20 Amalan Yang Meluaskan Pintu Rezeki Kepada Kita




1. Beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Menjauhi Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Mengingati Allah

Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Amal Kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Seawal Pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Mengeratkan Silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar

Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber: JAIS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wnstory.my.id/2017/05/20-amalan-yang-meluaskan-pintu-rezeki_15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
51 Tip Dan Amalan Murah Rezeki

51 Tip Dan Amalan Murah Rezeki

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 386 hits
51 Tip Dan Amalan Murah Rezeki Alhamdulillah petang ni KakYa berpeluang untuk berkongsi beberapa tip dan amalan murah rezeki Semoga dengan tip petua dan amalan murah rezeki ini dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Ta ala dan dikurniakan...
Doa Amalan Pelancar Rezeki Di Bulan Ramadhan

Doa Amalan Pelancar Rezeki Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 485 hits
Di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta ala mencurahkan berbagai karunia kepada para hamba Nya Ada begitu banyak bentuk karunia dari Allah mulai dari rezeki kehidupan kebahagiaan jodoh harta benda dan lain sebagainya Untuk memperoleh semua ...
Sebab Sebab Sempit Pintu Rezeki

Sebab Sebab Sempit Pintu Rezeki

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 249 hits
Sebab Sebab Sempit Pintu Rezeki Rezeki kita Allah yang pegang Minta dengan Dia dulu Dalam kehidupan ini ramai di antara kita yang diuji dengan masalah kewangan atau kesuntukan duit yang menyesakkan dada Tiada rezeki datang bergolek kalau ta...
Tata Cara Sholat Dhuha Niat Dan Doa Rezeki Barokah Lancar Jaya

Tata Cara Sholat Dhuha Niat Dan Doa Rezeki Barokah Lancar Jaya

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 293 hits
Sholat dhuha adalah sholat sunnah istimewa dengan keutamaan luar biasa Di antaranya rezeki barokah lancar jaya Bagaimana tata cara niat sholat dhuha doa dan bacaannya Serta apa saja keutamaan sholat ini Berikut ini pemaparannya Keutamaan Sh...
Apa Makna Rezeki Bagi Orang Islam

Apa Makna Rezeki Bagi Orang Islam

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 326 hits
Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak Tapi bila kamu terima apa yang Allah beri Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam tidak berkahwin tapi dapat anak Itu adalah rezeki beliau Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah...
Pintu Belakang

Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 396 hits
saja highlightsurat surat di bawah jelas kan Kerajaan PH tumbangibaratPH tu sebuah baswaktu turun bukit enjin rosakdriver dah lompat keluartinggal bas ja yang ke dalam gaungMalaysia dah tak ada leaderPH dah terkubursebaik PM interim dilanti...
Takyah Cari Memang Tak Ada Tangan Pemuda Cina Kagum Rider Gigih Cari Rezeki

Takyah Cari Memang Tak Ada Tangan Pemuda Cina Kagum Rider Gigih Cari Rezeki

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 456 hits
May 3 2020 Satu kisah telah tular mengenai kegigihan seorang pemuda Orang Kurang Upaya yang bekerja sebagai penghantar makanan Kisah ini dikongsi seorang pemuda di laman Facebook mengenai seorang penghantar makanan GrabFood yang menghantar ...
H 1 Larangan Mudik Terjadi Kepadatan Pemudik Di Pintu Tol Terminal Bus Dan Pelabuhan

H 1 Larangan Mudik Terjadi Kepadatan Pemudik Di Pintu Tol Terminal Bus Dan Pelabuhan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 248 hits
Pelabuhan terminal gerbang tol semua dipadati orang orang yang mudik jelang larangan mudik besok
Empat Pintu Sempadan Thailand Malaysia Dibuka Semula Mulai Esok

Empat Pintu Sempadan Thailand Malaysia Dibuka Semula Mulai Esok

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 344 hits
PATTANI 17 April Bermula esok empat pintu sempadan Thailand Malaysia dibuka semula dan dijangka lebih 8 000 warga Thailand yang terkandas di Malaysia akan pulang secara berperingkat ke kampung halaman masing masing Antara yang terkandas sej...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan