4 752 Lokaliti Belum Mendaftar Padu Townhall Tambah Bilangan Pendaftar





 


Oleh: Abdullah Zaid





Sebanyak 4,752 lokaliti masih tidak mempunyai sebarang pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU), mahupun apa-apa program bantuan kerajaan yang disediakan sebelum ini.





Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sedaya upaya meluaskan penyertaan rakyat Malaysia mendaftar PADU sebelum dijangka berakhir pada 31 Mac ini.





Katanya, pihak kementerian ketika ini tertumpu di lokaliti seperti Perumahan Awam, Kondominium, Pangsapuri, Rumah Kos Rendah, Kuarters, Rumah Kedai, Rumah Air dan Panjang.





"Dalam konteks pelaksanaan PADU, pengemaskinian oleh rakyat atau rekod pentadbiran individu divisualisasi sehingga di peringkat lokaliti.





"Ia bagi memastikan semua kawasan diliputi, mempunyai perwakilan dan tidak berlaku keciciran," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.





Tambah Rafizi, penduduk di lokaliti dikenalpasti itu adalah rata-rata daripada golongan B40 dan B60.





"Penduduk di lokaliti ini berisiko tercicir daripada menerima ataupun dilibatkan dalam apa-apa program atau bantuan kerajaan yang akan datang.





"Oleh itu, tumpuan Kementerian dalam tempoh dua minggu ini adalah untuk mempertingkatkan pendaftaran individu dan isi rumah, terutamanya meliputi kawasan yang dikenal pasti berisiko terbesar pengecualian," ujarnya.





Bagi memberi penerangan lanjut, Rafizi berkata, satu sesi Townhall akan diadakan pada 23 Mac ini di Pusat Konvensyen MBSA bagi memberi penerangan mengenai manfaat PADU.





"Ia juga akan mendapatkan kerjasama pihak berkaitan membantu meningkatkan pendaftaran dalam kalangan rakyat, terutamanya di lokaliti Selangor dan Wilayah Persekutuan.





"Sesi ini akan dihadiri oleh Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, Pegawai Daerah, Datuk Bandar serta YDP, Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) bagi setiap pihak berkuasa tempatan dan wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB)," jelasnya.





Dalam pada itu, Rafizi turut meminta Kerajaan Negeri mengambil langkah yang sama, mengumpulkan wakil-wakil penduduk dari lokaliti berisiko tinggi keciciran, untuk menggalakkan pendaftaran PADU penduduk kawasan tersebut.





"Jika anda tidak mendaftar dan mengemaskini data dalam PADU, kerajaan akan menggunakan data yang didapati dari jabatan-jabatan kerajaan sedia ada yang berisiko tidak tepat atau tidak terkini.





"Daftar dan kemaskini data anda di PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan. Anda mungkin tidak mendapat bantuan kerajaan sebelum ini, kini walau peluang itu telah dibuka, oleh kerana data anda tidak dikemaskini, anda mungkin terus tercicir," kata Rafizi.





PADU yang telah dilancarkan pada 2 Januari 2024 adalah antara komitmen kerajaan untuk membangunkan dan mewujudkan satu pangkalan data yang akan menjadi sumber rujukan utama kepada semua agensi Kerajaan dalam membuat keputusan berpandukan data yang tepat, disamping menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.





Selain itu, PADU juga akan dapat membantu kerajaan untuk mengukuhkan kemampanan fiskal negara serta memberi ruang untuk melaksanakan reformasi fiskal bagi meningkatkan kecekapan perbelanjaan.


 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/4752-lokaliti-belum-mendaftar-padu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 17 Rakyat Malaysia Mendaftar Padu Apa Sudah Jadi

Hanya 17 Rakyat Malaysia Mendaftar Padu Apa Sudah Jadi

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 303 hits
SEHINGGA setakat jam 11 59 malam Sabtu lalu dilaporkan hanya 5 22 juta rakyat Malaysia telah berdaftar kepada Sistem Pangkalan Data Utama Ini adalah hanya sekitar 17 3 daripada 30 08 juta jumlah keseluruhan rakyat Malaysia dan adalah angka ...
Rafizi Told To Clarify Padu Issue At Cabinet Meeting Says Pm

Rafizi Told To Clarify Padu Issue At Cabinet Meeting Says Pm

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 313 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim in discussion with Sarawak premier Abang Johari Openg in Putrajaya on Friday PETALING JAYA Economy minister Rafizi Ramli has been asked to explain to the Cabinet a certain issue concerning registrations on Padu ...
Rafizi Says Karim S Comments On Padu His Personal View

Rafizi Says Karim S Comments On Padu His Personal View

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 175 hits
A Sarawak minister yesterday raised concerns over the privacy of data in the central database hub SHAH ALAM A Sarawak minister s call for the higher income groups to forego registration with the central database hub is his personal view say...
Padu Bukti Kegagalan Raja Formula Rafizi Kata Puad

Padu Bukti Kegagalan Raja Formula Rafizi Kata Puad

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 327 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 24 2024 11 53 AMPemimpin Umno mengkritik kegagalan sistem Pangakalan Data Utama yang disebabkan kelemahan dalam sistem kerja serta komunikasi Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata ia jug...
Padu Address Public S Lack Of Confidence Low Registration Rate Dr Wee Urges Govt

Padu Address Public S Lack Of Confidence Low Registration Rate Dr Wee Urges Govt

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR The government should do something to address the public s lack of confidence towards the Central Database Hub system says Datuk Seri Dr Wee Ka Siong The MCA president said the low registration rate was an obvious sign and stro...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Sinopsis Filem Mantera

Hiburan Pak Lah Dalam Kenangan Ubah Pekan Koboi Kepala Batas Kepada Bandar Maju


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal