14 Mahasiswa Dikesan Jual Perantisiswa Akan Dikenakan Tindakan Tegas


The Reporter




Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini yang mengesahkan berlakunya kes penjualan semula peranti siswa diperoleh di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia, berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang melakukannya.

Setakat ini, katanya terdapat 14 kes penjualan semula PerantiSiswa yang dikesan di seluruh negara, dan pemantauan terhadap perkara itu sedang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


"Ada tindakan tertentu akan diambil terhadap penjual peranti, contohnya paparkan nama secara terbuka untuk pengetahuan umum di portal perantisiswa atau maklumkan kepada pihak universiti," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini hari ini.


Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), bertujuan membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi yang berada dalam kelompok B40.


Semalam, tular di media sosial mengenai tindakan mahasiswa menjual PerantiSiswa jenis Samsung Galaxy Tab A8 LTE bersama beberapa aksesori yang diperoleh, dengan harga lebih murah daripada harga pasaran.


Annuar berkata, tindakan menjual semula peranti itu adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan kerajaan memandang serius perkara itu.


Beliau berkata, peranti yang diedarkan, mempunyai beberapa aplikasi tertentu yang mampu mengesan keberadaan peranti itu sama ada di universiti atau lokasi lain.


"Peranti ini ada keupayaan untuk buat 'tracking' siapa pemilik yang telah jual dan ada beberapa peranti telah disekat penggunaannya," katanya PerantiSiswa yang diagihkan adalah amanah dan ia bukan untuk dijual.


Beliau berkata, tindakan menjual peranti itu sama seperti melanggar 'akujanji' untuk menggunakan peranti tersebut bagi kegunaan sendiri, seperti yang ditandatangani mereka ketika menerima peranti tersebut.


"Perbuatan ini diharap dapat dihentikan segera… saya zahir rasa terkilan dan dukacita, kerana penerima PerantiSiswa menjualnya secara terbuka secara dalam talian… saya fikir ia tindakan tidak wajar," katanya.


Annuar berkata, K-KOM bersedia mengkaji pelaksanaan 'buy back policy' bagi penerima PerantiSiswa untuk menjual peranti mereka, sekiranya mereka tidak mahu menggunakan peranti itu lagi.


"Mereka yang tidak mahu guna, mungkin ada kaedah 'buy back' yang sesuai selepas setahun… saya akan minta kaji kaedah berbanding jual peranti itu dengan harga murah… ia tindakan tidak baik," katanya.


Sementara itu, Annuar berkata, pihaknya komited untuk terus mengagihkan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada pemohon yang diluluskan dengan segera, meskipun wujud kes penjualan semula peranti itu oleh segelintir pihak.


"Saya telah letakkan sasaran untuk agihkan PerantiSiswa yang diluluskan sebelum 31 November ini. Pengedaran tetap disegerakan dan akan terus berjalan kerana kes-kes penjualan peranti ini adalah kecil," katanya.


Setakat 18 Oktober lalu, sebanyak 474,311 permohonan untuk PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterima melibatkan 95,882 bagi fasa pertama dan 378,429 untuk fasa kedua.


Sumber: Bernama


October 26, 2022 at 04:07AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/10/14-mahasiswa-dikesan-jual-perantisiswa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Tegas Jika Benar Kakitangan Terlibat Kpj Sedang Siasat Video Lelaki Pijak Hiasan Rangoli

Tindakan Tegas Jika Benar Kakitangan Terlibat Kpj Sedang Siasat Video Lelaki Pijak Hiasan Rangoli

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 140 hits
Susulan tular video seorang lelaki memijak hiasan rangoli di media sosial bahagian Perhubungan Awam KPJ Healthcare Berhad telah tampil mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut nbsp Baca Apa motif pijak hiasan Rangoli Netizen gera
Tak Bagi Muka Agensi Rain Ambil Tindakan Tegas Isu Penyebaran Berita Palsu

Tak Bagi Muka Agensi Rain Ambil Tindakan Tegas Isu Penyebaran Berita Palsu

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 146 hits
Agensi Rain sudah mula mengambil tindakan terhadap berita palsu Haa ARTIKEL BERKAITAN Terbaru RAINCOMPANY mengumumkan bahawa mereka kini selesai memfailkan aduan peringkat pertama atas permintaan pihak polis berkaitan kes terhadap seorang Y...
K Komm Terima 14 Kes Berkaitan Jual Perantisiswa Beberapa Peranti Terlibat Telah Disekat

K Komm Terima 14 Kes Berkaitan Jual Perantisiswa Beberapa Peranti Terlibat Telah Disekat

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 151 hits
Tular di media sosial baru baru ini apabila segelintir pelajar yang menerima tablet Samsung Tab A8 melalui PerantiSiswa telah menjualnya kembali di platform dalam talian seperti Carousell dan sebagainya Terbaharu Menteri Komunikasi dan Mult...
Jual Perantisiswa Bentuk Hukuman Belum Dibincang Pm Rayu Pelajar Jangan Jual

Jual Perantisiswa Bentuk Hukuman Belum Dibincang Pm Rayu Pelajar Jangan Jual

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 182 hits
KUALA LUMPUR 26 Okt Kerajaan belum membincangkan sebarang bentuk tindakan termasuk sama ada menyenaraihitamkan pelajar yang didapati menjual PerantiSiswa Keluarga Malaysia kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Setakat ini kita...
Dr M Kenapa Tiada Tindakan Pada Apandi Ali Hingga Kini

Dr M Kenapa Tiada Tindakan Pada Apandi Ali Hingga Kini

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 143 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 26 2022 9 00 AMPengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenapa tiada tindakan yang diambil terhadap bekas peguam negara Apandi Ali berhubung dakwaan bersubahat dalam skandal 1MDB Dalam klip video y...
Mujahid Mulakan Tindakan Saman Pas

Mujahid Mulakan Tindakan Saman Pas

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 135 hits
MalaysiakiniBekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof hari ini memulakan tindakan undang undang ke atas PAS Menurut Mujahid surat tuntutan itu dihantar kepada PAS melalui firma guaman Tetuan Akram Hizri Azad Azmir hari ini Piha...
Ministry Committed To Expediting Distribution Of Perantisiswa Devices

Ministry Committed To Expediting Distribution Of Perantisiswa Devices

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 239 hits
Annuar speaks during the launch of Keluarga Malaysia PerantiSiswa programme in Cyberjaya on April 14 2022 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR The Communications and Multimedia Ministry is committed to expediting the distribution of dev
Video Fatima Sabar H W Tindakan Spontan Anak Fazura Ketika Diminta Sabar Cuit Hati Ramai

Video Fatima Sabar H W Tindakan Spontan Anak Fazura Ketika Diminta Sabar Cuit Hati Ramai

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 191 hits
Anak kecil para selebriti tanah air sering menjadi perhatian para peminat setiap kali para selebriti ini berkongsi berkenaan mereka di media sosial Telatah serta kepetahan mereka bercakap cukup menghiburkan mereka yang melihat serta mengiku...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9