24 600 Pekerja Diberhentikan


sitifatimah  Lebih 20,000 iklan oleh majikan aktif yang tawar pelbagai jawatan Gambar - Bernama
KUALA LUMPUR – Sebanyak 24,600 pekerja sektor swasta diberhentikan kerja sehingga 30 September lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata, daripada jumlah itu, seramai 21,625 orang terlibat dengan pemberhentian biasa, manakala 2,975 pekerja pula terbabit dalam Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).
Pekerja terjejas di sektor pembuatan seramai 7,944 orang, sektor aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan (7,309); perdagangan, borong dan runcit (2,123), aktiviti kewangan dan insurans (1,748), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan serta minuman (1,049).
Sementara sektor maklumat dan komunikasi melibatkan seramai 679 orang, katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang ingin tahu jumlah pembuangan pekerja dalam semua sektor sepanjang 2018 dan 2019, serta bilangan peluang pekerjaan yang diwujudkan sepanjang 2019.
Bagi tempoh 2018, Kula Segaran berkata, bilangan pekerja yang diberhentikan adalah seramai 23,168 pekerja, melibatkan 17,236 pemberhentian biasa dan 5,932 VSS.
Mengenai bilangan peluang pekerjaan, beliau berkata sehingga Ogos lepas, kekosongan pekerjaan yang didaftarkan majikan bagi kategori siswazah adalah sebanyak 50,326 jawatan manakala 642,798 kekosongan jawatan untuk kategori bukan siswazah.
Malah lebih 20,000 pengiklanan dilakukan oleh majikan aktif yang menawarkan pelbagai jawatan di semua kategori pekerjaan sektor awam dan swasta, katanya.
“Portal JobsMalaysia (JMC) di bawah kementerian ini merupakan portal rasmi pasaran pekerja untuk pencarian dan penawaran pekerjaan melalui sistem padanan kerja secara ‘web-based’. Setiap pencari kerja berpeluang mendapatkan pekerjaan dan majikan pula berpeluang untuk mendapatkan calon yang sesuai.
“JMC di seluruh negara menawarkan pelbagai informasi kekosongan pekerjaan dan perkhidmatan khidmat nasihat pekerjaan kepada pencari kerja. Majikan dan pencari kerja juga berpeluang menyertai karnival pekerjaan di seluruh negara termasuk program temu duga terbuka yang diadakan di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara sepanjang tahun,” katanya. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/24600-pekerja-diberhentikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Diberhentikan Pada Januari Layak Tuntut Faedah Sip

Pekerja Diberhentikan Pada Januari Layak Tuntut Faedah Sip

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 202 hits
Pekerja diberhentikan pada Januari layak tuntut faedah SIP nbsp Dikemas kini 20 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Oct 2019
24 600 Pekerja Swasta Dibuang Kerja Sektor Pembuatan Paling Ramai Kata Menteri

24 600 Pekerja Swasta Dibuang Kerja Sektor Pembuatan Paling Ramai Kata Menteri

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 430 hits
November 4 2019 2 27 PMMenteri Sumber Manusia M Kula Segaran KUALA LUMPUR Seramai 24 600 pekerja sektor swasta diberhentikan kerja sehingga 30 Sept lepas Dewan Rakyat diberitahu hari ini Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata daripad...
Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja Kali Ini Dijangka 2 500 Orang

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja Kali Ini Dijangka 2 500 Orang

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 324 hits
Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu penerbit empat akhbar bahasa Melayu awal bulan lalu Difahamkan konglomerat yang mengendalikan pelbagai plat...
Pasang Baliho Di Depok Seorang Pekerja Tersengat Listrik

Pasang Baliho Di Depok Seorang Pekerja Tersengat Listrik

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 264 hits
Warga memang sempat ketakutan menolong korban Karena warga khawatir tubuh korban masih dialiri listrik Kemudian listrik dipadamkan dan korban dievakuasi
5444 Kontraktor Luar Negara Tidak Bayar Gaji Pekerja Sidang Media Ppim 31 10 2019

5444 Kontraktor Luar Negara Tidak Bayar Gaji Pekerja Sidang Media Ppim 31 10 2019

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 1538 hits
Satu sidang media telah diadakan pada hari ini di Tapak Pembinaan D Rapport Residences Kuala Lumpur mengenai Kontraktor Luar Negara Tidak Bayar Gaji Pekerja
Georgetown Langgar Pekerja Mbpp Warga China Mengaku Tidak Bersalah

Georgetown Langgar Pekerja Mbpp Warga China Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 309 hits
Seorang wanita warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Jalan Datuk Keramat Jumaat lalu Liu Shasha 24 mengaku tidak bersalah seb...
Jangan Buat Buat Tutup Hidung Lelaki Tegur Sikap Orang Yang Suka Hina Pekerja Angkat Sampah

Jangan Buat Buat Tutup Hidung Lelaki Tegur Sikap Orang Yang Suka Hina Pekerja Angkat Sampah

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 659 hits
Hanya dalam tempoh 24 jam ciapan yang dimuatnaik oleh pengguna twitter yang menggunakan nama Cheq Im tular di media sosial Mendapat lebih dari 24 000 ulang kicau dan 18 000 tanda suka Im berkongsikan realiti semasa yang mungkin pernah dilal...
Kerajaan Kaji Dasar Utk Bela Nasib Pekerja Gig Ekonomi

Kerajaan Kaji Dasar Utk Bela Nasib Pekerja Gig Ekonomi

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 355 hits
Kerajaan Malaysia sedang membuat kajian menyeluruh mengenai nasib pekerja dalam bidang Gig Economy bagi melindungi hak mereka Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian semasa pertanyaan penyataan menteri di dewan rakyat JOHOR...
Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kesalahan Ejaan Dalam Bahasa Melayu Isu Biasa Yang Perlu Diperbetulkan

Kebun Halaman Rumah

Badan Kehakiman Perlu Bebas

Nak Cerahkan Wajah Jom Makan Buah Buah Ini

Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n

Breakfast