3 Apps Percuma Yang Best Untuk Edit Video
Jenuh Fiza mencari apps percuma yang best untuk edit video produk review bagi nampak lebih menarik. Kadang tu ada yang kualiti okay tapi tak banyak features yang boleh dibuat dalam satu apps tu. Fiza cari apps yang boleh edit video cantik, boleh letak sticker, music pilihan sendiri, boleh trim video, adjust kelajuan video, boleh tambah text dan paling penting kualiti video bagus
Macam biasa lah kalau dah blur sangat mencari dalam apple store tak jumpa-jumpa. Makanya terpaksalah menggunakan talian hayat tanya kawan-kawan di socmed. Harap-harap adalah jawapan kepada persoalan Fiza tu. Lebih mudah tanya pada mereka yang mungkin ada pengalaman dalam bab-bab edit video ni.
Dulu memang tak kisah pasal apps untuk edit video ni sebab edit suka-suka je. Tapi disebabkan untuk tugasan kerja sebagai blogger ni macam perlu ada satu apps untuk dapatkan hasil video yang memuaskan hati sendiri dan clients. Tak seronoklah kalau video kurang menarik dan tak memuaskan hati
Daripada post yang Fiza tanyakan di socmed tu, dapatlah beberapa apps yang sangat berguna untuk kegunaan Fiza dan mungkin kegunaan kau orang juga kalau masih tengah mencari-cari apps apa yang best untuk edit video. Apa yang Fiza kongsikan disini adalah Apps PERCUMA untuk download.
Kalau berbayar mungkin tak ramai yang akan guna sebab kebanyakkan selepas subscribe pembayaran setiap minggu. Walaupun bayaran bawah RM10 seminggu tapi kalau sebulan dah RM40. Kalau hari-hari guna apps tu dan betul-betul bagus berbaloi juga guna. Kalau setakat guna sekali dua baik tak payah.
Tapi kalau kau orang memang golongan bangsawan banyak bajet silakan guna. Tiada halangan pun. Cuma kalau ada apps percuma yang bagus, jimat dan menguntungkan. Lebih baik kita gunakan sebaik mungkin.
3 Apps PERCUMA Yang Best Untuk Edit Video
Inshot
Inshot apps yang paling kerap Fiza guna buat masa ni. Nak explore apps ni untuk pertama kali pun sangat mudah. Nak buat kerja editing pun tiada masalah. Nak trim video, split, tukar speed, letak filter, letak sticker, letak text, letak music dan nak save video pun tak lama. Pendek kata cepat buat kerja. Apps yang simple dan kualiti video pun kira okay lah. Video dan gambar kau orang boleh save dalam pelbagai saiz
FilmoraFilmora Fiza sempat explore sikit je masa download tu. Disebabkan ada features yang Fiza nak takde, jadi Fiza terus uninstall je. Sorry
VivaVideoVivavideo Fiza pernah guna dulu. Memang okay untuk edit video yang comel-comel dan menarik. Tapi yang tak bestnya kualiti video agak kurang pada Fiza. Mungkin pada orang lain okay dan Fiza tengok ramai je guna.
Okay, itu je la perkongsian daripada mereka yang menjawab soalan Fiza di socmed. Antara jawapan popular Inshot lah jawapannya. Sebab tu Fiza letak paling atas sekali dan itu je la apps yang Fiza guna sekarang ni. Selain tu Fiza guna apps iMovie dah Splice yang kualiti video dia memang terbaik sehingga 4k resolution.
Apa yang tak bestnya guna apps free ni kalau save video ada watermark sekali. Nak buang watermark memang kena bayar lah kan. Nampak watermark tu buat-buat tak nampak je lah ye. Kau orang guna apps apa pula untuk edit video. Kongsikan dalam kotak komen ye. Terima kasih.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2018/10/3-apps-percuma-yang-best-untuk-edit-video.html