13 Rukun Solat
13 Rukun Solat
Berdiri Tegak
Berdiri secara tegak, lurus serta mengadap kiblat penting bagi yang mampu. Hukumnya sunat, jika ketika berdiri ditundukkan sedikit kepala serta memandang ke tempat yang akan disujud
Sekiranya sakit atau cacat dan sebagainya bolehlah bersolat secara berbaring, terlentang, duduk, atau dengan menggunakan isyarat. Ianya bergantung kepada keadaan yang dikirakan sesuai
“Solatlah dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dengan duduk, sekiranya tidak mampu, maka dengan berbaring.”
(Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Dawud)
NiatHendaklah berniat dalam hati atau secara lintasan dalam ingatan untuk mendirikan solat. Contohnya, jika seseorang itu mahu menunaikan solat asar, maka mestilah berniat untuk bersolat asar, bukan solat yang lain.
Takbiratul Ihram Iaitu Dengan Lafaz
Iaitu, dengan melafaz ‘Allahuakbar’ ketika memulakan solat dengan suara sederhana yang sekuranganya dapat didengar oleh diri sendiri.
Membaca Surah al-Fatihah Pada Setiap Rakaat
Surah al-Fatihah adalah wajib dibaca, jika tertinggal solat menjadi tidak sah.
“Tidak (sah) solat bagi seseorang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah)”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Begitu juga jika ianya tidak dibaca dengan tajwid yang betul, solat menjadi tidak sah. Bacaannya juga tidak boleh diubah ke bahasa lain bahasa Arab. Nada bacaannya mestilah boleh didengari oleh diri sendiri.
Rukuk Dengan Tamakninah
Rukuk adalah keadaan meletakkan kedua tapak tangan ke lutut, sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Ada bacaan tertentu semasa berukuk, ataupun berdoa dan cukup dengan bertasbih.
Tamakninah pula adalah diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya. Tamakninah juga bermaksud ‘tenang’ iaitu, berhenti sekejap.
Iktidal
Iktidal adalah bangkit dari rukuk dan kembali berdiri tegak beserta dengan tamakninah. Kadar masa tamakninah tidaklah lama iaitu sekadar sekali sebutan tasbih sahaja.
Sujud Dua Kali Dengan Tamakninah
Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sunat jika meletakkan hidung ketika bersujud.
Duduk antara Dua Sujud Dengan Tamakninah
Duduk antara dua sujud adalah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat. Sujud ini juga mesti dilakukan dengan tamakninah.
Duduk antara dua sujud adalah dalam keadaan kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kedua-dua paha dengan hujung jari hampir dengan lutut. Kemudian dibaringkan tapak kaki kiri dan duduk di atasnya. Tapak kaki kanan pula ditegakkan dengan anak-anak jari dihalakan ke arah kiblat.
Duduk Tasyahud/Tahiyat Akhir
Duduk ketika ini sewaktu membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam. Tangan diletakkan di atas paha.
Membaca Tasyahud/Tahiyat Akhir
Tahiyat adalah ucapan dan doa yang yang merangkumi pujian kepada Allah SWT dan salam serta diakhiri dengan lafaz syahadah.
Membaca selawat ke atas Rasulullah SAW
Ketika duduk tahiyat akhir iaitu selepas melafazkan dua kalimah syahadah, wajib membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.
Memberi salam yang pertama
Salam sebagai penutup dalam mendirikan solat, iaitu cukup dengan melafazkan ‘Assalamualaikum’.
Tertib
Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal.
Hal ini terkecuali untuk rukun yang dilakukan serentak seperti takbiratul ihram bersama niat, berdiri tegak bersama membaca al-Fatihah dan duduk tahiyat akhir semasa membaca tahiyat, tasyahud dan selawat.
#sumber
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2023/02/13-rukun-solat.html