4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan Jika Tidak Nyawa Boleh Terancam


Hi Korang,
Ok lagi satu bacaan ilmiah untuk korang
Kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang. Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita

Kesihatan wanita sering menjadi fokus perbincangan utama menjelang 8 Mac yang merupakan Hari Wanita Sedunia

Walaupun ia tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai jenis upacara yang diadakan bagi memperakukan peranan wanita dalam kehidupan seharian


Bagi memastikan kebajikan wanita terjaga secara menyeluruh, penting untuk kita turut memberikan tumpuan kepada prioriti kesihatan mereka

Artikel ini akan menerangkan 4 perkara yang wajar diberi perhatian oleh setiap wanita bagi memperkukuhkan tahap kesihatan mereka bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut

#1 Galakkan mereka menjalani ujian saringan kanser serviks
Tidak lengkap saranan kesihatan wanita jika ia tidak melibatkan ujian saringan kanser serviks

Ia merupakan kanser ketiga terlazim di Malaysia dan boleh dianggap sebagai barah termudah dalam kalangan kanser wanita. Ia boleh dihindari melalui ujian pap smear, vaksin HPV dan rawatan susulan

Pap smear adalah prosedur yang dijalankan bagi mengenal pasti perubahan pra kanser (perubahan sel serviks), yang berpotensi untuk menjadi kanser jika tidak dirawat dengan sebaiknya

Bagi mereka yang berusia di antara 21 hingga 65 tahun, doktor lazimnya akan menyarankan ujian pap smear dibuat setiap 3 tahun

Namun jika anda mempunyai faktor risiko masalah kesihatan kanser, ia mungkin akan dijadualkan lebih kerap:
Pernah didiagnosis dengan masalah kanser serviks atau pap smear menunjukkan perubahan pra kanser

Terdedah kepada diethylstilbestrol (DES) semasa di dalam kandungan

Didiagnosis dengan jangkitan HIV

Mempunyai sistem imun yang lemah berikutan prosedur pemindahan organ, terapi kemo atau penggunaan ubat steroid secara kronik

Tabiat merokok atau pernah merokok

Anda juga disarankan untuk mengambil ujian virus papilloma (HPV) bagi mengesan aktiviti virus tersebut

Ia boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan, mencetus perubahan sel serviks dan menyebabkan masalah kanser serviks

#2 Jangan lupa akan kanser payudara, buat mamogram seperti yang disarankan
Kanser payudara adalah kanser terlazim yang didiagnosis dalam kalangan wanita di Malaysia


Dianggarkan 1 dalam kalangan 19 wanita berisiko mengalami masalah kesihatan ini. Jika mahu dilihat pada konteks yang lebih luas, lebih daripada 1 juta wanita di seluruh dunia didiagnosis dengan masalah ini setiap tahun

Keadaan kesihatan ini juga merupakan kanser kedua dengan kadar kematian tertinggi selepas kanser paru-paru

Ujian saringan kanser dan pengesanan awal boleh membantu pesakit wanita untuk mengesan masalah kanser ini lebih awal dan rawatan susulan boleh dijalankan

Namun, bukan mudah untuk kita menggalakkan mereka yang berisiko untuk turut menjalani saringan mamogram atau ujian lain seperti yang disarankan oleh doktor

Akibatnya, hampir 40% kes kanser payudara baharu didiagnosis ketika mereka berada pada tahap lewat

Bagi memperkuatkan tahap kesihatan wanita, wajar untuk kita menggalakkan kaum Hawa ini untuk menjalani saringan kanser mengikut apa yang disarankan oleh doktor

#3 Pastikan anda mendapatkan semua jenis vaksin yang disarankan demi kesihatan
Anda bukan sahaja perlu peka terhadap jenis vaksin yang disarankan semasa berada di tempat kediaman masing-masing

Keperluan vaksin boleh berubah jika anda ingin bergerak pergi ke negara lain bagi menghindari jangkitan endemik yang boleh mengancam nyawa

Jadi, lebih selamat sekiranya anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum pergi bercuti ke mana-mana (6 minggu sebelum lebih ideal) untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan keperluan vaksin

Anda juga boleh membincangkan isu kesihatan lain seperti bekalan air bersih, nyamuk dan langkah pencegahan bagi penyakit seperti cirit-birit sekiranya anda hendak ke lokasi berkaitan

#4 Senaman dan diet boleh bantu memperkukuhkan tahap kesihatan wanita
Amalan pemakanan sihat dan fokus untuk mencapai berat ideal boleh melindungi anda daripada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan kanser



Lemak berlebihan terutamanya pada kawasan abdomen boleh menyukarkan kerja jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan dan meningkatkan risiko anda untuk mengalami masalah diabetes

Jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan, penurunan berat sekitar 5 hingga 10% berat badan sudah memadai untuk menyebabkan perubahan ketara pada paras gula dan tekanan darah

Pastikan anda minum air secukupnya dan bersenam secara berkala

Mungkin sukar bagi anda untuk mencari masa. Namun demi kesihatan, luangkan masa 30 minit sehari untuk bersenam

Ambil makanan berkhasiat. Tambah masuk makanan berserat, bijirin, lemak tidak tepu dan sumber protein yang bagus seperti kekacang, ikan dan sebagainya

Elakkan makanan berproses, tinggi garam, karbohidrat yang dicerna dengan cepat seperti roti putih, nasi putih dan minuman bergula

Elakkan daripada mengambil bahan tembakau dan ambil alkohol secara bersederhana

Kesimpulannya..
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, marilah bersama-sama kita galakkan amalan kesihatan yang lebih baik dalam kalangan wanita

Jika anda tidak pernah membuat saringan atau pemeriksaan kesihatan tahunan, pastikan anda melakukannya sekarang


Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Artikel Oleh Mohammad Nazri Zulkafli, Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Okla nanti kak lily kongsikan lagi artikel ilmiah ni lagi. Terima kasih kepada team Hello Doktor untuk perkongsian ni ek

#HelloHealthGroup#HelloDoktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/03/4-perkara-wajib-yang-perlu-setiap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Analisis Penang Lwn Kedah 5 Perkara Menarik Wajib Anda Ketahui

Analisis Penang Lwn Kedah 5 Perkara Menarik Wajib Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 225 hits
Penang hampir menamatkan perlawanan dengan megutip 3 mata namun Kedah meningkat menjadi lebih baik pada separuh masa kedua dan berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui kuisan unik dari Kpah Sherman Perlawanan bermula dengan Penang terlebi...
5 Perkara Joan Laporta Perlu Lakukan Untuk Perkasakan Kembali Barcelona Fc

5 Perkara Joan Laporta Perlu Lakukan Untuk Perkasakan Kembali Barcelona Fc

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 224 hits
Joan Laporta sekali lagi dipilih untuk menjawat jawatan presiden Barcelona Berusia 58 tahun Laporta memenangi majoriti 58 daripada undian untuk menerju kembali antara salah sebuah kelab bola sepak terbesar di dunia ini Pesaing kepada Laport...
10 Tahun Penjara Tak Boleh Ganti 1 Nyawa Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

10 Tahun Penjara Tak Boleh Ganti 1 Nyawa Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 331 hits
The ReporterSeorang penunggang motosikal maut setelah dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki mabuk dalam kejadian di Jalan Sungai Lembing Kuantan awal pagi Isnin 1 Mac 2021 Muhammad Akmal Hakim 22 pekerja kilang di kawasan perindustrian...
Keluarga Lebih Bahagia Jika Anda Amalkan 5 Perkara Penting Ini No 1 Wajib Tau

Keluarga Lebih Bahagia Jika Anda Amalkan 5 Perkara Penting Ini No 1 Wajib Tau

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 176 hits
Setiap pasangan yang sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata pasti inginkan keluarga yang bahagia Sebab itu kita sanggup berusaha untuk mengetahui apakah ciri ciri keluarga bahagia agar itu juga realiti hidup kita Kita sanggup lakukan apa ...
Wanita Ini Mengatakan Dia Dihamilkan Oleh Angin Akhir Sekali Habis Terbongkar Punca Dia Boleh Hamil

Wanita Ini Mengatakan Dia Dihamilkan Oleh Angin Akhir Sekali Habis Terbongkar Punca Dia Boleh Hamil

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 445 hits
Untuk pengetahuan anda pada pertengahan bulan Februari neggara jiran kita iaitu Indonesia heboh tentang pengakuan seorang wanita bernama Siti Zainah yang mndkwa dihamilkan oleh angin
Mourinho Berdepan Pemecatan Jika Gagal Lakukan Satu Perkara Ini Untuk Tottenham

Mourinho Berdepan Pemecatan Jika Gagal Lakukan Satu Perkara Ini Untuk Tottenham

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 246 hits
Tewas 3 0 kepada Dinamo Zagreb dalam aksi Liga Europa tempoh hari meletakkan kedudukan pengurus Tottenham Hotspur Jose Mourinho dalam bahaya dan berdepan dengan kemungkinan dipecat Jurulatih warga Portugal itu gagal membawa Spurs ke pusinga...
Umno Boleh Bekerjasama Dengan Pkr Asalkan Umno Pm

Umno Boleh Bekerjasama Dengan Pkr Asalkan Umno Pm

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 306 hits
Saya betul tak faham bila ada yang boleh mengeluarkan pendapat tak kisah jika UMNO bekerjasama dengan PKR asalkan Anwar Ibrahim bukan Perdana Menteri Bersama dengan PKR bermakna bersekutu juga dengan DAP Ulang kali Anwar Ibrahim sendiri sah...
Dua Mt Dedah Maklumat Mesyuarat Umno Boleh Percaya Ka Zahid Ni

Dua Mt Dedah Maklumat Mesyuarat Umno Boleh Percaya Ka Zahid Ni

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 362 hits
ALOR GAJAH UMNO mengenal pasti dua ahlinya yang sering membocorkan segala maklumat setiap kali mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu kepada pihak tidak bertanggungjawab Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls