti dah banyak korang jumpa kan. Kalau tergigit confirm keluarkan balik sebab rasanya yang pahit. Sesuai di masak untuk ibu-ibu yang sedang berpantang selepas melahirkan anak. 
5. Sawi Bunga
Sawi ni senang je nak cam. Kalau korang nampak ada bunga-bunga kecil dekat bahagian pucuk tu ha confirmlah ni sawi bunga

Masa siang sawi ni jangan pula korang buang bunga kuning tu. Boleh dimakan sekali tau. 
7 khasiat sayur sawi1. Kaya dengan antioksidaAntioksida merupakan salah satu kompaun dalam tumbuhan yang terhasil secara semulajadi. Ia membantu untuk melawan radikal bebas di dalam badan. Radikal bebas terbentuk daripada sumber-sumber luar seperti pencemaran, asap rokok, radiasi dan ubat. 
Apabila terlalu banyak di dalam badan, ia akan menyebabkan pelbagai penyakit antaranya kanser, sakit jantung, katarak dan penyakit Alzheimer

Antara antioksida yang terkandung dalam sawi ialah vitamin C dan vitamin E. Selain itu, sawi juga mempunyai fitokimia seperti flavonoids dan beta karotena yang juga bertindak sebagai antioksida

2. Sumber Vitamin KSawi mentah mempunyai 221.4 µg vitamin K manakala sawi yang dimasak mempunyai 592.7 µg vitamin K (untuk satu cawan)

Vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Selain itu, kajian juga mendapati bawaha vitamin K memainkan peranan dalam kesihatan tulang, jantung dan juga mencegah kanser

Namun begitu, bagi mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin, makanan yang mengandungi vitamin K yang tinggi boleh mengurangkan kesan ubat tersebut. Ini kerana warfarin berfungsi untuk mencegah pembekuan darah manakala vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah

3. Meningkatkan sistem imunisasi badanSelain vitamin K, sawi juga mengandungi vitamin C dan vitamin A. Vitamin C berfungsi untuk menguatkan sistem ketahanan badan dan secara tidak langsung dapat mencegah daripada penyakit. Kekurangan vitamin C dikatakan akan melemahkan sistem ketahanan badan serta mudah jatuh sakit

Di samping itu, vitamin A juga memainkan peranan untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dengan menggalakkan penghasilan darah putih yang dapat melawan jangkitan

4. Kesihatan jantungSawi adalah bagus untuk kesihatan jantung. Ini kerana, ia mengandungi antioksida seperti beta karotena dan flavonoid yang membantu untuk mencegah risiko penyakit jantung. Menurut satu kajian yang dijalankan pada 2016, pengambilan sayuran hijau daripada spesies Brassica ini menunjukkan penurunan risiko penyakit jantung sebanyak 15%

Selain itu, sawi yang dikukus mempunyai kompaun yang dapat mencegah penyerapan semula asid hempedu dan secara tidak langsung dapat menggurangkan kadar kolesterol dalam darah

5. Kesihatan mataFitokimia seperti lutein dan zeaxanthin yang terdapat dalam sawi memberi manfaat kepada kesihatan mata. Kedua-dua komponen ini dapat menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina

Selain itu, lutein dan zeaxanthin dapat mengurangkan risiko Degenerasi Makula Berkaitan Umur (ARMD), yang merupakan salah satu penyebab kubutaan dalam kalangan warga emas

6. Kesan anti-kanserSelain antioksida, sayuran hijau seperti sawi juga mempunyai komponen anti-kanser iaitu glucosinolates. Glucosinolates yang dipecahkan kepada indoles dan isothiocyanates membantu untuk melindungi kerosakan DNA dan kesan karsinogen (agen yang boleh menyebabkan kanser). Tambahan pula, ia juga menghalang pembentukan dan pergerakan sel tumor daripada merebak ke organ lain

7. Tinggi seratSeperti sayuran hijau yang lain, sawi mempunyai kandungan serat yang tinggi. Serat terbahagi kepada serat larut dan serat tidak larut. Sawi merupakan sumber serat tidak larut di mana ia bersifat tidak larut dalam air dan dapat melembutkan najis serta memudahkan perjalanan melalui usus

Selain itu, pengambilan serat yang mencukupi dapat mengurangkan risiko kencing manis dan mampu membuatkan anda rasa kenyang lebih lama

Sumber: Root of Science
Cara tanam sayur sawiLangkah 1: Sediakan Batas SemaianBuatlah batas semaian dengan lebar 1 m dan panjang 5 m (atau sesuaikan dengan ruang yang anda ada). Tinggi batas semaian sebaiknya antara 15 hingga 30 cm agar dapat memberikan ruang yang cukup bagi pucuk untuk tumbuh

Langkah 2: Tabur Biji Benih SawiTaburkan biji benih sawi secara merata di atas permukaan batas semaian. Pastikan untuk menjaga jarak antara biji benih agar pucuknya nanti dapat tumbuh dengan baik

Langkah 3: Taburkan Sedikit Tanah KeringTaburkan sedikit tanah kering di atas benih sawi. Hal ini bagi membantu menutup biji benih dan memberikan perlindungan awal saat tunas mula tumbuh

Langkah 4: Gunakan Siraman HalusSiram dengan air secara perlahan menggunakan siraman halus. Pastikan tanah sentiasa lembab, tetapi jangan terlalu basah agar tunas tidak tumbuh dengan cantik

Langkah 5: Tutup Batas Semaian dengan GuniTutup batas semaian dengan menggunakan guni atau bahan lain yang dapat menjadikan tanah yang lembab dan hangat untuk meningkatkan pengeluaran tunas

Langkah 6: Pantau dan RawatSetelah menyemai benih sawi, periksa batas semaian secara teratur. Pastikan tanah tetap lembab dan dalam kondisi yang baik. Hindari daripada terlalu banyak air agar tunas tidak bergenang dengan air

Langkah 7: Penyemaian BibitDalam 2-3 hari setelah disemai, tunas sawi akan mulai bercambah. Setela berusia sekitar 2 minggu dan memiliki daun yang cukup, boleh pindahkan ke tempat yang lebih luas atau ke dalam pasu yang lebih besar

Semoga tips ini membantu dalam menyemai dan menanam sawi dengan berjaya

5 resepi sayur sawiTerdapat banyak cara untuk menyediakan sayur sawi yang lazat dan sihat. Berikut adalah lima resepi yang berbeza untuk memasak sayur sawi:
Resepi 1: Sayur Sawi Goreng TiramBahan-bahan:200g sayur sawi, dipotong kasar2 ulas bawang putih, cincang halus1 sudu besar sos tiram1 sudu teh sos ciliSedikit garam dan lada hitam secukup rasaMinyak masakCara penyediaan:Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bawang putih sehingga harum.Masukkan sayur sawi dan kacau sebati.Tambahkan sos tiram dan sos cili. Gaul rata.Masak sayur sawi sehingga layu tetapi masih mempunyai sedikit rasa rangup.Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.Angkat dan hidangkan panas.Resepi 2: Sup Sayur Sawi PutihBahan-bahan:300g sayur sawi, dipotong kasar1 biji kentang, dipotong dadu1 ulas bawang besar, cincang halus1 liter stok ayam atau sayurGaram dan lada hitam secukup rasaMinyak masakCara penyediaan:Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bawang besar sehingga lembut.Masukkan sayur sawi dan kentang. Gaul rata.Tuangkan air stok ayam sehingga sayur dan kentang tertutup.Didihkan, kemudian kecilkan api dan biarkan mendidih perlahan sehingga sayur dan kentang empuk.Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.Angkat dan hidangkan sebagai sup.Resepi 3: Sayur Sawi Tumis BelacanBahan-bahan:300g sayur sawi, dipotong kasar1 sudu besar belacan, dipanggang dan dihancurkan2 ulas bawang merah, cincang halus1 ulas bawang putih, cincang halus1 cili merah, dihirisSedikit garamMinyak masakCara penyediaan:Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga harum.Masukkan belacan dan cili merah. Tumis sehingga harum.Masukkan sayur sawi dan kacau sebati.Tumis sayur sehingga layu tetapi masih rangup.Masukkan sedikit garam secukup rasa.Angkat dan hidangkan panas.Resepi 4: Sayur Sawi Masak LemakBahan-bahan:300g sayur sawi, dipotong kasar200ml santan pekat1 batang serai, diketuk3 helai daun kunyit2 ulas bawang merah, cincang halus1 ulas bawang putih, cincang halus2 cili merah, dihirisGaram secukup rasaMinyak masakCara penyediaan:Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga lembut.Masukkan serai, daun kunyit, dan cili merah. Tumis sehingga harum.Tuangkan santan pekat dan biarkan mendidih perlahan.Masukkan sayur sawi dan masak sehingga sayur empuk dan lembut.Beri garam secukup rasa.Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.Resepi 5: Sayur Sawi Kicap ManisBahan-bahan:300g sayur sawi, dipotong kasar2 ulas bawang putih, cincang halus2 sudu besar kicap manisSedikit garam dan lada hitam secukup rasaMinyak masakCara penyediaan:Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang putih sehingga harum.Masukkan sayur sawi dan kacau sebati.Tambahkan kicap manis dan gaul rata.Masak sayur sawi sehingga layu tetapi masih mempunyai sedikit rasa rangup.Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.Angkat dan hidangkan panas.
Korang boleh sesuaikan resepi ini mengikut cita rasa masing-masing. Kalau suka peda boleh lebihkan cili, nak kuah banyak boleh lebihkan air. Boleh juga dicampur dengan ikan bilis semasa menumis. Aromanya lebih sedap. Boleh juga


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kasihjuju.com/2023/08/blog-post.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Murtabak Maggie Simple Dan Sedap

Resepi Murtabak Maggie Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 342 hits
Assalamualaikum Ada yang suka murtabak Maggie Murtabak Maggie ni sedap dan simple saja cara nak buat dia Kenyang dimakan dan berbaloi buat untuk juadah minum petang Bahan 2 bungkus Maggie rebus dan toskan Dada ayam 2 ketul dikisar 3 ulas ba...
Halia Muda Halia Tua Perbezaannya Dalam Masakan

Halia Muda Halia Tua Perbezaannya Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 176 hits
HALIA MUDA HALIA TUA PERBEZAANNYA DALAM MASAKANHalia MudaHalia muda mempunyai kulit yang lebih licin dan berwarna kuning coklat Dari segi lain pula halia muda memiliki bau dan rasa yang lebih lembut berbanding halia tua Halia muda biasanya ...
30 Idea Menu Masakan Kampung Untuk Orang Dalam Pantang Atau Diet

30 Idea Menu Masakan Kampung Untuk Orang Dalam Pantang Atau Diet

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 223 hits
30 Idea Menu Masakan Ala Kampung Untuk Orang Dalam Pantang Susah betul nak cari idea memasak untuk orang dalam pantang Menu pulak mestilah cari yang ala ala kampung barulah berselera nak makan walaupun tengah pantang Google punya google mak...
Resepi Ibu Berpantang Singgang Ikan Tenggiri

Resepi Ibu Berpantang Singgang Ikan Tenggiri

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 244 hits
BAHAN BAHAN Ikan tenggiri 3 keping besar3 ulas bawang putih dimayang7 ulas cili api2 cm lengkuas dihiris nipis2 cm kunyit hidup dihiris nipis3 keping asam gelugur4 cawan airgaram secukup rasa CARA CARA Ikan dipotong kecil dan dibersihkan Ma...
Resepi Ibu Berpantang Sup Ayam Berempah Sup Daging Berempah

Resepi Ibu Berpantang Sup Ayam Berempah Sup Daging Berempah

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 271 hits
BAHAN BAHAN2 ketul ayamSekeping halia dihiris2 ulas bawang putih dihiris2 ulas bawang kecil dihirisSebatang kulit kayu manis4 biji buah pelaga4 kuntum bunga cengkihSekuntum bunga lawangSesudu teh lada hitam ditumbukSesudu teh biji ketumbarS...
Resepi Bubur Gandum Jagung

Resepi Bubur Gandum Jagung

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 324 hits
Bubur Gandum JagungBahan bahan 1 tin jagung manis cawan gandum direbus sehingga kembang dan lembut cawan gula pasir2 sudu besar gula kabung dicincang2 cawan air1 sudu kecil garam2 cawan santan pekat1 cawan susu sejat2 helai daun pandan disi...
Resepi Ibu Berpantang Air Kunyit

Resepi Ibu Berpantang Air Kunyit

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 253 hits
BAHAN BAHANSedikit kunyit hidupPerahan air asam jawaGula secukup rasa CARA CARA1 Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih 2 Masukkan perahan air asam jawa dan gula Kredit Resepi Masakan 2020
Resepi Macaroni Goreng Sedap Dan Simple

Resepi Macaroni Goreng Sedap Dan Simple

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 201 hits
Dalam banyak banyak pasta kak ana tak suka sekali makan macaroni ni lah Dia agak kenyal rasa dia tapi suami kak ana suka laa pulak Nak nak lagi kalau di goreng Nak tak nak kena lah juga ada stok pasta macaroni ni di rumah Sekali sekala kak ...
Bella Jamal Seo Blogger Dan Penulis Buku Masakan

Bella Jamal Seo Blogger Dan Penulis Buku Masakan

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 174 hits
Sebelum ini mummy ada kongsikan kisah geng SEO Blogger dan Kali ini mummy nak kongsikan pula cerita seorang lagi geng SEO iaitu Bella Jamal SEO Blogger dan Penulis Buku Masakan dari Contents Bella Jamal Blogger dan Penulis SEOBella Jamal ia...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi