5 Laman Web Yang Memberi Jaminan Kerja Yang Terbaik Untuk Diri Anda
5 LAMAN WEB YANG MEMBERI JAMINAN KERJA YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA
Pada masa sekarang ini banyak yang menganggur ekoran muncul virus baharu iaitu covid-19 melanda negara kita tambahan lagi mereka yang baru lepas graduan.. disini saya ingin memberi beberapa laman web dijamin dengan pekerjaan yang menawarkan pelbagai bidang pekerjaan khusus untuk diri anda
1.Referjobs.myReferJobs.my merupakan platform buat anda dimana, pekerjaan yang mempunyai kekosongan akan disenaraikan dalam data mereka khusus buat mereka yang sedang mencari pekerjaan. Perkara yang paling bagus adalah, sekiranya individu tersebut mendapat pekerjaan, anda akan mendapat ganjaran kewangan.
Pada asasnya, anda akan mendapat ganjaran di antara RM500 hingga RM1500, bergantung kepada kekosongan itu. Walaupun platform ini masih baru, namun permintaan mereka semakin meningkat untuk memenuhi permintaan buat mereka yang masih mencari kerja.
2.JobStreetJobStreet merupakan laman web sumber kerjaya dan ianya merupakan satu portal pekerjaan terawal ditubuhkan di Malaysia. Bermula pada tahun 1997, JobStreet kini adalah syarikat pekerjaan online yang terbesar di Southesast Asia. Bagi graduan baru yang masih mencari-cari pekerjaan dan tidak tahu di mana untuk bermula, maka JobStreet merupakan platform yang terbaik buat anda. Menurut kajian dari JobStreet.com, lebih 80% daripada majikan telah mengambil graduan baru untuk memberikan peluang pekerjaan pada tahun 2014
3.Wobb.myWobb.my atau Wobb (Working On Bean Bags) bukan platform mencari kerja yang biasa. Laman web ini menyenaraikan beberapa majikan yang dilakukan pasukan mereka sendiri. Buat mereka yang sedang mencari pekerjaan, mereka diberi peluang untuk melihat sendiri kawasan di pejabat dan juga boleh melihat dengan lebih dekat budaya mereka sebelum menghantar permohonon tersebut.
Pada awal tahun ini, pasukan ini telah mengeluarkan satu aplikasi mudah alih. Antara fungsi aplikasi ini adalah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari kerja di mana sahaja. Perkara ini amat mudah dilakukan, daripada anda membuang masa dengan melalui proses yang agak membosankan menghantar resume dan mengisi borang permohonan. Namun, dengan aplikasi Wobb akan menyampaikan resume kepada syarikat pilihan anda sendiri.
4. ScootJobs.com
Scoot merupakan platform dimana mereka mengambil pekerja yang ingin bekerja separuh masa, tahap kemasukan dan graduan baru di Malaysia. Sebagai permulaan, anda boleh memuat naik resume di Scoot, namun mereka mempunyai peraturan mereka sendiri. Iaitu membuat resume secara ringkas untuk memudahkan proses permohonan, serta majikan lebih mudah mengenali tentang latar belakang anda.
Platfrom ini adalah salah satu kemudahan buat mereka supaya tidak perlu lagi bersusah-payah untuk melalui proses seperti “pm saya” yang sering tertera di Facebook dan sebagainya.
5. StartUpJob
Startup Jobs Asia merupakan salah satu platform untuk membantu syarikat yang ingin membuka perniagaan di Asia. Startup Jobs Asia juga dicipta setelah melihat cabaran dan bakat baru buat anak-anak muda yang ingin membuka perniagaan sendiri di Asia.
Jika anda berminat untuk menyertai cabaran dan keseronokan bekerja dalam persekitaran yang baru, dan bukannya sebuah syarikat multinasional, maka Startup Jobs Asia merupakan platform terbaik untuk anda.
creadit : INFO PELAJAR
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://shahduduspot.blogspot.com/2020/07/5-laman-web-yang-memberi-jaminan-kerja.html