227 31 Juta Saham Ijm Telah Dijual Th Kepada Spv


Sebelum ini, kerajaan PH tiba-tiba mengumumkan bahawa Tabung Haji (TH) telah mengalami defisit pada akhir tahun 2017 kerana mendakwa TH di bawah kerajaan BN telah bertindak terlalu zalim dengan terlebih bayar dividen kepada pencarum TH untuk 4 tahun berturut-turut.

Dengan menggunakan alasan defisit RM4 bilion, mereka juga mengumumkan bahawa aset TH bernilai RM19.9 bilion akan dijual kepada sebuah  syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang  kita sekarang tahu telah  mengutip cukai petrol dengan senyap-senyap sejak awal bulan lepas sehingga dibongkarkan oleh saya dan pihak-pihak lain.

Syarikat SPV ini akan meminjam RM19.9 bilion dari TH dengan kadar faedah 2.5% setahun untuk membeli aset-aset bernilai RM19.9 bilion dari TH yang mereka dakwa ialah aset yang tidak baik ataupun aset yang rugi.

Walaupun ramai telah menyuarakan kebimbangan dan bantahan terhadap langkah ini, kerajaan PH telah mula menjual aset Tabuhg Haji bernilai berbilion-bilion kepada syarikat SPV semalam.

Antara yang sudah dijual semalam termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) and Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) dan TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).

Saya perhatikan banyak antara syarikat-syarikat yang telah dipindah semalam merupakan syarikat yang mempunyai prestasi keuntungan yang baik dan bukan syarikat yang rugi seperti kriteria diumumkan oleh kerajaan PH.


Satu contoh ialah syarikat IJM Corporation Berhad. Saya tengok harga saham IJM agak stabil untuk tahun-tahun kebelakangan sehingga akhir tahun 2017. Syarikat itu juga tetap membayar dividen setiap tahun.

IJM bukan sebuah syarikat yang rugi tetapi mempunyai prestasi keuntungan yang baik.



Semalam, 227.31 juta saham dalam IJM telah dijual oleh TH kepada SPV di mana harga saham di Bursa semalam hanya RM1.63 berbanding harga RM3.05 pada akhir tahun 2017.

Satu lagi syarikat yang juga dijual ialah syarikat Malakoff. TH menjual 500 juta saham dalam syarikat ini kepada SPV semalam.

Bulan lepas, Malakoff baru mencatatkan keuntungan bersih untuk suku ke-3 telah naik 30% berbanding tahun lepas.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/11/501334/malakoff-catat-untung-bersih-lebih-tinggi

Kementerian Kewangan patut memberi senarai penuh aset-aset Tabung Haji yang akan dipindah dan memberi penjelasan yang telus bagaimana dan mengapa aset-aset ini telah dipilih untuk dijual kepada syarikat SPV mereka.

Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/22731-juta-saham-ijm-telah-dijual-th.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ds Najib Dedah Saham Milik Tabung Haji Yang Sedang Disamun Oleh Lim Guan Eng Melalui Spv

Ds Najib Dedah Saham Milik Tabung Haji Yang Sedang Disamun Oleh Lim Guan Eng Melalui Spv

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 593 hits
Sebelum ini kerajaan PH tiba tiba mengumumkan bahawa Tabung Haji telah mengalami defisit pada akhir tahun 2017 kerana mendakwa TH di bawah kerajaan BN telah bertindak terlalu zalim dengan terlebih bayar dividen kepada pencarum TH untuk 4 ta...
Ini Bukti Penyamunan Aka Pemindahan Saham Syarikat Milik Th Kepada Spv

Ini Bukti Penyamunan Aka Pemindahan Saham Syarikat Milik Th Kepada Spv

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 495 hits
PEMINDAHAN ASET TABUNG HAJI RAKYAT MELOPONG Sebelum ini kita dedahkan senarai saham syarikat2 yg merupakan aset berharga milik Tabung Haji yg telah berpindah milik atau lebih tepat lagi telah DIJUAL kepada SPV iaitu sebuah entiti baru yg di...
Pasaran Saham Dan Mata Wang Pada Tahun Baru Bermula Dengan Negatif

Pasaran Saham Dan Mata Wang Pada Tahun Baru Bermula Dengan Negatif

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 264 hits
Selepas tahun 2018 diiktiraf sebagai yang paling teruk bagi pasaran saham global dalam tempoh 10 tahun yang lalu Tahun baru bermula dengan kebimbangan yang sama berkaitan dengan kelembapan pertumbuhan ekonomi berikutan ketegangan perdaganga...
Jual Saham Di Bei Estika Tata Tiara Incar Dana Segar Rp 128 Miliar

Jual Saham Di Bei Estika Tata Tiara Incar Dana Segar Rp 128 Miliar

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 188 hits
Perusahaan bidang produksi dan distribusi makanan olahan terpadu tersebut akan memperoleh tambahan modal sebesar Rp 128 13 miliar Itu berarti saham ETT ditawarkan seharga Rp 340 per unit
Reliance Sekuritas Investasi Saham Masih Menjanjikan Di Tahun Politik

Reliance Sekuritas Investasi Saham Masih Menjanjikan Di Tahun Politik

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 209 hits
Menurut riset Reli data kinerja manufaktur Indonesia mengalami perbaikan dan pertumbuhan di atas ekspektasi 51 2 berbanding 50 4 diperiode sebelumnya dan tingkat inflasi yang lebih konstervatif diangka 3 persen
Kpu Tetapkan Dpt Pemilu 2019 Sebanyak 192 Juta Orang

Kpu Tetapkan Dpt Pemilu 2019 Sebanyak 192 Juta Orang

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 230 hits
Komisi Pemilihan Umum menggelar rapat pleno terbuka rekapitulasi daftar pemilih tetap Hasil Penyempurnaan Tahap Kedua Hasilnya sebanyak 192 juta tercatat sebagai pemilih tetap di Pemilu 2019
Sekjen Gerindra Minta Kpu Merinci 6 Juta Pemilih Tambahan Yang Masuk Dpt

Sekjen Gerindra Minta Kpu Merinci 6 Juta Pemilih Tambahan Yang Masuk Dpt

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 163 hits
Sekretaris Jenderal Partai Gerindra Ahmad Muzani mengkritisi penetapan 192 juta jumlah daftar pemilih tetap di Pemilu 2019 Menurutnya Komisi Pemilihan Umum tidak memberikan perincian jumlah tersebut
Najib Rosmah Nak Saman Mp Kepong Rm100 Juta

Najib Rosmah Nak Saman Mp Kepong Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 317 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor berhasrat untuk menyaman Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng sebanyak RM100 juta atas dakwaan fitnah Lim bagaimanapun berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataan tersebut a...
Gubernur Anies Dorong Bank Dki Melantai Di Bursa Saham Ini Tujuannya

Gubernur Anies Dorong Bank Dki Melantai Di Bursa Saham Ini Tujuannya

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 159 hits
Kita berkeinginan agar proses IPO ini bisa cepat Karena kita tahu begitu banyak kegiatan pendanaan di Jakarta selama ini justru menggunakan bank bank lain kata Anis
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni