5 Ketagihan Pelik Yang Jarang Diketahui
Kebanyakan kita mempunyai ketagihan terhadap sesuatu. Ketagihan boleh dikategorikan sebagai penyakit mental.
Merokok,minum atau makan dengan banyak adalah jenis ketagihan yang biasa kita dengar. Namun tahukah anda ada lagi ketagihan yang pelik yang mungkin belum kita ketahui.
Oleh itu pada entri ini. Mari kita lihat 5 ketagihan pelik yang jarang diketauhi.
1. Ketagihan memakan kaca
Pernahkah anda dengar tentang ketagihan memakan kaca? Dapatkah anda bayangkan benda tajam ini dimakan dan dikunyah. Jika sekali fikir ianya memang tidak patut dilakukan.
Namun ketagihan ini memang wujud dan nama klinikal untuk ketagihan ini dipanggil hyalophagia. Orang yang mempunyai ketagihan ini selalunya mengalami kecederaan yang teruk seperti mana yang mungkin anda bayangkan.
2. Ketagihan memakan tanah
Ini lagi satu ketagihan yang luarbiasa. Ketagihan memakan tanah ini dikenali sebagai gejala Pica. Gejala pica ini berlaku apabila seseorang memakan sesuatu yang bukan makanan.
Tabiat memakan tanah ini bukanlah normal untuk sesetengah budaya namun memakan tanah dengan jumlah yang banyak tidak bagus untuk kesihatan.
3. Ketagihan memakan sabun
Memakan sabun juga merupakan salah satu daripada gejala Pica. Ketagihan ini sebenarnya satu ketagihan yang merbahaya kerana pernah ada kes kematian akibat memakan sabun pencuci.
Semua itu pun tidak menghalang daripada ketagihan memakan sabun ini dihentikan. Semakin hari ada sahaja orang yang meneruskan ketagihan dengan memakan sabun.
4. Ketagihan mengalami keperitan bercinta
Selalunya seseorang akan serik bercinta apabila putus cinta. Lain pula yang mempunyai ketagihan putus cinta.
Orang yang mengalami ketagihan putus cinta merasakan ianya sesuatu yang mendatang kepuasan kepada mereka. Pelik tapi ketagihan ini memang benar wujud.
5. Ketagihan memakan kapur papan hitam
Satu lagi gejala Pica adalah ketagihan memakan kapur papan hitam. Ianya berlaku kepada kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak.
Walaupun Kapur papan hitam dikategorikan sebagai bahan bukan toksik namun semasa proses pembuatanya ianya mungkin tercemar dengan pelbagai bahan-bahan kotor seperti, tahi tikus,lipas dan lain-lain bahan tercemar..
Terima kasih kerana melawat blog ini.Jangan lupa Share dan Like blog Mediaokofee dan selamat membaca.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaokofee.blogspot.com/2019/06/5-ketagihan-pelik-yang-jarang-diketahui.html