5 Contoh Lafaz Taklik Bagi Penceraian Dalam Islam


5 Contoh Lafaz Taklik Bagi Penceraian Dalam Islam 2 Lafaz taklik merupakan suatu perkara yang tidak asing bagi mereka yang memahami dan mempelajari ilmu rumah tangga dengan sebaiknya. Taklik atau ada menyebut Takliq merupakan 1 lagi cabang ilmu penceraian dalam islam. Walaupun kita tidak menginginkan perkara ini berlaku, tetapi ilmu mengenainya adalah lebih baik kita pelajari untuk bekalan kehidupan dalam mencari redha Allah swt.
Setiap pasangan yang berkahwin inginkan satu mahligai yang bahagia. Namun begitu, kadang kala tewas dengan pancaroba dan ujian yang dilemparkan sehingga menyebabkan perceraian berlaku. Walaupon ianya halal disisi Allah, akan tetapi ianya merupakan perkara yang dibenci olehNya. Kadar perceraian kian meningkat saban hari, namun, mungkin itu merupakan solusi terakhir buat pasangan tersebut.
Sebagai contoh, memang kita tahu bahawa islam itu mudah dan setiap perkara dalam kehidupan telah diberi cara penyelesaiannya. Soalannya, apa yang patut dilakukan oleh isteri sekiranya suami meninggalkannya lebih dari empat bulan? Jadi, perkara-perkara seperti ini yang kita telah diberikan panduan jelas dalam islam dan bagi menyelesaikan isu seperti ini, taklik adalah salah satu jawapannya.
Apa itu Taklik dan Bagaimana Lafaz Taklik dibuat? TAKLIK iaitu menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya.
Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin. Seringkali kontrak (lafaz taklik) ini tidak langsung difahami kerana pada masa tersebut perasaan gembira kerana baru berkahwin. Dan selepas akad nikah sebenarnya jiwa masih kosong dan dengan terketar-ketar serta darah gemuruh lantas membaca tanpa memikirkan apa yang dibaca. Tidak ramai suami kembali membaca dan memahami takliq selepas kahwin dan surat nikah disimpan dalam fail tanpa dirujuk semula Contoh Lafaz Taklik Mengikut Negeri Tempat Berkahwin Lafaz talak taklik yang disyaratkan selepas perkahwinan suami isteri berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Beberapa contoh seperti berikut:
Lafaz Taklik di Negeri Terengganu “Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak.”
Lafaz Taklik di Negeri Kelantan “Bahawa adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama masa yang tersebut pada hal ia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya tidak mengambil tahu mengenainya selama 4 bulan atau lebih atau (nama isteri) kemudian ia mengadu kepada mana-mana kadi/hakim Syarak jika disabitkan oleh kadi/hakim Syarak ini akan aduannya maka gugurlah talak saya dan dan tiap-tiap kali saya rujuk akan isteri saya tersebut tanpa redanya maka gugurlah pula satu talak lagi.”
Lafaz Taklik Negeri Kedah Lafaz talak taklik yang baru di Kedah berbunyi:
“Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :
(1) Saya tidak berma’syarah yang ma’ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;
(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:
(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluq.”
Lafaz Taklik di Negeri Perak “1) Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak bagiku akan isteriku (nama isteri) tiga bulan atau lebih lamanya dan mengadu ia kepada mana-mana kadi syarie dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka tertalak isteriku itu dengan satu talak.
2) Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana kadi syariah dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.
3) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”
Lafaz Taklik di Negeri Selangor “Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”
Lafaz Taklik di Negeri Johor “Manakala saya tinggalkan isteri saya…..(nama isteri)…..selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”
Namun ada negeri tidak mempraktiskan takliq, seperti negeri Perlis di mana pandangan muftinya menjelaskan tidak perlu kepada takliq disebabkan selepas perkahwinan sepatutnya didoakan dengan kebahagian dan bukannya perceraian.
Kebanyakan negeri memasukkan syarat jika suami meninggalkan isteri selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri selama tempoh itu, pada hal isteri masih taat kepada suami.
Beberapa negeri lain meletakkan syarat meninggalkan isteri dalam tempoh berkenaan dan suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri pada hal isteri masih taat kepada suami. Dua syarat ini dibezakan dengan perkataan ‘dan’ dan ‘atau’. Kedah dan Pulau Pinang mensyaratkan tempoh yang lama iaitu enam bulan.
Syarat talak taklik Terengganu berbeza dengan negeri lain di mana disyaratkan jika suami dan isteri tidak bersekedudukan selama empat bulan berterus-terusan, sama ada suami meninggalkan isteri atau isteri meninggalkan suami, sama ada dengan sukarela atau terpaksa.
Perak pula meletakkan syarat jika berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada hakim untuk mensabitkan talak taklik itu.
Kebanyakan negeri meletakkan syarat jika suami menyakiti atau mendatangkan sebarang mudarat kepada tubuh badan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada Hakim untuk mensabitkan talak taklik itu. Melaka mensyaratkan jika suami tidak mempedulikan isteri lamanya empat bulan, isteri boleh memohon cerai taklik.
Sabah meletakkan syarat tambahan jika suami menyakitkan tubuh badan atau kehormatan atau harta benda isteri, maka aduan untuk mensabitkan talak taklik boleh dibuat oleh isteri. Johor memasukkan syarat tambahan jika suami ghaib selama setahun atau lebih, isteri boleh mengadu untuk mensabitkan talak taklik berkenaan. Syarat ini tidak terdapat dalam syarat taklik di negeri lain.
Melihat dari segi jenis talak jika Mahkamah mensabitkan talak taklik juga berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor misalnya, jika syarat taklik disabitkan oleh hakim, maka isteri perlu membayar RM1 dan selepas perceraian boleh disabitkan dengan cerai khul’ (tebus talak).
Tetapi di negeri lain, jika syarat taklik disabitkan oleh Hakim, isteri tertalak dengan satu talak rajie.
Perceraian tidak berlaku semasa suami melafazkan takliq tetapi hanya berlaku sekiranya syarat yang disebut dalam lafaz takliq dilanggar. Di Malaysia mengamalkan lafaz takliq sejurus akad nikah berlangsung. Ini kerana ingin menjaga hak-hak isteri tersebut dikemudian hari.
Didalam Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Terengganu menyatakan:
Seseorang perempuan yang bersuami boleh mendapat perceraian menurut syarat-syarat perakuan takliq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian demikian telah berlaku Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan jika berpuas hati bahawa perceraian itu sah mengikut hukum syarak, hendaklah mengesahkan dan merekodkan perceraian itu. Apa Komponen Penting dalam Perceraian Melalui Taklik Ini? Terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketengahkan. Sebelum ini mari kita lihat senarai dokumen yang diperlukan untuk taklik ini.
Senarai Dokumen yang diPerlukan✔ Kad Pengenalan Pemohon atau Isteri
✔ Sijil Perkahwinan
✔ Sijil Beranak Anak Untuk kes cerai melalui lafaz taklik, faktor penting yang perlu diambil kira adalah tempoh atau berapa lama masa yang ditinggalkan. Jadi selepas permohonan difailkan dalam masa 21 hari, pihak terbabit akan dipanggil untuk sebutan dihadapan pembantu hakim. Sekiranya segala dokumen lengkap boleh terus dibawa kepada perbicaraan.
Perbicaraan boleh berlaku tanpa atau dengan kehadiran suami. Jika suami hadir, Yang Arif akan terus menyoal selidik suami dan jika suami mengakui bahawa lafaz taklik telah dilanggar, Yang Arif boleh mentaklikkan perkahwinan pada hari tersebut.
Ada juga keadaan yang mana suami tidak memberikan kerjasama dan tidak hadir sepanjang prosiding. Dalam keadaan ini, perbicaraan sebelah pihak akan berlaku. Keterangan akan diambil dari isteri dan saksi-saksi yang dikemukakan. Saksi turut memainkan peranan penting. Terdapat dua jenis saksi yang diperlukan.
Saksi pernikahan diperlukan bagi membuktikan bahawa berlakunya lafaz takliq tersebut. Sesiapun boleh menjadi saksi pernikahan sama ada bapa kandung isteri, adik beradik lelaki isteri atau jiran tetangga. Saksi tempat tinggal bagi mengesahkan bahawa suami tidak pulang kerumah dalam tempoh dinyatakan. Seeloknya, saksi tersebut adalah jiran tetangga yang jarak rumah tidak jauh dari tempat tinggal isteri tersebut. Pihak isteri boleh menyediakan 2 orang saksi lelaki atau lebih bergantung kepada keterangan saksi-saksi tersebut. Sebagai contoh, pihak isteri mebawa seorang saksi perkahwinan akan tetapi saksi tersebut berada jauh dari pengantin lelaki ketika mana lafaz takliq dilafazkan.
Keterangan saksi tersebut tidak boleh diambil kira kerana saksi tidak mendengar dengan jelas apa lafaz yang diungkapkan. Begitu juga dengan saksi tempat tinggal, perlu kepada saksi yang peka dengan jiran-jiran.
Fokus utama dalam perbicaraan adalah membuktikan bahawa lafaz takliq telah dilanggar oleh pihak suami. Oleh itu, saksi-saksi memainkan peranan penting bagi menyakinkan Mahkamah bahawa pelanggaran takliq berlaku.
Perkara yang Boleh Menyukarkan Prosiding Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan prosiding, antaranya ialah:
Tiada saksi. Keterangan hanya dengar cakap (hearsay). Keterangan bercanggah atau tidak konsisten. Menipu mahkamah. Diantara soalan-soalan yang akan ditanya kepada saksi pernikahan adalah tempat, tarikh dan masa pernikahan. Jarak diantara saksi dan pengantin lelaki turut memainkan peranan dan boleh dipersoalkan sekiranya saksi kedudukan saksi jauh dari pengantin lelaki.
Sekiranya Yang Arif berpuas hati dengan segala keterangan dan hujahan yang dikemukakan, mahkamah boleh mentakliqkan pernikahan tersebut.
Apa yang Akan Berlaku Selepas Perkahwinan ditaklikkan? Isteri akan melalui fasa eddah selama 3 kali suci. Ruju’ boleh berlaku tanpa lafaz akad nikah yang baru sekiranya pihak-pihak ingin kembali bersama. Pihak isteri berhak membuat mana-mana tuntutan termasuklah tuntutan nafkah eddah. Risiko ruju’boleh berlaku tanpa persetujuan isteri. Download Borang Penceraian Taklik & Borang Berkaitan Untuk memudahkan pengurusan, kami sediakan senarai borang dan dokumen contoh untuk urusan penceraian taklik ini.
Borang Penceraian Taklik1. Contoh Afidavit Kes Permohonan Sijil Faraid (Selapis)
2. Contoh Afidavit Kes Permohonan Sijil Faraid (Berlapis)
3. Contoh Afidavit Kes Persetujuan Serahan Kenderaan
4. Contoh Afidavit Kes Permohonan Sijil Faraid (Kenderaan) Terlajak Perahu Boleh di Undur Terlajak Kata Buruk Padahnya Diriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: “ 3 perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dikirakan bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan berguarau dikirakan bersungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan ruju”.
Kadangkala tak tercapai dek akal akan lafaz takliq tersebut. Sebagai contoh:
Jika kau turun dari katil jatuh talak satu. Kalau main facebook aku ceraikan mung Kalau balik rumah mak jatuh talak satu Kalau keluar rumah pintu ni jatuh talak Kalau PMX jadi Perdana Menteri jatuh talak Walaupon lafaz tersebut dibuat dengan nada bergurau, sekiranya lafaz dilanggar akan menyebabkan runtuhnya rumahtangga tersebut. Secara amnya, talak akan berlaku jika isteri membuat apa yang dilarang. Pihak isteri perlu peka dengan ayat-ayat yang berbau cerai. Ini bukan sahaja melibatkan hukum agama, ianya turut berkait dengan nasab anak-anak yang bakal lahir.
Jangan mengambil mudah tentang hukum-hukum Syariat kerana ianya saling berkait rapat dengan perkahwinan syubhah dan nasab keturan anak.
Allah mengurniakan akal yang sempurna dan haruslah gunakannya sebaik mungkin. Setiap tutur kata perlu difikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Tanpa sedar, ayat yang digunakan membawa maksud cerai.
Alangkah menyesal buat suami jika perkahwinan menjadi sia-sia dek kerana mulut yang tidak ditapis. Sifat suami ialah kuat. Kuat dalam menahan nafsu dari berkata yang tidak sepatutnya, kuat untuk menahan emosi dari melafazkan cerai. Anak-anak akan menjadi saksi keruntuhan rumahtangga ibu ayah mereka disebabkan oleh ketelanjuran ayahnya dalam berbicara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/10/lafaz-taklik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Penceraian Dalam Islam Secara 1 Kali Lafaz Dihadapan Hakim

Permohonan Penceraian Dalam Islam Secara 1 Kali Lafaz Dihadapan Hakim

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 271 hits
Penceraian dalam islam merupakan 1 ilmu wajib dipelajari oleh semua orang Jelas sekali walaupun setiap pasangan yang berkahwin inginkan satu mahligai yang bahagia Namun begitu kadang kala tewas dengan pancaroba dan ujian yang dilemparkan se...
Bagaimana Permohonan Fasakh Sebagai 1 Pilihan Penceraian Dalam Islam

Bagaimana Permohonan Fasakh Sebagai 1 Pilihan Penceraian Dalam Islam

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 177 hits
Bagaimana Permohonan Fasakh Sebagai 1 Pilihan Penceraian dalam Islam 2 Permohonan fasakh bukanlah suatu kezaliman tetapi ianya salah satu cara untuk membela kaum wanita yang sangat adil dan saksama Islam itu mudah dan adil mengikut keadaan ...
Banyak Dia Ajar Amp Bercerita Angelina Tan Terbuka Hati Peluk Agama Islam Atas Bimbingan Sabri Yunus

Banyak Dia Ajar Amp Bercerita Angelina Tan Terbuka Hati Peluk Agama Islam Atas Bimbingan Sabri Yunus

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 267 hits
Pelakon veteran Angelina Tan menceritakan suaminya Sabri Yunus merupakan antara individu yang memain peranan penting sepanjang dirinya mempelajari agama Islam dan mahu memeluk agama tersebut Kata Angelina biarpun dirinya tidak terlalu tahu ...
Jangan Dabik Dada Mengaku Siapa Lebih Islam Kata Zahid

Jangan Dabik Dada Mengaku Siapa Lebih Islam Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 186 hits
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi pada program zikir perdana sedunia di Masjid Putra Putrajaya PUTRAJAYA Umat Islam harus mengetepikan perbezaan politik dan tidak menuding jari membandingkan siapa mempunyai pegangan Islam lebih baik ant...
Pm Gesa Negara Islam Terus Tekan Israel

Pm Gesa Negara Islam Terus Tekan Israel

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 199 hits
Malaysia mengajak pemimpin pemimpin negara Islam memberi tekanan kepada Israel agar segera menghentikan tindakan zalim terhadap penduduk Palestin Gesaan itu disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat sam...
Perang Israel Palestin Pm Bincang Dengan Negara Islam Cari Penyelesaian

Perang Israel Palestin Pm Bincang Dengan Negara Islam Cari Penyelesaian

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 290 hits
Oleh Abdullah Zaid Serangan tanpa henti tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akan dibincangkan segera oleh negara negara Islam termasuk Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberintahu Dewan Rakyat pagi t...
Melahirkan Generasi Islam Berilmu Dunia Akhirat

Melahirkan Generasi Islam Berilmu Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 161 hits
Kerajaan Perpaduan serius dalam memartabatkan pembangunan syiar Islam di Malaysia Insya Allah dengan peruntukan ini kita juga dapat melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi Belanjawan2024 MalaysiaMADANI
Mudah Sungguh Pas Hukum Bercanggah Dengan Islam

Mudah Sungguh Pas Hukum Bercanggah Dengan Islam

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 152 hits
Ahmad Mursi 1 Macam Pak Mertua dia jugak Mudah sungguh label bercanggah dengan Islam GST dan SST Alasan hukum jadi kos dan pembeli miskin kena bayar 2 Saya dah komen di wallnya Tapi banyak juga komen2 yang dipadam 3 Masa PAS jadi kerajaan k...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian