2020 2021 Tahun Yang Mencabar
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kesayangan semua...
Sedar tak sedar kita ada 2 bulan lebih lagi menuju ke tahun 2021... Dan last posting beauty dalam blog yang bersawang namun punya penghuni ni adalah di tahun 2017...
Rindu? Ya mesti rindu dunia blogging... Sebabnya facebook mahupun instagram takkan sama feel dia apabila kita menulis di dalam blog ni... Mungkin bagi orang lain blogging is out to date tapi sebenarnya blog ni lah yang menyimpan segala kenangan dan sejarah secara terperinci... Sebabnya kita kalau menulis dalam blog ni biasanya panjang lebar hik hik... Beauty kalau nak cari apa-apa pasal life beauty sendiri pun akan kembali ke blog ni 😉
Seperti yang semua sedia maklum, sekarang kita hidup bersama Covid19... Ya perlu kita terima hakikat yang Covid19 ni takkan hilang dari hidup kita... Virusnya akan ada namun akan boleh dirawat seperti virus H1N1 ataupun bird flu... Diam tak diam juga kita dah 2 tahun hidup dalam keadaan ketakutan, lebih banyak berkurung di rumah dari berada di luar namun ada yang baik dan hikmahnya dari bencana ni... Ahli keluarga lebih rapat antara 1 sama lain, lebih banyak waktu bersama, dapat berjemaah selalu bersama dan beauty rasa yang paling happy mak ayah yang ada anak kecil yang dah lama tak jatuh sakit (demam/batuk/selsema) kerana semua di bawah jagaan dan pantauan sendiri 😇
Bagi keluarga beauty sendiri, walaupun kami berada di dalam 1 negeri (Selangor), namun tak dapat juga berkumpul selalu bila mana sekatan daerah dilakukan dan kami berada di daerah yang berlainan... rezeki tahun 2020 masih dapat beraya bersama bila rentas daerah dibolehkan namun 2021 masing-masing beraya sendiri... Masih juga rezeki berpihak pada beauty sebab waktu tu, mama stay dengan adik di Shah Alam dan kami berada dalam 1 daerah... 😇
Tahun yang paling mencabar buat beauty sekeluarga adalah bermula dari Ogos 2020 di mana kesihatan nenda beauty merudum dengan mendadak... Makan tak boleh, berjalan tak boleh... Kami seluruh keluarga (anak menantu dan cucu nenda) bergilir dalam menguruskan nenda... Allah Maha Besar, dari yang sulung hingga yang bongsu anak-anak nenda serta cucu-cucu yang lain semua sempat menabur bakti sehingga hujung nyawa nenda... Semua yang jauh dan dekat mengorbankan masa demi nenda... Beauty sendiri adalah cucu yang menguruskan di malam terakhir sebelum esoknya nenda menghembuskan nafas terakhir... Masih ingat sewaktu sepupu beauty call pada mulanya mohon untuk carikan nurse peribadi yang boleh menguruskan alat pernafasan dan ubat-ubatan yang kami tak mahir, namun saat mencari tu beauty dapat panggilan nenda dah tiada... Wak Piji lah insan yang sepanjang waktu ada dengan beauty waktu tu, dia tau beauty nak selesaikan job dalam masa yang sama berjaga-jaga dan akhirnya perkara yang paling kami takutkan hadir juga.... Dia lah yang memandu kereta sepanjang perjalanan sebab beauty dah tak boleh berfikiran waras selepas selesai amanah customer yang terakhir pada hari tu... Dalam keadaan jalan yang sesak tak menentu sempat kami sampai ke masjid dan beauty sempat mencium arwah nenda kesayangan beauty yang wangi dan sangat cantik rupa parasnya di akhir hayatnya... Wak Piji berada dalam van jenazah teman nenda ke destinasi akhirnya... Wak bagi tahu kat beauty, dalam van tu dia bagi tahu nenda dia tengah teman nenda sampai ke destinasi akhir sambil airmata dia pun mengalir... Sebab nenda sangat sayang dekat Wak... Diorang berdua memang geng sangat bila ke mana-mana... Wak tak pernah tinggal pimpin tangan nenda bila jalan bersama, dia juga lah yang teman makan kacang, makan semua benda favorite sama-sama... 😢 Ya sampai hari ni, segala kenangan pahit manis kami bersama nenda takkan kami lupa... Dan pagi tadi pun kami makan ubi kayu teringat pada dia....
Alfatihah buat nenda kesayangan kami Zainab binti Abu Bakar... Semoga nenda ditempatkan bersama para solihin dan solehah dan bersenang lenang di taman-taman syurga... Amiin
Pada awal tahun 2021 keluarga kami diuji sekali lagi di mana kesihatan ayah beauty pula amat merosot dan akhirnya pembedahan jantung di lakukan pada Februari 2021... Yang mana sebelum tu beberapa kali ayah dikejarkan ke ICU bila kena serangan.... Beauty dan adik memang sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga, handphone memang tidak sesekali dimatikan atau disenyapkan... Mesti ada di samping kami setiap masa... Sebab beberapa kali tu juga lah ayah dikejarkan dengan ambulan di waktu subuh hening... Allah sahaja lah yang tahu betapa struggle kami sekeluarga dalam menyusun jadual berulang alik ke hospital menguruskan ayah dan menemani mama... tidak sekali pun kami biarkan mama berseorangan menghadap ujian yang Maha Hebat dari Allah yang kami tahu Dia menyayangi kami... Dan kami mampu untuk menghadapi semuanya... Sehingga waktu ini, hampir 7 bulan selepas pembedahan ayah kami dah mampu berjalan, solat, makan seperti biasa... Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Mengasihi dan Maha Menyembuhkan... Dia mendengar segala doa-doa kami, doa sahabat-sahabat kami... Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan ayah kami... Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan balikkan segala doa yang baik-baik yang telah kalian panjatkan... 😇
Post operation picture of dad.. Masa ni luluh sangat hati... Solat hajat, doa semua sehabis daya kami buat..
Beauty rasa sampai setakat ni sahaja buat kali ni beauty dapat ceritakan sejarah yang betul-betul menggamit jiwa raga beauty dan keluarga... Ada hal lain juga yang berlaku pada tahun ni sehingga menyebabkan beauty decativated kan facebook beauty tapi biarlah ianya berkubur sahaja dan tidak perlu dijadikan memori hanya dijadikan pengajaran supaya beauty lebih berhati-hati..
InshaaAllah selagi beauty masih bernyawa beauty tetap akan hadir di sini mencoret walau tidak banyak namun tetap ada untuk tatapan sendiri hendaknya... Ya lah kan, tak tau sekarang ni masih ada tak orang yang rajin nak baca karangan panjang-panjang macam ni... hik hik...
Sehingga berjumpa lagi di coretan akan datang... InshaaAllah sesuatu yang baik untuk beauty kongsikan..😚 Semoga sihat-sihat semua, sentiasa jaga SOP dan please ambil vaksin 💜
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miszbeauty.blogspot.com/2021/10/2020-2021-tahun-yang-mencabar.html