4 Langkah Dapatkan Surat Beranak Hilang Secara Online Dengan Mudah
Banyak kes yang terjadi berkenaan surat beranak hilang yang mana tidak dapat dijumpai atau sudah terhapus di dalam kebakaran atau apa-apa keadaan yang boleh diklasifikasikan sebagai hilang dan rosak. Kegunaan surat beranak adalah penting kerana ia merupakan dokumen yang sah membuktikan data kelahiran kita.
Namun, sekiranya anda ingin mendapatkan surat beranak hilang itu terdapat cara yang mudah untuk mendapatkannya semula. Kerajaan Malaysia amat prihatin dengan urusan rakyat dan menyediakan kaedah penyelesaian yang betul dan mudah untuk mendapatkan dokumen penting anda. Berikut adalah perkongsian mengenai surat beranak hilang dan cara mendapatkannya.
Sertai Telegram Info SGO Terkini
Surat Beranak Adalah Dokumen Penting Bagi Rakyat
Apakah Itu Surat Beranak?
Bagi setiap kelahiran di Malaysia adalah wajib didaftarkan tanpa mengira taraf perkahwinan dan juga kewarganegaraan ibu bapa bayi mengikut undang-undang kerajaan Malaysia. Untuk makluman kepada semua, Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) akan mengeluarkan sijil lahir berwarna hijau untuk bayi warganegara dan juga sijil lahir merah jambu untuk bukan warganegara.
Sijil kelahiran atau surat beranak ini adalah sebuah dokumen penting berkenaan seseorang individu yang kelahirannya didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). Melalui dokumen ini mengandungi beberapa maklumat yang penting berkenaan seseorang individu itu di antaranya ialah nama, tarikh lahir, nombor surat, kelahiran, nama ibu dan bapa serta beberapa maklumat lain.
Info Surat Beranak JPNBermula 2023, Surat beranak diwajibkan bagi semua warganegara Malaysia bermula 60 hari selepas kelahiran yang mana sebelum ini tempoh daftar hanyalah 14 hari
Kepentingan dan Kegunaan Surat Beranak
Surat beranak adalah bukti sah seseorang itu dilahirkan di dalam negara Malaysia. Kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa wajib untuk setiap kelahiran mendaftarkan kelahiran di dalam negara. Ini adalah kerana bagi mengelakkan beberapa masalah yang bakal berlaku sekiranya individu atau anak gagal didaftarkan di bawah JPN.
Berikut adalah kesan buruk sekiranya tidak mempunyai surat beranak yang sah;
Anak gagal memasuki sekolah kerana pihak sekolah menetapkan wajib mempunyai surat beranak atau sijil kelahiran.
Seseorang individu yang tidak mempunyai surat beranak akan tidak mendapat kad pengenalan kerana gagal mengemukakan butiran lengkap.
Sekiranya seseorang itu gagal mendapatkan surat beranak yang dalam masa yang sama tidak mempunyai kewarganegaraan akan menghalang individu tersebut untuk menerima inisiatif dan keistimewaan sebagai warganegara Malaysia.
Panduan Dapatkan Semula Surat Beranak Hilang
Kelayakan Mohon Surat Beranak Hilang
Keperluan mempunyai surat beranak adalah penting kerana ia akan digunakan sehingga anda dewasa. Terdapat beberapa kes yang mana surat beranak hilang akibat dari pelbagai sebab seperti banjir, hilang dicuri, kebakaran dan sebagainya. Untuk kes ini anda boleh membuat permohonan bagi mendapatkan surat beranak hilang.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan bagi mendapatkan surat beranak yang hilang:
Pemilik surat beranak telah memiliki kad pengenalan atau pasport
Ibu atau bapa kepada pemilik surat beranak
Suami atau isteri kepada pemilik surat beranak
Anak kandung atau anak angkat yang sah untuk pemilik surat beranak
Adik-beradik kandung bagi pemilik surat beranak
Penjaga yang sah untuk kanak-kanak pemilik surat beranak yang telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak berdasarkan akta perlindungan kanak-kanak 1991
Pihak firma guaman
Pihak badan berkanun
Pihak agensi kerajaan
Cara Untuk Dapatkan Surat Beranak Hilang
Bagi mendapatkan surat beranak hilang anda hanya memerlukan beberapa langkah mudah dan boleh membuat permohonan melalui secara atas talian di laman rasmi jabatan pendaftaran negara (JPN). Bagi membuat permohonan adalah mesti dilalui portal JPN.
Proses ini hanya memerlukan 4 langkap mudah sahaja iaitu:
Log masuk portal JPN
Buat permohonan sebagai pemilik atau waris
Sahkan permohonan
Cetak surat pengesahan berjaya dan bawa ke kaunter JPN
Berikut adalah beberapa langkah untuk memohon surat beranak hilang:
Sila layari portal rasmi JPN
Kemudian klik pada pautan permohonan cabutan salinan sijil kelahiran yang diperakui dalam talian.
Pengguna akan dipaparkan halaman sistem cabutan salinan sijil kelahiran.
Untuk pengguna baharu anda perlulah mendaftarkan akaun dengan klik pada butang daftar pengguna baru. Seandainya anda sudah mempunyai akaun anda perlu klik sahaja pada butang log masuk.
Selepas anda berjaya log masuk, anda boleh melakukan urusan permohonan.
Disarankan kepada pengguna untuk membaca terma dan syarat yang telah disediakan.
Seandainya pengguna bersetuju dengan terma dan syarat sila klik pada butang setuju di penghujung halaman tersebut bagi meneruskan permohonan.
Pengguna boleh memilih kategori permohonan sama ada pemilik atau waris.
Waris terdiri daripada golongan seperti berikut:
Ibu bapa
Adik-beradik
Pasangan
Seandainya pengguna adalah pemilik boleh terus lengkapkan borang permohonan yang dipaparkan.
Seandainya juga pengguna adalah waris satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah diisi dengan butiran lengkap.
Selepas selesai mengisi pengguna akan dipaparkan dengan satu halaman yang menyertakan permohonan anda adalah.
Pengguna boleh cetak slip permohonan lalu boleh dibawa ke kaunter JPN untuk urusan selanjutnya.
Seandainya permohonan anda gagal anda boleh pergi ke kaunter JPN berdekatan dengan anda segera dan melakukan urusan.
Demikianlah mengenai proses memohon surat beranak hilang untuk warganegara sekiranya terjadi apa-apa kes yang mana surat beranak anda hilang anda perlulah sana dan mengambil tindakan pantas bagi melindungi dan mendapatkan semula dokumen penting anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/11/surat-beranak-hilang.html