5 Pemuzik Dan Artis Terkenal Yang Bertopeng





Wujud banyak kugiran yang mempersembahkan muzik mereka di serata dunia. Ada sesetengah di antara mereka tampil dengan imej wajah kacak seperti kumpulan boyband, ada yang tampil dengan imej androgynous seperti Prince atau David Bowie

Ada juga yang atas sebab tersendiri, memakai topeng tanpa menanggalkannya dalam sebarang aktiviti yang melibatkan karier muzik mereka. Berikut adalah senarai artis atau kumpulan paling popular yang menggunakan topeng sebagai satu alat identiti persembahan mereka tanpa memerlukan paparan identiti sebenar mereka.

1. DAFT PUNKDaft Punk tidak menggunakan topeng, tetapi terus mengenakan topi keledar pada setiap persembahan mereka. Guy-Manuel de Homem-Christo dan Thomas Bangalter merasakan pemakaian topi keledar yang futuristik memberikan sensasi yang lebih menyeronokkan pada penonton dan peminat mereka. Walaupun begitu, kisah sebenarnya, selepas kegagalan band pertama mereka berdua iaitu Darlin' dan menubuhkan Daft Punk, pada mulanya mereka tidak pun menyorokkan identiti mereka. Pada 1996, mereka berdua mula menyorokkan identiti mereka dengan menggunakan bahan yang ada di sekeliling mereka ketika ditemuramah, sehingga mereka pernah menggunakan plastik sampah.



Kemudian, pada tahun 1999, mereka mula mencipta persona-persona yang seiring dengan hala tuju muzik mereka, jadi lahirlah konsep manusia robot yang mereka rekakan, bersama bantuan beberapa orang artis dan pakar kesan visual serta kostum. Apabila di tanya sebab sebenar kenapa mereka mencipta alter ego itu, jawapan mereka amat ringkas,"kami mahu asingkan ruang privasi dan ruang awam kami. Amat mudah untuk berasa malu dengan tahap kemahsyuran kami jadi kami tak mahu orang kenal kami di luar sana."


2. BUCKETHEADAntara gitaris terhandal dunia, Buckethead atau nama sebenarnya Patrick Carroll memilih untuk membuat persembahan dengan memakai topeng putih tanpa ekspresi yang diilhamkan dari filem "Halloween" dan sebuah kotak bucket jenama KFC yang tertera dengan perkataan "Funeral."



Tidak ada sebab istimewa kenapa beliau memilih identiti tersebut untuk persembahan. Selepas menonton filem Halloween 4, beliau keluar rumah membeli topeng Michael Myers, watak jahat dalam filem tersebut. Pada malam tersebut, selepas makan ayam goreng KFC, beliau meletakkan bucket ayam tersebut ke kepalanya dan merasakan itu identiti dia dalam persembahan selepas ini.


3. KISSSalah satu kumpulan rock paling terkenal dalam dunia, KISS merupakan legenda bagi peminat muzik tahun 70 an dan 80 an. Apabila ditanya mengapa mereka mencipta persona lain sebagai identiti mereka di atas pentas, Gene Simmons menceritakan mengenai satu zaman di mana semua kumpulan rock sebaya mereka tergila-gila mahu jadi glam, di mana lelaki berebut hendak jadi wanita.]



"Kami lihat mereka semua sesuailah dengan imej tersebut berbanding kami yang kesemuanya seperti pemain American Football dan ketinggian semuanya lebih 6 kaki. Kami bukanlah seperti band sezaman kami seperti Grateful Dead yang tak peduli tentang penampilan ketika berada di pentas. Pada kami, berada di pentas seperti satu tempat yang ajaib jadi kelihatan seperti seorang pengemis di pentas tak sesuai pada kami.""Jadi pada satu hari, ketika berada di New York, saya memandang cermin dan melukis pada wajah saya. Semua itu berlaku spontan tanpa sebarang perancangan." Daripada itu, lahirlah KISS yang dianggotai oleh 4 watak, Starchild, Spaceman, Catman dan Demon.


4. SLIPKNOT
Slipknot merupakan sebuah band metal yang popular dengan identiti mereka. Tidak ramai yang tahu siapa manusia-manusia di sebalik topeng menggerunkan dan jumpsuit.



Menurut cerita asal bagaimana anggota kumpulan Slipknot memakai topeng, semasa sedang berlatih untuk sesi gig mereka yang pertama pada tahun 1995 semasa perayaan Halloween. Semasa latihan, salah seorang anggota Slipknot bertanya tentang pakaian apa yang akan dipakai. Shawn menjawab yang dia akan memakai topeng tersebut
Merasa tidak adil Shawn seorang saja akan bertopeng, anggota lain pun memutuskan untuk memakai topeng ketika persembahan pertama mereka.


5. SIA
Sia tidak menggunakan topeng untuk menutup wajahnya, tetapi lebih kepada penggunaan rambut palsu dan topi untuk menutup wajahnya. Selain itu, beliau juga akan berpaling ke belakang setiap kali wajahnya akan dirakamkan
"Saya mahu menulis lagu dan menyanyi tetapi pada masa yang sama, saya mahu hidup seperti manusia lain," kata Sia. "Saya mahu ke kedai untuk membeli barang yang saya perlukan, tanpa ada sesiapa yang memegang kamera mengikuti saya."



Beliau juga berkata, tindakannya itu juga didorong oleh insiden di mana beliau sedang berbual dengan temannya yang sedang memberitahu beliau berkenaan kanser yang dihidapi rakannya. Ada peminat yang mengenali beliau datang ketika mereka sedang berbual dan mohon bergambar bersama
"Patut ke perkara itu berlaku?" tanya Sia lagi




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/AdajewDotNet/~3/_waEs9Pw77s/5-pemuzik-dan-artis-terkenal-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beribu Usahawan Kecil Dan Artis Berputih Mata Penipuan Sebuah Syarikat Pelaburan

Beribu Usahawan Kecil Dan Artis Berputih Mata Penipuan Sebuah Syarikat Pelaburan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 224 hits
5 Okt Kira kira 80 000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana termasuk beberapa pelakon popular berputih mata apabila skim pelaburan berkonsepkan francais yang menjanjikan keuntu ngan beribu ribu ringgit bertukar menjadi mimpi ngeri kepada...
Artis Senior Robby Sugara Meninggal Diduga Karena Serangan Jantung

Artis Senior Robby Sugara Meninggal Diduga Karena Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 230 hits
Dunia perfilman indonesia berduka Aktor senior Robby Sugara meninggal dunia Kamis dini hari sekitar pukul 00 10 WIB
Pian Kpop Artis Dalam Pembikinan

Pian Kpop Artis Dalam Pembikinan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 860 hits
Pian Kpop satu nama yang sedang viral sekarang ini di media sosial dgn rakaman video video lawaknya yang kadangkala amat keterlaluan membuatkan nitizen menyampah dengan lawaknya yang seaakan akan memperbodohkan diri sendiri Tak kurang juga ...
Pian Kpop Ijoy Mushiro Artis Viral Kebanggaan Rakyat Kelantan

Pian Kpop Ijoy Mushiro Artis Viral Kebanggaan Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1956 hits
Jalan cerita mereka hampir sama Asal pun dari negeri yang sama iaitu Kelantan cuma kampung jer lain lain Pian Kpop berasal dari Pasir Mas manakala Ijoy Mushiro dari Kuala Krai Kini kedua duanya dah mencapai populariti setanding dengan artis...
Jawaban Mengejutkan Artis Punya Istri Cantik Ditanya Soal Poligami

Jawaban Mengejutkan Artis Punya Istri Cantik Ditanya Soal Poligami

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 163 hits
Oh dalam Islam kita memang ada kita sebagai seorang muslim kita tidak boleh menyangkal hukum itu ada di dalam Alquran ujar Teuku Wisnu
11 Artis Cantik Korea Ini Wajahnya Paling Banyak Diminati Pasien Oplas

11 Artis Cantik Korea Ini Wajahnya Paling Banyak Diminati Pasien Oplas

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 255 hits
11 Artis cantik Korea ini wajahnya paling banyak diminta pasien operasi plastik Tempat teratas diduduki oleh Jennie Blackpink Yoona SNSD dan Irene Red Velvet
Banjir Doa Untuk Kesembuhan Agung Hercules Dari Para Artis

Banjir Doa Untuk Kesembuhan Agung Hercules Dari Para Artis

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 145 hits
Para artis Tanah Air menulis untaian doa untuk kesembuhan Agung Hercules yang kini menderita penyakit kanker otak stadium empat
Aliff Aziz Dituduh Curi Duit Artis Indonesia Syed Saddiq Bantu Yunika Putri

Aliff Aziz Dituduh Curi Duit Artis Indonesia Syed Saddiq Bantu Yunika Putri

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1684 hits
Artis Indonesia Raja Yunika Putri mendakwa duitnya dalam mata wang dolar Singapura dan rupiah hilang dan dipercayai dicuri oleh artis lelaki Singapura yang menempa nama di Malaysia ketika berada di sebuah kelab malam di Singapura Kejadian y...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Resepi Udang Berempah Kurma

The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses