15 Tempat Menarik Di Sabah Yang Ramai Tidak Tahu


Sabah, negeri di bawah bayu, sangat terkenal dengan keindahan alam semula jadinya dan kepelbagaian budaya yang masih dikekalkan sehingga kini. 
Bercakap mengenai Sabah, terdapat beberapa destinasi yang cukup popular dalam kalangan pelancong seperti Gunung Kinabalu dan Pulau Sipadan.
Namun, tahukah anda  masih terdapat banyak lagi destinasi lain yang kurang dikenali namun cukup menarik untuk dikunjungi. 
Berikut adalah senarai tempat menarik di Sabah yang ramai tidak tahu dan menjanjikan pengalaman unik serta berharga untuk setiap pengunjung. 
BACA JUGA: Panduan Bercuti Ke Semporna: Tempat Menarik, Aktiviti yang Sesuai Dilakukan & Tips Penting!
Senarai Tempat Menarik Di Sabah 1. Pulau Mantanani Pulau Mantanani adalah sebuah permata tersembunyi di luar pesisir pantai Kota Belud, Sabah.
Ia adalah destinasi yang sempurna bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar dan menikmati keindahan semula jadi yang memukau. 
Pulau ini terkenal dengan air lautnya yang jernih dan terumbu karang yang berwarna-warni.
Sumber: Mantanani Island, Sabah Borneo Sumber: Mantanani Island, Sabah Borneo Sumber: Mantanani Island, Sabah Borneo Selain menyelam dan snorkeling, Pulau Mantanani juga menawarkan pelbagai aktiviti air lain seperti kayak, paddle boarding, dan memancing. 
Ia juga turut menawarkan pelbagai jenis penginapan, daripada resort mewah hingga chalet yang sederhana.
Banyak penginapan di sini dibina dengan reka bentuk yang menyatu dengan alam sekitar, memberikan pengunjung pengalaman yang autentik dan mesra alam.
2. Kampung Tambatuon, Kota Belud Kampung Tambatuon juga terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Ia adalah sebuah perkampungan yang menawan dengan pemandangan alam yang memukau. 
Kampung ini terkenal dengan keindahan sawah padinya yang menghijau dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang megah, menjadikannya lokasi yang ideal untuk sesi fotografi. 
Sumber: Kg Tambatuon Kota Belud Penduduk Kampung Tambatuon sangat menghargai tradisi dan budaya mereka. Di sini, pelancong berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti tradisional seperti menanam padi dan memberi makan ikan. 
Kampung Tambatuon juga menawarkan peluang untuk memahami lebih lanjut tentang budaya dan adat resam masyarakat Kadazan-Dusun.
Sumber: Kg Tambatuon Kota Belud Sumber: Kg Tambatuon Kota Belud Pelancong boleh berinteraksi dengan penduduk tempatan, belajar tentang cara hidup mereka, dan menikmati hidangan tradisional yang lazat. 
Kampung Tambatuon mudah diakses dari Kota Belud, yang terletak hanya sekitar 30 minit perjalanan.
Terdapat beberapa pilihan penginapan di kawasan sekitar, termasuk homestay yang membolehkan pelancong merasai pengalaman tinggal bersama keluarga tempatan. 
3. Bukit Maragang Sekiranya anda tidak mampu mendaki Gunung Kinabalu, mendaki Bukit Maragang pun jadilah!
Bukit ini terletak di Kampung Mesilau, Kundasang dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan serta  pengalaman mendaki yang mencabar namun memuaskan.
Sumber: Sabah Tourism Dari puncaknya, anda boleh melihat panorama Gunung Kinabalu yang megah, bukit-bukit yang menghijau, dan lembah yang indah. 
Pemandangan matahari terbit dari puncak bukit ini adalah salah satu tarikan utamanya, dengan langit yang berubah warna dari kelam ke emas. Sangat memukau.
Sumber: Maragang Hill Bukit Maragang juga kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sepanjang laluan pendakian, anda akan melalui hutan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. 
Tapak perkhemahan juga disediakan dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas dan tempat memasak. 
4. Kampung Mesilau  Alang-alang hendak ke Bukit Maragang, jangan lupa luangkan masa untuk meneroka Kampung Mesilau yang terletak berhampiran dengan Bukit Maragang. 
Kampung ini menawarkan pengalaman kehidupan kampung yang autentik dan jarang-jarang di rasai terutamanya bagi mereka yang membesar di kawasan bandar. 
Sumber: Kupi kupi & Stay Ambil kesempatan untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan, memahami cara hidup mereka, dan menikmati masakan tradisional yang lazat.
Pengalaman ini bukan sahaja menambah nilai kepada perjalanan anda tetapi juga memberi peluang untuk memahami dan menghargai budaya tempatan.
5. Kampung Budaya Mari Mari Kampung Budaya Mari Mari terletak di dalam hutan yang subur di Inanam, tidak jauh dari Kota Kinabalu. 
Antara tarikan utama di kampung ini ialah rumah tradisional etnik-etnik di sabah. 
Setiap rumah etnik dibina semula dengan teliti untuk mengekalkan keaslian reka bentuk dan fungsi, membolehkan pengunjung melihat dan merasai sendiri cara hidup masyarakat ini.
Sumber: Blue Kinabalu Travel Agency Di Kampung Budaya Mari Mari, pelawat tidak hanya melihat pameran, tetapi juga terlibat dalam pelbagai aktiviti interaktif.
Anda boleh belajar cara membuat api menggunakan kaedah tradisional, mencuba seni menenun, dan bahkan merasai sendiri cara menghasilkan tapai (sejenis minuman tradisional). 
Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk mencuba masakan tradisional setiap etnik seperti hinava (salad ikan mentah), bambangan (buah asam), dan pelbagai jenis kuih tradisional. 
Kampung Budaya Mari Mari juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan pengunjung.
Terdapat pusat penerangan, kedai cenderamata, dan restoran yang menyajikan makanan tempatan.
Sewa kereta untuk memudahkan percutian anda di Sabah melalui KLOOK. Taip: Kereta Sewa Di Sabah di kotak carian di bawah, kemudian klik: SEARCH.
Klook.com 6. Air Terjun Kiansom Juga terletak di Inanam, Air Terjun Kiansom adalah destinasi yang sesuai untuk mereka yang ingin menikmati keindahan air terjun yang menenangkan. 
Air terjun ini terdiri daripada beberapa tingkat, dengan air yang mengalir deras dari puncak bukit ke kolam-kolam yang jernih di bawahnya.
Sumber: Sabah Bossku Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti rekreasi di sini seperti berenang, berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan, atau hanya duduk bersantai sambil menikmati bunyi aliran air yang menenangkan.
Salah satu kelebihan Air Terjun Kiansom ialah lokasinya yang mudah diakses. Terletak hanya kira-kira 30 minit pemanduan dari Kota Kinabalu. 
Sumber: Sabah Bossku 7. Tip of Borneo Tip of Borneo atau juga dikenali sebagai Tanjung Simpang Mengayau, adalah salah satu destinasi paling ikonik di Sabah.
Terletak di bahagian paling utara pulau Borneo, tempat ini menawarkan pemandangan panorama yang luar biasa di mana Laut Sulu dan Laut China Selatan bertemu.
Dari tebing yang tinggi, pengunjung dapat melihat air biru yang luas dan gelombang yang menghempas pantai. 
Sumber: My Sabah Pemandangan matahari terbenam di sini adalah salah satu yang terbaik di Sabah, dengan langit yang berwarna-warni mencipta suasana yang magis.
Bagi yang gemar fotografi, tempat ini adalah lokasi yang sempurna untuk mengambil gambar yang menakjubkan.
Sumber: Trip Advisor Tambahan lagi, Tip of Borneo juga sering menjadi lokasi untuk pelbagai festival dan acara tempatan. Salah satu acara yang terkenal adalah Festival Borneo yang diadakan setiap tahun. 
8. Pantai Kelambu Berhampiran dengan Tip of Borneo adalah Pantai Kelambu, salah satu pantai yang paling cantik dan kurang diterokai terutamanya oleh pelancong luar.
Pantai ini mempunyai pasir putih yang halus dan air laut yang jernih, menjadikannya tempat yang ideal untuk berenang, snorkeling, dan berjemur. 
Sumber: Sabah Tourism Board Keindahan semula jadi pantai ini memberikan suasana yang tenang dan damai, sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan.
9. Bukit Trig, Kudat Bukit Trig juga terletak berhampiran dengan Tip of Borneo di Kudat, Sabah. Dari puncak Bukit Trig, pengunjung dapat menikmati pemandangan yang luas dan menakjubkan, termasuk pemandangan Laut China Selatan dan Laut Sulu. 
Sumber: Sabah Info Bukit ini juga dikelilingi oleh hutan tropika yang subur, menjadikannya tempat yang ideal untuk pencinta alam dan fotografi. 
Jika anda merancang untuk melawat Kudat, pastikan untuk menyertakan Bukit Trig dalam senarai destinasi anda.
10. Kampung Luanti, Ranau Salah satu tarikan utama di Kampung Luanti adalah pengalaman spa ikan, di mana pengunjung boleh menikmati urutan semula jadi dengan ikan Pelian (Malaysian Mahseer).
Sumber: Ministry of Tourism, Culture and Environment Sabah Selain spa ikan, Kampung Luanti juga menawarkan aktiviti trekking di hutan, membolehkan pelancong menerokai keindahan alam sekitar.
Kampung Luanti juga menyediakan kemudahan homestay bagi pelancong yang ingin merasai kehidupan masyarakat tempatan.
Pengunjung boleh belajar banyak perkara tentang budaya dan tradisi masyarakat Kadazan-Dusun dengan menginap semalam dua di kampung ini. 
11. Lembah Danum Lembah Danum adalah salah satu kawasan hutan hujan tertua di dunia. Ia merupakan rumah kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang ditemui. 
Sumber: Lahad Datu info. Sumber: Lahad Datu info. Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti ekopelancongan di Lembah Danum, seperti mendaki, berjalan kaki di sepanjang laluan hutan dan lawatan malam untuk melihat kehidupan liar yang aktif pada waktu malam. 
Sewa kereta untuk memudahkan percutian anda di Sabah melalui KLOOK. Taip: Kereta Sewa Di Sabah di kotak carian di bawah, kemudian klik: SEARCH.
Klook.com 12. Lembangan Imbak Satu lagi ‘permata berharga’ di Sabah yang anda boleh kunjungi terutamanya bagi pencinta alam adalah, Lembangan Imbak. 
Lembangan Imbak, atau Imbak Canyon Conservation Area juga salah satu tempat menarik di Sabah.
Ia adalah kawasan perlindungan hutan yang menawarkan keindahan flora dan fauna yang menakjubkan, termasuk beberapa spesies yang endemik kepada Borneo.
Sumber: Imbak Canyon Conservation Area Sumber: Imbak Canyon Conservation Area Lembangan Imbak merupakan koridor penting yang menghubungkan dua kawasan pemuliharaan utama di Sabah – Lembah Danum dan Lembangan Maliau.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah, jungle trekking, memerhati hidupan liar, menikmati keindahan landskap dan biodiversiti kawasan ini.
13. Masjid Terapung Kota Kinabalu Masjid Terapung Kota Kinabalu, juga dikenali sebagai Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, adalah salah satu mercu tanda di Kota Kinabalu. 
Masjid ini terletak di bandar Kota Kinabalu dan dikelilingi oleh kawasan air yang menjadikannya kelihatan terapung dari jauh.
Sumber: Pakej Travel Kundasang Lokasinya yang strategik memberikan pemandangan yang indah, terutama pada waktu matahari terbenam.
Keindahan seni binanya menjadikannya tempat yang ideal untuk fotografi dan lawatan. Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan dari sekitar kawasan masjid.
Sumber: Sabah Info Pelancong yang bukan Muslim juga dialu-alukan untuk melawat masjid ini, dengan syarat mematuhi etika berpakaian yang sesuai.
Terdapat juga pemandu pelancong yang sedia membantu menjelaskan sejarah dan makna masjid.
14. Ulu Sugut, Ranau Sumber: Info Semasa Ranau – ISR Ulu Sugut, terletak di daerah Ranau, Sabah, adalah destinasi yang menawarkan keindahan alam semula jadi dan pengalaman budaya yang unik. 
Destinasi ini sangat disyorkan untuk sesiapa yang sukakan pengembaraan yang mencabar dan mencari pengalaman berharga. 
Ulu Sugut  menawarkan peluang untuk memahami lebih lanjut tentang budaya dan tradisi masyarakat tempatan.
Pengunjung boleh berinteraksi dengan penduduk kampung, belajar tentang cara hidup mereka, dan menikmati hidangan tradisional yang lazat.
15. Umea Glam Kundasang Umea Glam Kundasang menawarkan pengalaman glamping dengan pemandangan landskap yang indah.
Glamping, singkatan dari “glamorous camping,” menawarkan pengalaman berkhemah yang lebih selesa dan mewah, menggabungkan elemen keselesaan dengan keindahan alam semula jadi.
Sumber: Umea Glam Kundasang Ia sangat sesuai untuk individu yang mahu merasai pengalaman berkhemah sambil menikmati alam semula tetapi tetap selesa. 
Kemudahan di Umea Glam Kundasang termasuklah bilik mandi persendirian, ruang rehat dan kawasan makan.
Sumber: Umea Glam Kundasang Terdapat juga kemudahan untuk aktiviti luar seperti berkelah dan menjelajah kawasan sekitar.
Jika anda merancang untuk menginap di Umea Glam Kundasang, pastikan untuk membuat tempahan awal dan memeriksa kemudahan serta pakej yang ditawarkan untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan dan kehendak anda.
16. Taman Bukit Tawau Taman Bukit Tawau menawarkan pemandangan yang memukau dengan hutan tropika yang subur, air terjun yang cantik dan pelbagai jenis flora dan fauna.
Taman ini juga menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi seperti mendaki, berjalan kaki di laluan hutan dan berkelah.
Sumber: Blog Info Tawau Laluan mendaki di sini menawarkan pelbagai tahap kesukaran, daripada laluan mudah hingga laluan yang lebih mencabar.
Selain berkunjung ke Taman Bukit Tawau, anda juga boleh mengunjungi beberapa lokasi menarik di Tawau seperti Pasar Tanjung, Kampung Air Tawau dan sebagainya. 
Sumber: Blog Info Tawau Penutup Bagi mereka yang mencari destinasi percutian yang berbeza, Sabah pasti tidak akan mengecewakan.
Dengan pelbagai aktiviti dan pemandangan yang menakjubkan, anda pasti akan membawa pulang kenangan indah dari setiap sudut negeri ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tempat-menarik-di-sabah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tempat-menarik-di-sabah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Tempat Menarik Di Melaka Wajib Dikunjungi

20 Tempat Menarik Di Melaka Wajib Dikunjungi

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 144 hits
20 Tempat Menarik Di Melaka Wajib Dikunjungi Melaka sememangnya terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah budaya dan warisan Ia juga dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah dan merupakan destinasi pelancongan yang popular di Mal...
Klia Cargo Landing Aircraft Spot Tempat Tengok Kapal Terbang Landing Di Klia Paling Menarik

Klia Cargo Landing Aircraft Spot Tempat Tengok Kapal Terbang Landing Di Klia Paling Menarik

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 158 hits
Balik dari di KL ajak encik suami pergi tengok kapal terbang landing di KLIA Jalan Pekeliling Paling suka tengok flight landing di KLIA Cargo Landing Aircraft Spot spot paling menarik untuk bergambar Di spot ni dapat tengok kapal terbang la...
Cari Tempat Menarik Untuk Aktiviti Seni Mari Datang Ke Gm Bukit Bintang

Cari Tempat Menarik Untuk Aktiviti Seni Mari Datang Ke Gm Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 157 hits
Mencari tempat menarik untuk aktiviti seni Jom datang ke GM Bukit Bintang No 2 Jalan Robertson Bukit Bintang 50150 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur GM BB merupakan sebuah pusat beli belah komuniti kreatif yang unik sesuai bagi ...
Dapatkan Hadiah Menarik Dari Pln Dalam Gelegar Pln Mobile 2024 Catat Tanggal Dan Lokasinya

Dapatkan Hadiah Menarik Dari Pln Dalam Gelegar Pln Mobile 2024 Catat Tanggal Dan Lokasinya

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 166 hits
Program Gelegar PLN Mobile merupakan bentuk apresiasi perseroan kepada seluruh pengguna PLN Mobile
Kidzania Malaysia Tarikan Utama Aktiviti Menarik Untuk Si Kecil

Kidzania Malaysia Tarikan Utama Aktiviti Menarik Untuk Si Kecil

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 330 hits
KidZania Malaysia Tarikan Utama Aktiviti Menarik Untuk Si Kecil Selamat datang ke dunia KidZania tempat di mana kanak kanak boleh menjadi apa sahaja yang mereka impikan KidZania adalah sebuah taman tema interaktif yang unik di mana kanak ka...
Kemiskinan Sabah Dan Sarawak Jika Tiada Sistem Penyelesaian Gagal

Kemiskinan Sabah Dan Sarawak Jika Tiada Sistem Penyelesaian Gagal

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 100 hits
Untuk isu semalam yg di tanya Bung Moktar kebimbangan isu kemiskinan oleh Shafie Apdal kpd menteri ekonomi pendapat GM itulah yg perlu harus berlaku di Parlimen menggunakan peluang itu sebaik mungkin Tidak ada salahnya isu PADU statistik st...
Inspirasi Design Dan Printing Kotak Supplement Yang Menarik Dan Berkualiti

Inspirasi Design Dan Printing Kotak Supplement Yang Menarik Dan Berkualiti

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 213 hits
Dalam industri kesihatan dan kecantikan pembungkusan produk memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelanggan dan membina kesedaran jenama Design dan printing kotak supplement yang menarik dan berkualiti tinggi bukan sahaja mening...
Pm Shouldn T Conflate Sabah Special Grant With Federal Allocation Says Lawyer

Pm Shouldn T Conflate Sabah Special Grant With Federal Allocation Says Lawyer

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 121 hits
40 revenue entitlement designed to address unique needs contributions of state says Roger Chin THE prime minister s assertion regarding the RM16 billion Sabah overall allocation yesterday should not be conflated with or substituted for the ...
Anwar Emphasises Malaysia S Non Compromise On External Claims To Sabah

Anwar Emphasises Malaysia S Non Compromise On External Claims To Sabah

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 141 hits
PRIME Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has asserted that Malaysia will not tolerate any external claims on Sabah with reference to the claims made by the Philippines which according to him have been firmly addressed He stated that the sove...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation