16 Pelancong Malaysia Yang Terkandas Di Brazil Berharap Dapat Pulang


Impian 16 pelancong Malaysia untuk menikmati percutian di atas kapal persiaran selama 16 hari ke Antartika tidak kesampaian, apabila kapal berkenaan terkandas di Pelabuhan Rio de Janeiro, Brazil pada pagi Ahad.
Kumpulan itu, bersama-sama 325 penumpang terdiri daripada pelbagai kerakyatan, terkandas di Lautan Atlantik Selatan selepas kapal persiaran itu yang berlayar dari pelabuhan Ushuaia, Argentina pada 28 Feb gagal berlabuh di Montevideo, Uruguay pada 13 Mac setelah negara itu mengumumkan sekatan perjalanan keluar atau masuk bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Kapal persiaran berpangkalan di Perancis itu kemudian meneruskan perjalanan ke pelabuhan Buenos Aires, Argentina dan dijadual berlabuh pada 16 Mac, tetapi pengumuman itu dibuat oleh kerajaan Argentina sejam sebelum kapal itu berlayar.

Pengerusi eksekutif, yang juga pengarah pelancong syarikat Apple Vacations Sdn Bhd, Datuk Seri Lee Ee Hoe memberitahu Bernama bahawa kesemua pelancong Malaysia itu dalam keadaan sihat.
Yang lebih penting kesemua mereka termasuk penumpang lain adalah bebas daripada COVID-19.
“Kami merasa bimbang terutama apabila semua ahli keluarga berada di Malaysia dan kami semua mahu berada di samping mereka semasa menghadapi situasi wabak ini,” katanya ketika membalas satu WhatsApp, Ahad.
Lee menjelaskan bahawa pada mulanya semua penumpang melalui fasa kesedihan tetapi akhirnya positif kerana faktor keselamatan menjadi keutamaan.
“Kapten itu memang profesional, dan selalu mengemaskini setiap perkembangan jadi kami rasa lebih terjamin.
“Pelayaran ini sungguh selesa, dengan hidangan makanan, minimum yang mencukupi beserta persembahan hiburan. Lagipun kami boleh bergerak bebas kerana kapal persiaran ini bebas COVID-19,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa keadaan akan berubah dalam beberapa jam lagi setelah diberitahu oleh Kapten kapal bahawa mereka akan mendarat di Pelabuhan Rio de Janeiro, malam Ahad.
Namun, Lee dan pelancong lain dalam kumpulannya amat berterima kasih menerima bantuan daripada Kedutaan Malaysia di Brasilia dan menghargai semua bentuk bantuan yang tidak mengenal penat lelah bagi memasti kumpulan ini dapat pulang ke Malaysia.
“Sebenarnya, mengikut penyelarasan mereka, kami akan menjadi kumpulan pertama akan turun daripada kapal persiaran ini jika semua berjalan mengikut rancangan,” tambah beliau.
Sementara itu, Setiausaha Pertama, Kedutaan Malaysia di Brasilia, Norliyana Alias ketika dihubungi berkata kapal persiaran ini dibenarkan masuk ke Brazil kerana mereka hanya akan memulakan halangan kemasukan rakyat asing dari negara terpilih termasuk Malaysia dan Kesatuan Eropah mulai 23 Mac.
“Kumpulan itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa (ETA 1435 waktu Malaysia) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Rio de Janeiro hari ini (ETD 0235 waktu tempatan),” katanya.
— BERNAMA
The post 16 pelancong Malaysia yang terkandas di Brazil berharap dapat pulang appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/pelancong-malaysia-di-brazil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beratus Ratus Rakyat Malaysia Terkandas Di India Akan Dibawa Pulang

Beratus Ratus Rakyat Malaysia Terkandas Di India Akan Dibawa Pulang

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 343 hits
New Delhi Beratus ratus rakyat Malaysia yang masih terkandas di India akan dibawa pulang ke tanah air dengan penerbangan khas dalam tempoh beberapa hari lagi Satu penerbangan dari Tiruchirappalli di Tamil Nadu dijadualkan berlepas ke Kuala ...
Covid 19 Pelancong Eropah Tidak Mahu Pulang Mohon Menetap Sementara Di Malaysia

Covid 19 Pelancong Eropah Tidak Mahu Pulang Mohon Menetap Sementara Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 593 hits
Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan seramai 85 orang kini berada di Pulau Tioman manakala 42 lagi kini di Cameron Highlands Kesemua mereka disahkan negatif COVID 19 dan mereka telah memohon dengan pihak imigresen untuk diberi ...
Lelaki Thailand Yang Terkandas Di Malaysia Sanggup Berenang Untuk Pulang Ke Tanah Air

Lelaki Thailand Yang Terkandas Di Malaysia Sanggup Berenang Untuk Pulang Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 349 hits
BANGKOK 14 April Seorang nelayan rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia selama beberapa hari selepas penutupan pusat pemeriksaan di kawasan sempadan nekad berenang untuk pulang ke tanah airnya Bagaimanapun lelaki berusia 45 tahun dari P...
225 Rakyat Malaysia Terkandas Di Selatan Thailand Dibenarkan Pulang

225 Rakyat Malaysia Terkandas Di Selatan Thailand Dibenarkan Pulang

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 335 hits
Songkhla Seramai 225 rakyat Malaysia yang terkandas di Yala Selatan Thailand sejak negara itu menutup pintu sempadannya telah dibenarkan pulang ke tanah air kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid Beliau berkata ...
79 Warga Malaysia Terkandas Di Songkhla Dibenar Pulang

79 Warga Malaysia Terkandas Di Songkhla Dibenar Pulang

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 371 hits
SONGKHLA 29 MAC Seramai 79 warga Malaysia yang terkandas di selatan Thailand dibenarkan pulang ke tanah air hari ini kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid Beliau berkata Gabenor Wilayah Songkhla Jaruwat Kliangk...
Terkini Kkm Sahkan Kluster Baru Covid 19 Libatkan Pelajar Malaysia Pulang Dari Indonesia

Terkini Kkm Sahkan Kluster Baru Covid 19 Libatkan Pelajar Malaysia Pulang Dari Indonesia

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 422 hits
Putrajaya 19 April Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat satu kluster baru COVID 19 melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara Sebuah kluster baru telah dikesan di pintu masuk antarabangsa di mana kes positif dikesan melib...
Welcome Home Stay At Home Safely Foto Rakyat Malaysia Pulang Dari Singapura Tarik Perhatian

Welcome Home Stay At Home Safely Foto Rakyat Malaysia Pulang Dari Singapura Tarik Perhatian

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 329 hits
Facebook Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar Johor berkongsi gambar kepulangan ratusan rakyat Malaysia yang dipercayai bekerja di Singapura malam tadi Gambar diambil oleh jurugambar Kyahizee Mohd bertempa...
Seorang Warga Kediri Positif Corona Usai Bertemu Saudara Yang Pulang Dari Malaysia

Seorang Warga Kediri Positif Corona Usai Bertemu Saudara Yang Pulang Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 248 hits
10 warga Kabupaten Kediri Jawa Timur dinyatakan positif corona Angka ini merupakan penambahan dari tiga pasien positif baru Salah satu pasien positif merupakan warga Desa Kambingan Kecamatan Pagu dirawat secara intensif di RSUD Kabupaten Ke...
Pelajar Malaysia Yang Pulang Dari Indonesia Dikesan Kluster Baharu

Pelajar Malaysia Yang Pulang Dari Indonesia Dikesan Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 428 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan terdapat satu lagi kluster baharu dikesan oleh pihaknya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berka...
Telefilem Wasiat Ayah

Printing Beg Guni Custom Pilihan Ekonomi Berkualiti Untuk Pembungkusan Produk

Kanada Rekod Wabak Campak Terburuk Dengan Lebih 4 500 Kes

Izzul Islam Dibenarkan Pulang Ke Rumah Malam Tadi Utusan Malaysia

Lirik Doa Mudah Urusan Ustaz Bazli Unic

Better Late Than Never A Charming Custom Yamaha Xj650 From A First Timer

Umno Veterans Defend Dr Akmal Accuse Dap Of Politicising Upside Down Flag Issue

Ini Rupanya Mee Siput Muar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelantan Cuba Rempuh Polis Lepas Tembakan

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Resepi Sotong Bakar Bersambal

Tanaman Tebu Di Malaysia

Confronting Malaysia S Suicide Crisis A Collective Responsibility