4 Sebab Kenapa Saintis Mahu Menerokai Planet Marikh


Daripada organisasi-organisasi besar seperti NASA (Amerika Syarikat) dan Roscosmos (Russia) sehinggalah kepada syarikat persendirian seperti SpaceX yang ditubuhkan oleh Elon Musk, semuanya memfokuskan kepada eksplorasi terhadap planet Marikh.


Persoalannya, kenapa penerokaan ke planet merah ini penting buat organisasi-organisasi ini? Bukan sahaja teknologi dan pelbagai kajian dilakukan untuk misi ini, malah NASA juga dikhabarkan telah mempunyai calon yang sesuai sebagai angkasawan pertama untuk dihantar ke Marikh.

Manusia yang terpilih tersebut adalah Alyssa Carson, yang kini sedang menjalani pelbagai latihan insentif bagi merealisasikan perancangan NASA untuk menghantar manusia ke planet Marikh menjelang tahun 2033.

Persoalannya, kenapa para saintis berlumba-lumba hendak menerokai planet Marikh?

1. Perasaan ingin tahu

Suatu kajian yang dibuat oleh saintis biasanya untuk menyelesaikan masalah atau berpunca daripada perasaan ingin tahu.

Pada tahun 1976, NASA telah melancarkan 2 misi ke planet Marikh iaitu Viking 1 pada 20 Julai 1976 dan Viking 2 pada 3 September 1976.

Kedua-dua misi ini adalah misi terawal yang berjaya melakukan pendaratan di planet Marikh dan robot telah berjaya menemui bukti kewujudan air di planet Marikh.

Walau bagaimanapun, persoalan sama ada terdapat hidupan di planet Marikh masih lagi belum dapat dirungkai.

2. Pencarian tempat tinggal baru buat manusia

Bagi Elon Musk, beliau merancang untuk mewujudkan penempatan manusia di planet Marikh bagi memastikan manusia tidak akan pupus sekiranya Perang Dunia Ketiga benar-benar berlaku.

Saintis juga percaya Bumi semakin nazak dengan pelbagai pencemaran dan perubahan iklim yang drastik, menjadikannya tidak selamat untuk diduduki.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksa saintis tidak memfokuskan kepada penyelesaian kepada pencemaran alam sekitar.

Malah, perpindahan manusia ke Marikh juga dilihat sebagai alternatif terakhir sekiranya Bumi hancur pada masa hadapan.

3. Mendorong penciptaan teknologi baru

Sekiranya anda tidak tahu, eksplorasi ke angkasa lepas sebenarnya banyak memberi manfaat kepada manusia.

Solusi dan teknologi baru yang dicipta bagi menyelesaikan sesuatu masalah telah memberi banyak kebaikan kepada manusia. Misalnya, penciptaan satelit.

Kini, satelit telah digunakan secara meluas dalam bidang komunikasi, penentuan masa dan kedudukan (GPS).

Selain itu, misi Apollo oleh NASA satu ketika dahulu juga membawa kepada penciptaan cip mikroelektronik yang kini banyak digunakan dalam kalkulator dan komputer.

Tanpa ciptaan cip mikroelektronik ini, kita berkemungkinan masih lagi menggunakan barang-barang elektronik bersaiz besar.

Dalam eksplorasi planet Marikh, kajian menggunakan robot mendapati terdapat kemungkinan hidupan disana.

Walaupun terdapat beberapa persamaan mengenai ciri rekabentuk dan geografi Marikh dan Bumi, terdapat juga beberapa perbezaan yang ketara antara keduanya.

Saintis mungkin boleh membuat kajian mengenai kewujudan hidupan dan evolusi kehidupan di Marikh, kemudian menggunakan dapatan daripada kajian tersebut kepada manusia di Bumi ini.

4. Mewujudkan kerjasama antarabangsa

Bagi NASA, eksplorasi ke Marikh bukan sahaja menguntungkan pihaknya, tetapi semua negara atau organisasi yang terlibat.

Pelbagai halangan dan kesukaran untuk terbang ke Marikh dan melakukan pelbagai kajian tentang kemungkinan mewujudkan koloni manusia di sana sebenarnya menggalakkan pelbagai organisasi dari seluruh dunia untuk bekerjasama.

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) merupakan antara contoh dalam bab ini. Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara terawal yang mencadangkan pembinaan ISS, kini banyak organisasi lain turut mempunyai modul mereka di ISS antaranya Russia dan European Space Agency (ESA).

Malah, angkasawan pertama Malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor juga pernah menjejakkan kaki ke ISS pada tahun 2007.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Alyssa Carson, Manusia Pertama Yang Bakal Menjelajah Planet MarikhMakhluk Asing Dari Marikh Serang Bumi!
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/kenapa-saintis-mahu-menerokai-marikh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alyssa Carson Manusia Pertama Yang Bakal Menjelajah Planet Marikh

Alyssa Carson Manusia Pertama Yang Bakal Menjelajah Planet Marikh

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 654 hits
Misi ke planet Marikh bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya telah dimulakan sejak tahun 1965 apabila Mariner 4 kapal angkasa tanpa pemandu NASA berjaya menghampiri planet ini dan menghantar gambar planet Marikh secara dekat yang pertama Kem...
Kami Nak Menetap Terus Di Bulan Nasa Lancar Misi Untuk Tinggal Di Bulan Dan Jelajah Marikh

Kami Nak Menetap Terus Di Bulan Nasa Lancar Misi Untuk Tinggal Di Bulan Dan Jelajah Marikh

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 325 hits
Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan merancang untuk menghantar kru mereka ke permukaan bulan menjelang tahun 2024 Angkasawan NASA Nick Hague dan Drew Morgan telah menjalankan misi spacewalk pertama sejak beberapa lalu Angka...
Saintis Berjaya Membezakan Sperma Berkromosom X Dan Y Yang Membolehkan Pemilihan Jantina Bayi Dilakukan

Saintis Berjaya Membezakan Sperma Berkromosom X Dan Y Yang Membolehkan Pemilihan Jantina Bayi Dilakukan

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 521 hits
Jantina bayi adalah bergantung kepada sperma si bapa Di dalam sperma kromosom Y akan menghasilkan bayi lelaki manakala kromosom X akan menghasilkan bayi perempuan Selama ini proses untuk memilih jantina adalah mustahil sebelum persenyawaan ...
Soalan Untuk Saintis Dr Mai Chun Wai

Soalan Untuk Saintis Dr Mai Chun Wai

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 446 hits
Ahli Bersekutu YSN ASM Ketua Pusat Penyelidikan Kanser dan Sel Stem Institut Penyelidikan Pembangunan dan Inovasi dan Pensyarah Kanan Jabatan Farmasi Universiti Perubatan Antarabangsa Apa tumpuan latar belakang penyelidikan sekarang Tumpuan...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense