15 Makanan Pilihan Di Dalam Premium Berry Oleh Ellvita
Siapalah yang tak nak sihat dan cantik dalam pada satu masa. Mungkin untuk kelihatan cantik itu mudah. Tapi, macam mana pulak untuk sihat dalam pada masa yang sama? Zizie sendiri pun kekangan masa untuk menjaga kedua-duanya secara konsisten. Alhamdulillah, Zizie diperkenalkan dengan minuman Premium Berry, salah satu daripada produk Ellvita atau dulu dikenali sebagai i-Sihat sebelum rebranding. Zizie sukakannya sebab minuman ini bukan sahaja bagus untuk kesihatan, malah membantu untuk menjaga kecantikan luaran. Kandungan bahan-bahan yang digunakan juga bagus kerana berasaskan makanan sunnah.
Apa itu Premium Berry?
Seperti perkenalan ringkas di atas, Premium Berry ialah minuman kesihatan berasaskan susu kambing dan 14 makanan premium lain yang membantu menjaga kesihatan dalaman dan kecantikan luaran. Antara 15 makanan premium termasuk susu kambing dan khasiat-khasiatnya adalah seperti berikut:
Habatus Sauda - Mencegah rasa letih, meningkatkan kesuburan, melancarkan kitaran haid anti-hipertensi, mengurangkan risiko kanser dan merawat keguguran rambut. Susu Kambing - Memperbanyakkan susu ibu, merawat gastrik, mencegah insomnia, membantu penghadaman, serta tinggi kalsium Kurma -Memberi tenaga dengan segera, mengandungi serat yang tinggi dan dapat meningkatkan keupayaan minda. Tiin - Membantu menurunkan berat badan , mencegah dari penyakit kanser dan diabetes, mencegah osteoporosis. Saffron - Merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan meningkatkan kecerdasan minda, merawat migrain dan asma. Badam - Menurunkan paras kolestrol dan mencegah masalah obesiti serta memerangi masalah rambut gugur. Kismis - Mencerdaskan minda, dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan. Buah beri -Mengandungi antioksidan, menajamkan mata dan melindungi dari penakit jantung dan kanser. Applephenon - Penjagaan kulit wajah, mengurangkan pigmentasi, mencerahkan kulit dan anti-penuaan. Anti-oksidan yang terkandung juga dapat mengurangkan paras kolestrol. Madu - Melembapkan kulit, mengatasi jeragat, mengatasi bibir kering & pecah, mengandungi agen anti-bakteria & anti-radang Ekstrak Sakura - Mengandungi melatonin yang tingi, memutihkan dan melembapkan kulit serta mengatasi masalah kulit kusam. Delima - mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, menyahtoksid sel kulit dan meyingkirkan sel kulit mati. Kolagen - Memperbaiki masalah kulit dan rambut, bertindak sebagai anti penuaan dan menambah keanjalan kulit. Astaxathin - Melindungi kulit dari sinaran UV, merawat ekzema & dermatitis. Juga mengandungi fungsi anti-fungal. Strawberi - Kandungan vitamin C yang tinggi membantu mencantikkan kulit.Walaupun packaging Premium Berry ni berwarna pink, tak semestinya hanya wanita sahaja yang boleh consume, tapi orang lelaki pun boleh jugak. Bukan itu sahaja, ianya sesuai untuk semua peringkat umur seawal usia 13 tahun dan ke atas. Dalam erti kata lain, produk ni bersifat universal
Susu Kambing Tak Berbau Hamis Ke?
Zizie tahu, ramai yang bimbang akan bau hamis kambing kan? Itu juga menjadi salah satu sebab orang ramai tak tahan nak minum susu kambing. Siap buat muka loya nak muntah lagi. Ala comel sangat. Hihi. Tapi Premium Berry ni, langsung TAK ADA BAU HAMIS. Lagi sedap dengan flavor strawberinya. Jadi, tak ada masalah kalau korang nak consume Premium Berry.
Kebaikkan Premium Berry untuk Wanita Hamil
Review/Testimoni daripada Zizie
First of all, Zizie bukan jenis bersarapan dan bila datang lunch time, memang perut berkeroncong la. Ala, kalau Zizie ambik breakfast pun, lagi rasa nak makan. Apa benda entah tak kena dengan selera dinasour aku ni. Seminggu Zizie consume Premium Berry ni, satu cawan pun Zizie dah rasa kenyang sampai lunch hour. Makan pun dah tak heavy macam dulu. Ya. Sekeping Zizie ni kalau dah makan, penuh nasi sepinggan.
Satu lagi perubahan ketara, kalau dulu Zizie terpaksa bergantung kepada caffeine untuk menahan rasa mengantuk during working hours, sekarang badan Zizie dah tak lesu dan mata pun tak mengantuk. Alhamdulillah, rasa lincah untuk bekerja dan rasa migrain di waktu petang pun dah berkurang. Seronok dengan lifestyle sekarang
Penyediaan Premium Berry Yang Menarik.
As I said earlier, produk ni bersifat universal sebab cara penyediaannya pun universal uolls. Korang boleh sediakan dalam suhu yang suam ataupun sejuk. Zizie sukakan kedua-duanya. Kalau tengah hujan-hujan, memang sedapla minum suam-suam. Rasa rileks gitu. Bila cuaca tengah panas, minuman sejukla yang menjadi pilihan. Nyaman dibuatnya. Bukan tu je. Zizie siap tambah strawberi lagi. Korang kena cuba sebab memang sedap.
WARNING! Jangan bancuh dengan air mendidih kerana dikhuatiri akan menghilangkan khasiat Premium Berry
Dan sebenarnya, korang boleh tambah Premium Berry ni sebagai salah satu bahan dalam makanan korang. Korang boleh usha resipi-resipi yang korang boleh cuba dengan produk Ellvita di SINI.
TASTY, TESTED, TRUSTED
Alhamdulilllah, produk sedap ni mendapat sijil halal daripada JAKIM, kelulusan daripada KMM dan MESTI serta duji secara klinikal oleh Skim Akredetasi Makmal Malaysia (SAMM). Jangan ragu-ragu nak mencuba produk keluaran muslim bumiputra kita ni tau. Zizie dah, korang bila lagi?
Untuk mendapatkan produk Premium Berry ni, korang boleh rujuk maklumat di bawah:
Facebook: Ellvita Susu Kambing HQ
Hotline: 019-202 0911
E-mail:
[email protected]Kalau nak e-mail Zizie untuk pembelian pun, iolls okay je. Chewah. Sekian perkongsian daripada Zizie dan semoga korang juga akan medapat manfaatnya.
Till then, bye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://zafarah.blogspot.com/2018/03/15-makanan-pilihan-di-dalam-premium.html