29 February 2020 Baby Leap Year Dah 4 Tahun


29 February 2020 | Baby Leap Year Dah 4 Tahun. Alhamdulillah… Akhirnya jumpa juga Tarikh kelahiran sebenar selepas menunggu selama 4 tahun… hahaha… Itu lah, siapa suruh lahir tahun lompat kan. Kalau ikut due date awak, pertengahan bulan March baru keluar tau. Sama ada awal seminggu atau lewat dari Tarikh jangkaan yang sudah di beri oleh Doctor. Ibu tak rasa ralat pon awak keluar tahun lompat. Sebab itu dah ditetapkan olehNYA. Siapa lah ibu nak menidak kan takdir yang Allah dah tetap kan. Walau pon ibu selalu usap perut dan cakap jangan keluar Tarikh 29 haribulan dua. Tapi kalau dah ‘Kun Fayakun’ - "Dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia"


Haa gituhh!! Malah ibu bersyukur sangat sebab kelahiran awak sangat dipermudahkan olehNYA. Mudah sangat sampai ibu bersalin kan awak dalam kereta lah sebab awak tak menyempat nak keluar sangat. Tak pasal-pasal dapat diskaun sebab tak menggunakan labour room masa bersalin. Cuma Labour Room tu terpakai masa nak keluarkan sisa-sisa serta darah-darah yang masih berbaki dalam perut ibu dan proses menjahit luka Episiotomy oleh Doctor. Ngeri hokay kena jahit tu ☺
Ok… Mukadimah saja dah panjang. Kita straight to the point lah. SELAMAT HARI LAHIR ANAK IBU IMAN HARRAZ BIN HUSAINI. Doa ibu tak lain tak bukan, nak awak membesar sebagai anak yang soleh dan bijak pandai. Rajin mendirikan solat 5 waktu. Hormat Ibu, Abah, Adik beradik dan orang sekeliling. Diberikan kesihatan yang baik. Ditetapkan hati dan dikuatkan iman dalam apa jua cabaran yang datang. Dan menjadi penyejuk mata, hati, jantung, limpa ibu dan abah ye nak

Pesanan ibu untuk awak… Bila nak berhenti menyusu ni ha!!! Iyer… Iman Harraz masih menyusu badan lagi ye. Saya pon dah tak tahu nak buat apa dah. Follow the flow saja kot. Biar dia betul-betul bersedia nak melepaskan sesuatu yang dia suka. Tapi saya rasa saya yang masih tak bersedia nak weaning off Iman Harraz ni… hurmmm… Anak bongsu kan. Lepas ni dah tak dapat moment macam ni lagi. Hanya breastfeed mom yang memahami betapa susah dan sedihnya nak bercerai susu. Hati kena kental beb

Anak bongsu ni manja sangat tau. Kalau kakak dengan abang-abang dulu 3 tahun dah tak pakai pampers. Tapi si Harraz ni masih lagi ber pampers. Bukan tak ajar. Tapi kejap je dah minta pampers. Lepas tu… Asyik nak ke toilet. Baru keluar nak ke toilet lagi. Saja nak mendera ibu, kakak dengan abang-abang. Keluar masuk toilet dalam jarak waktu yang singkat. Penat hokay. Ada terbaca kisah kawan. Dia letak lipas mainan dekat pampers anak dia. Terus anak dia tak nak pakai pampers. Nak try buat lah nanti.. hehe.

Perkembangan tumbesaran Harraz, sama saja macam budak-budak seusia dengan dia. Mulut pon, masyaallah… macam bertih jangung. Banyak mulut juga. Ada saja benda nak cakap/tanya. Budak rajin ke dapur. Kalau nampak ibu dia ni nak masak, mula lah Tarik kerusi nak tolong. Tolong letak bawang dalam kuali dan tolong kacau lauk. Abang-abang dengan kakak kat hall, tapi dia kat dapur. Semoga rajin ke dapur sampai besar tau

Kesihatan pon, alhamdulillah sangat. Harraz jarang sangat demam. Last demam masa hantar nursery dulu. Selsema dengan batuk pon bukan tak ada. Ada, tapi tak berlarutan. Saya perasan sejak hantar Harraz dekat rumah pengasuh. Kesihatan dia memang tip top. Tahun ni dah start hantar balik nursery, harapnya baik-baik saja lah sebab nursery ni pon sangat pembersih. Sebab susu ibu pon iya juga kot. Immune sistem dia jadi bertambah baik. Syukur sangat-sangat


Yang paling saya risau, Iman Harraz ni independence. Dia oleh bawa diri dia kemana saja. Ibarat kata tak ada abang-abang dan kakak pon dia boleh merayap cari kawan. Lone ranger. Bayangkan… Dia pergi taman mainan sorang-sorang. Kami semua boleh tak perasan. Taman permainan tu tak ada lah jauh dari rumah. Lagi pon tempat kami tinggal tu gated and guarded. Yang risaunya takut kereta. Memang pantang pintu pagar terbuka, merayap saja kerjanya. Kawan pulak semua dengan orang besar. Tak padan dengan kecik

Tambah kegeraman kami dekat Iman Harraz ni kan, masa shopping barang-barang dapur, 2 kali dia hilang. Sekejapan sangat. Pada hal ada je depan mata. Saya dah berderau cari dalam Tesco tu. Sekali jumpa dekat bahagian mainan budak Memang lepas ni kena pasatikan dia duduk dalam trolley je lah. Macam kena beli juga safety harness for kids ni. 
Cerita pasal anak tak sah kalau tak panjang kan. Cukup lah ni. Last but not least… Ibu dah tunaikan permintaan awak yang nak kek Ultraman seperti yang di minta. Birthday ibu nanti jangan lupa beli kek ye. Ibu, Abah, Abang Kimi, Abang Harraz dan Kakak Qahirah sayang Iman Harraz walaupon Iman Harraz selalu buli kami. Jadi anak dan adik yang baik dan mendegar kata ye. 
Note: Next entry… Pengalaman bersalin dalam kereta pula yer ☺




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizarahman.com/2020/02/29-february-2020-baby-leap-year-dah-4-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dskp Tahun 4 2020 Semua Mata Pelajaran

Dskp Tahun 4 2020 Semua Mata Pelajaran

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum WelcomeDapatkan DSKP semakan tahun 2017 untuk murid murid Tahun 4 untuk tahun 2020 Klik pada mata pelajaran untuk mendownload Semoga bermanfaat Jangan lupa share Terima KasihUntuk aktiviti PDPC PJK dan Matematik boleh juga j...
Rpt Tahun 1 2020

Rpt Tahun 1 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 235 hits
Selamat Datang Tahun 2020Semoga Tahun ini merupakan tahun yang memberi sinar baru dan segala impian sebelum ini dapat dicapai Selamat Mendownload
Situs Ppdb Lambat Disdik Dki Klaim Kapasitas Bandwidth Lebih Besar Dari Tahun 2020

Situs Ppdb Lambat Disdik Dki Klaim Kapasitas Bandwidth Lebih Besar Dari Tahun 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 263 hits
Keterlambatan ini bukan sebuah kesengajaan Kami berbulan bulan persiapan ini enggak main main dan kami sudah maksimal tapi kalau terjadi seperti ini mending kami cari solusinya ucapnya
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 1305 hits
Berita merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020 di seluruh negeri di Malaysia Ianya dapat menjadi panduan kepada semua kakitangan awam dalam merancang perbelanjaan setiap bulan dalam urusan seharian
Spm 2020 Pencapaian Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

Spm 2020 Pencapaian Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 559 hits
SPM 2020 Pencapaian Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang Media keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM tahun 2020 pada pagi tadi telah mengumumkan SPM 2020 pencapaian terbaik dalam tempoh 5 ...
Rpt Tahun 3 2020

Rpt Tahun 3 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 220 hits
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN TAHUN 3Selamat Datang Tahun 2020Semoga Tahun ini merupakan tahun yang memberi sinar baru dan segala impian sebelum ini dapat dicapai Selamat Mendownload
Dah Rancang Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Tapi Arwah Pergi Dulu Dengan Baby

Dah Rancang Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Tapi Arwah Pergi Dulu Dengan Baby

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 220 hits
Kami tidak sempat meraikan ulang tahun perkahwinan pertama dan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan kami rancang meraikan di rumah sahaja namun arwah pergi dijemput llahi terlebih dahulu kata Leftenan Muhammad Iqmall Muhamad Sukri Isterin...
Tutorial Teknik Menjawab Soalan Upsr Penulisan Yang Tak Diadakan Tahun 2020

Tutorial Teknik Menjawab Soalan Upsr Penulisan Yang Tak Diadakan Tahun 2020

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 180 hits
Jom sapa sap yang nak jawab soalan UPSR Bahasa Melayu 2020 Opsss rupanya UPSR 2020 dibatalkan akibat wabak Covid19 Namun begitu saya ada sediakan video tutorial untuk anak anak yang nak abil ujian seiras UPSR Tak apalah bak kata Ustaz Ebit ...
Pkp Lepas Raudah Baby Lagi Tahun Ni Sama Naik Buat Sepah Kita Kemas Dia Sepah Datin Shahida

Pkp Lepas Raudah Baby Lagi Tahun Ni Sama Naik Buat Sepah Kita Kemas Dia Sepah Datin Shahida

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 319 hits
Pengasas Kosmetik Datin Seri Shahida mengakui dia mula merasai bahang PKP apabila kesemua anak anak tidak lagi pergi ke sekolah dan mempunyai lebih banyak masa di rumah Datin yang mempunyai 5 anak kandung dan seorang anak angkat juga sama s...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba