4 Beradik Bersanding Serentak Lebih Jimat Lagi Meriah


 
Empat beradik bersama ibu bapa mereka Mazlan Muskon, 56, dan Misnah Sulaiman, 51 pada majlis perkahwinan yang dijalankan serentak di Tongkang Pechah, Batu Pahat, hari ini. (Gambar Bernama)BATU PAHAT: Bagi sepasang suami isteri, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat keempat-empat anak mereka bersanding serentak dan menyambut semua menantu dalam satu majlis yang amat meriah di Taman Bistari, Tongkang Pechah.
Itulah perasaan Mazlan Muskon, 56, dan Misnah Sulaiman, 51, apabila empat anak mereka membuat keputusan untuk mengadakan satu majlis sahaja bagi meraikan perkahwinan masing-masing kerana mahukan kenduri yang lebih meriah selain ingin berjimat.
“Ternyata majlis jadi lebih meriah apabila ramai yang hadir, bukan sahaja kenalan dan keluarga kami malah pihak pasangan keempat-empat anak saya juga hadir,” kata Mazlan kepada pemberita semasa majlis perkahwinan di kediamannya.
Katanya langkah itu menjimatkan kos keseluruhan majlis seperti mendapatkan khidmat untuk pelamin, katering, dan jurugambar.
Mazlan dan Misnah sentiasa menerapkan konsep berjimat kepada anak-anaknya dengan menggalakkan mereka menabung sejak kecil.
“Malah sebahagian perbelanjaan untuk majlis perkahwinan ini turut ditampung oleh duit tabungan yang mereka kumpul semenjak awal lagi.
“Sekitar RM40,000 dapat dijimatkan apabila majlis ini dilaksanakan serentak,” kata Mazlan.
Muhammad Amiruddin Mazlan, 25, pula berkata beliau dan adik-adiknya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka secara serentak sejak Mei tahun lepas, serta bersyukur ia dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun, anak sulung daripada empat beradik tu berkata antara cabaran yang dihadapi mereka ialah mendapat kesepakatan dalam memilih tema pakaian, pelamin, dan tarikh bersanding.
“Pada mulanya, agak sukar untuk memilih tarikh kerana cuti masing-masing berbeza namun akhirnya kami sepakat memilih hari ini kerana cuti sempena Tahun Baharu Cina,” kata pekerja kilang itu.
Selain Muhammad Amiruddin dan pasangannya, Siti Nur Shahiera Mas Dery, 27; majlis itu menyaksikan persandingan Muhammad Fahmi Fakhruddin, 23, bersama Siti Aishah Sabtu, 24; Muhammad Erwan Azharizam, 22 bersama Wan Nur Hayati Meor Ahmad, 23; dan adik bongsu mereka iaitu Nur Aisyah Azrina, 21, bersama Muhammad Aidiel Ashraff Khairul Nizam, 24.
EXCO Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, yang hadir pada majlis itu, menyifatkan ia suatu inisiatif yang unik.
“Pada saya, ini adalah pengalaman pertama menghadiri majlis persandingan perkahwinan yang dijalankan serentak dengan empat pasangan sekali gus, bukan mudah untuk melaksanakannya kerana memerlukan kesepakatan dan semangat perpaduan daripada beberapa keluarga,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/4-beradik-bersanding-serentak-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Lebih Sebulan Guru Ini Hilang Ketika Tunai Umrah

Sudah Lebih Sebulan Guru Ini Hilang Ketika Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 191 hits
MALAYSIADATELINEWalaupun telah lebih sebulan dilaporkan hilang ketika mengerjakan umrah usaha untuk mencari dan mengesan seorang guru Musthafa Kamal Abdullah 49 tetap diteruskan oleh keluarganya Anak sulungnya Muhammad Nabil 26 berkata dia ...
Hiburan Bila Kahwin Orang Muda Rasa Diri Pun Lebih Muda Dulu Jarang Ke Masjid Tapi Sekarang Rajin Ddnk

Hiburan Bila Kahwin Orang Muda Rasa Diri Pun Lebih Muda Dulu Jarang Ke Masjid Tapi Sekarang Rajin Ddnk

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 423 hits
Sedia maklum individu yang cukup terkenal dengan tagline Tak Hensem Tak Apa Janji Kaya tahun lalu menjadi perhatian ramai kerana mengahwini untuk kali kedua dengan wanita yang jauh lebih muda darinya Malah difahamkan wanita yang bernama Tua...
Rafizi Jangka Rundingan Ph Bn Di Negeri Sembilan Lebih Mudah Muktamad

Rafizi Jangka Rundingan Ph Bn Di Negeri Sembilan Lebih Mudah Muktamad

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 257 hits
January 16 2023 Rafizi Ramli berkata Aminuddin Harun dan Mohamad Hasan digambarkan sebagai watak senang dibawa berbincang dalam rundingan kerjasama antara PH dan BN PETALING JAYA Rundingan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasion...
Nuget Ayam Tempura Homemade Crunchy Lebih Puas Anak Anak Makan

Nuget Ayam Tempura Homemade Crunchy Lebih Puas Anak Anak Makan

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 192 hits
Ada isi ayam lebih tak tahu nak buat apa boleh cuba buat nuget tempura Cara ini boleh beri sedikit kelainan pada anak anak yang susah nak makan Untuk yang ada anak anak kecil memang akan seronok lah sebab biasanya anak anak akan suka makan ...
Rasa Lebih Muda Bila Nikahi Wanita Muda Ddnk Akui Kini Makin Rajin Ke Masjid

Rasa Lebih Muda Bila Nikahi Wanita Muda Ddnk Akui Kini Makin Rajin Ke Masjid

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 185 hits
Cerita rumah tangga Pakar Pelaburan Saham Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan 48 yang berkahwin dengan isteri Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari 26 nbsp pada September tahun lalu
Pemerintah Janji Pembelian Lpg 3 Kg Di Agen Akan Lebih Mudah

Pemerintah Janji Pembelian Lpg 3 Kg Di Agen Akan Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 310 hits
Pemerintah berencana akan melarang pembelian gas LPG 3 kilogram di warung warung kecil Sebagai gantinya masyarakat harus membeli gas LPG melon ini ke agen agen penyalur resmi Pertamina
Garnier Malaysia Mendidik Lebih 2 000 Pelajar Di Malaysia Menerusi Inisiatif Green Beauty

Garnier Malaysia Mendidik Lebih 2 000 Pelajar Di Malaysia Menerusi Inisiatif Green Beauty

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 229 hits
GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2 000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF GREEN BEAUTY Garnier Malaysia hari ini mengumumkan penutupan program pendidikan sekolah anjurannya dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia Program itu di...
Lain Macam Brader Ni Punya Flex Pendapatan Rider Bikin Netizen Tergamam Dapat Lebih Dari Rm100k

Lain Macam Brader Ni Punya Flex Pendapatan Rider Bikin Netizen Tergamam Dapat Lebih Dari Rm100k

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 185 hits
Tidak kira panas ataupun hujan kita sering lihat rider makanan semangat dan gigih untuk menghantar pesanan makanan pelanggan hingga satu tahap kita berasa kasihan melihat mereka siang dan malam bekerja Namun adakah anda tahu income yang di ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan