5 Pantang Larang Penjagaan Kulit Wajah
Assalamualaikum wbt,
Ramai yang tidak sedar bahawa dalam penjagaan kulit wajah ada perkara yang perlu kita buat dan elak. Ini kerana tabiat penjagaan kulit wajah yang salah boleh menyebabkan kerosakan pada kulit kita sendiri, antaranya boleh menyebabkan kulit rosak, kusam, muncul jerawat malah ada yang lebih teruk lagi kulit mula kelihatan berjeragat dan tidak sihat
5 Pantang Larang Penjagaan Kulit Wajah
Ada lima perkara yang perlu anda elakkan iaitu pantang larang dalam penjagaan kulit wajah supaya kulit anda kelihatan sihat, cantik dan berseri sentiasa. Anda boleh lihat lima perkara dibawah, adakah anda melakukan pantang larang dalam penjagaan kulit wajah ini
1. Dilarang Tidur Dengan Solekan Di WajahMembiarkan kulit ‘diperap’ dengan solekan, ditambah pula
kehadiran kekotoran dan minyak yang terkumpul sepanjang hari di wajah, boleh
menyebabkan liang pori tersumbat dan kulit menjadi kusam. Cuci segera dengan
menggunakan minyak pembersih yang baik untuk menanggalkan kesan solekan secara
mendalam. Penggunaan pencuci wajah yang mempunyai oil base lebih membantu menghilangkan kotoran dari kesan solekan dengan berkesan.
2. Dilarang Mencuci Muka dengan Air Panas atau SejukJika air panas boleh menghilangkan minyak
semulajadi pada kulit dan menyebabkan
kerengsaan, air sejuk pula boleh mengetatkan
pori-pori, memerangkap bakteria dan
kekotoran. Bersihkan muka anda dengan air
suam pada suhu kira-kira 30 darjah Celsius -
hampir sama dengan suhu kulit yang normal.
Lengkapkan rutin anda dengan penyegar dan
pelembap
3. Tidak Cukup TidurKulit anda membina semula kolagen dan
memulihkan kerosakan akibat pendedahan
kepada sinaran UV, ketika anda tidur. Manjakan kulit
anda dengan krim malam yang melembapkan
dan kulit dapat rehat dengan secukupnya. Penggunaan krim malam yang dapat menggalakkan penghasilan sel kulit baru dengan lebih cepat membantu anda mendapatkan kulit yang sihat
4. Tidak Memakai Perlindungan MatahariPerlindungan matahari amat penting dalam
mencegah penuaan yang disebabkan cahaya
matahari, pigmentasi, kedutan, dan kekeringan.
Ingat - sapukan krim pelindung matahari
berspektrum luas yang dapat melindungi kulit wajah dari sinaran matahari dalam jangka masa yang panjang. Krim pelindung matahari yang mempunyai SPF-50 dapat melindungi kulit anda selama lapan jam
5. Dilarang Menggosok MataTindakan menggosok mata boleh mencederakan
salur darah yang halus, menyebabkan kulit
sekeliling mata menjadi gelap, kusam, dan tebal.
Urutan lembut krim mata membantu menyegar
dan memberi tenaga untuk mendapat mata yang
kelihatan muda.
Jika anda sering melakukan pantang larang ini dalam penjagaan kulit wajah seharian, perlulah berhenti segera supaya kulit wajah anda tidak mengalami kerosakan, penuaan dan kekusaman
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.vitaminwawa.com/2023/07/5-pantang-larang-penjagaan-kulit-wajah.html