330 Murid Daripada 7 Negeri Sertai Bsj Junior Camp 2019


Bank Simpanan Nasional (BSN) telah meraikan peserta-peserta BSN Smart Junior (BSJ) Junior Camp peringkat Kebangsaan 2019 dalam Majlis Penutup bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.
Program kem selama dua (2) hari ini telah berlangsung pada 6 November lalu
melibatkan seramai 250 orang murid (24 buah sekolah terlibat) dari lima (5) negeri
iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan. Program BSJ
Junior Camp merupakan program kem yang julung kali diadakan oleh BSN dengan
kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kesemua peserta terlibat adalah murid-murid berusia antara 11 tahun hingga 15 tahun.

Majlis Penutup BSJ Junior Camp telah dihadiri oleh Encik Roslan Shaarip,
Penolong Pengarah Unit Pembangunan dan Kecemerlangan Kokurikulum mewakili
Encik Zainal Abbas, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut sama hadir di majlis berkenaan adalah
Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN; wakil-wakil KPM
dan Jabatan Pendidikan Negeri serta pengurusan BSN yang lain.
Ditubuhkan pada pada tahun 1997, BSJ adalah kelab simpanan di bawah kelolaan BSN
untuk para pelajar seawal usia 7 hingga 20 tahun membuat simpanan.
Berbeza dengan Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP), BSJ tidak memberi ganjaran
kepada ahli melalui pertandingan simpanan tetapi ia menawarkan kelebihan-kelebihan
menarik kepada ahli dan salah satunya adalah aktiviti luar sekolah seperti program BSJ
Junior Camp.
Melalui program ini, para ahli berpeluang untuk melakukan aktiviti kem seperti Treasure
Hunt, Abselling, Water Confident, Survival cooking, Permainan Dinamik serta
Pengurusan Kewangan oleh Bank Negara. Pada tahun ini, program BSJ Junior Camp
Peringkat Kebangsaan dianjurkan pada 6 & 7 November 2019 dan Peringkat Negeri pula
dianjurkan di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu pada 16 & 17 November 2019
melibatkan 80 orang murid dari dua (2) negeri iaitu Terengganu & Kelantan.
“Sememangnya mandat yang didokong oleh BSN adalah untuk memperkasakan
simpanan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda seperti pelajarpelajar sekolah. Atas dasar itu, BSN telah menyediakan pelbagai saluran simpanan
di samping memperkenalkan skim simpanan menarik khas untuk para pelajar seperti
SGSP dan BSJ. Walau bagaimanapun, menggalakkan simpanan sahaja tidak
mencukupi. Ia juga perlu didatangkan dengan ciri-ciri atau kelebihan menarik lain agar
para pelajar terus berminat untuk menyimpan. Lagi pula, aktiviti kokurikulum seperti kem
ini adalah penting untuk membina sahsiah dan keperibadian pelajar ketika menempuhi
cabaran dan menangani masalah terutamanya skil survivor di dalam hutan,” kata
Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN.
Selain aktiviti kem, BSJ juga telah mengadakan beberapa aktiviti luar sekolah yang lain
seperti Program STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di Petrosains
melibatkan lebih 1,000 ahli BSJ di seluruh negara.

Ahli BSJ juga boleh menikmati pelbagai diskaun dari rakan niaga BSJ yang dilantik
seperti Petrosains, Zalora, Lazz Marketing dan banyak lagi. Setiap ahli juga turut
diberikan perlindungan insurans kemalangan berkelompok 24 jam termasuk belanja
pengurusan pengebumian sebanyak RM3,000 selain peluang untuk mendapatkan kadar
pulangan yang tinggi sehingga 1.70%.
Sehingga September 2019, lebih 327 ribu orang pelajar di Malaysia telah menyertai
BSJ. Selain itu, sebanyak lebih 9,000 buah sekolah juga telah menyertai BSJ pada
tahun ini. Jumlah ini adalah 88% daripada jumlah keseluruhan 10,208 sekolah
di Malaysia yang menyertai program SGSP. Lebih membanggakan lagi, sejumlah 1,266
daripada angka tersebut merupakan sekolah angkat BSN. Para pelajar yang ingin
menyertai program BSJ perlulah memiliki akaun simpanan BSN dan mempunyai baki
simpanan RM150, RM300 atau RM500. Para pelajar juga perlu melengkapkan borang
permohonan menjadi ahli BSJ di mana-mana Cawangan BSN berhampiran.
BSN juga terus memperkasakan lagi sikap menabung di kalangan pelajar dan pihak
sekolah melalui program-program lain seperti SGSP, BSN Educate serta Sekolah
Angkat & Buku Wang Saku (BWS) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia.
BSN juga sedang menjalankan Kempen #JomMenabung yang terbuka kepada semua
pelajar berumur 7 – 20 tahun. Kempen ini menawarkan hadiah berjumah RM140,000.
Kempen akan berakhir pada 31 Disember 2019.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan inisiatif dan produk simpanan BSN,
sila layari www.mybsn.com.my
The post 330 Murid Daripada 7 Negeri Sertai BSJ Junior Camp 2019 appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/330-murid-daripada-7-negeri-sertai-bsj-junior-camp-2019/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konvensyen Keadilan Negeri Pahang Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim Pada 08 Nov 2019 Di Kerdau

Konvensyen Keadilan Negeri Pahang Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim Pada 08 Nov 2019 Di Kerdau

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 633 hits
Menjelang Kongres Nasional KEADILAN yang dijangka pada awal Disember tahun ini di Melaka KEADILAN Negeri Pahang akan mengadakan Konvensyen yang berthemakan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi sebagai momentum menghadapi Kongres Nasional yang ak...
English Boost Camp 2 0 Di Johor Bahru 7 8 Dis 2019

English Boost Camp 2 0 Di Johor Bahru 7 8 Dis 2019

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 431 hits
Program Cuti Sekolah buat anak anak Sekitar Johor Bahru English Boost Camp 2 0 akan diadakan pada 7 8 Disember 2019 di Savanna Hills Tiram Johor PROGRAM CUTI SEKOLAH SEKITAR JOHOR BAHRU Jom isi The post appeared first on
Kuartal Iii 2019 Utang Luar Negeri Naik Menjadi Rp 5 567 Triliun

Kuartal Iii 2019 Utang Luar Negeri Naik Menjadi Rp 5 567 Triliun

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 301 hits
Bank Indonesia merilis data Utang Luar Neger Indonesia pada akhir triwulan III 2019 sebesar USD 395 6 miliar atau Rp 5 567 triliun Terdiri dari ULN publik sebesar USD 197 1 serta ULN swasta sebesar USD 198 5 miliar
Kenyataan Media Ketua Ketua Amk Negeri Khamis 14hb November 2019

Kenyataan Media Ketua Ketua Amk Negeri Khamis 14hb November 2019

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 307 hits
KETUA KETUA AMK NEGERI MENGALU ALUKAN KEHADIRAN YAB DATO SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL SEBAGAI PERASMI KONGRES NASIONAL TAHUNAN AMK 2019 Kami Ketua Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri seluruh Malaysia menyokong penuh ketetapan Mesyuarat Maj...
2019 Pertumbuhan Ekonomi Ri Diperkirakan Mentok Di 5 Persen

2019 Pertumbuhan Ekonomi Ri Diperkirakan Mentok Di 5 Persen

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 226 hits
Pertumbuhan ekonomi Indonesia di tahun ini diperkirakan hanya mentok di 5 persen bahkan ada kemungkinan bisa di bawah 5 persen Ini karena adanya risiko perlambatan ekonomi global yang tidak diperkirakan di awal tahun ini
Karnival Semarak Jawi 2019

Karnival Semarak Jawi 2019

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 390 hits
AssalammualaikumKarnival Semarak Jawi 2019 pada 16 hingga 17 november 2019 Berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 9 30 pagi hingga 4 00 petang di Pustaka Negeri Sarawak Semua yang berdekatan dijemput hadir Marilah kita sama sama semar...
Kejayaan Pasukan Malaysia Di Pertandingan International Earth Science Olympiad 2019 Di Daegu Korea Selatan

Kejayaan Pasukan Malaysia Di Pertandingan International Earth Science Olympiad 2019 Di Daegu Korea Selatan

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 344 hits
Laporan Muhammad Aidel Salleh Ardent Educational Consultants Pada 26 Ogos hingga 3 September 2019 pasukan Malaysia yang terdiri daripada 4 pelajar sekolah menengah dan 2 orang mentor telah berlepas ke Daegu Korea untuk menyertai pertandinga...
Pengalaman Ke Asia Comic Con Malaysia 2019

Pengalaman Ke Asia Comic Con Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 408 hits
Fuhhh Lama sungguh uncle teringin nak ke Comic Con Haritu dapat la peluang ke Asia Comic Con Malaysia yang telah berlangsung di Mid Valley Exhibition Center Event tersebut telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 26 27 October yang lepas ...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey