13 Petua Mendidik Anak Jadi Anak Soleh


13 Petua Mendidik Anak Jadi Anak Soleh | 13 petua mendidik anak jadi anak soleh ini telah dikongsikan oleh Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.KakYa kongsikan kat sini sebagai rujukan kita bersama dalam mendidik anak anak kita di zaman yang serba mencabar ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah


13 Petua Mendidik Anak Jadi Anak Soleh1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya. Beri juga makanan sunnah seperti kurma dan madu

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat dan sebagainya. 
6. Pagar diri dengan Al Fatihah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuunYa Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan

12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/05/13-petua-mendidik-anak-jadi-anak-soleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Untuk Mula Mendidik Anak Anak Anda Di Rumah

5 Cara Untuk Mula Mendidik Anak Anak Anda Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 447 hits
Pendidikan adalah sebaiknya bermula dari rumah Dengan serangan Coronavirus yang menjadi pandemik di seluruh dunia ibu bapa tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa memastikan anak anak mereka belajar dari rumah Saya melihat ini sebagai sat...
Doa Anak Soleh

Doa Anak Soleh

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 346 hits
Doa Anak Soleh KakYa percaya setiap ibu bapa di dunia ini impikan untuk mendapat anak yang soleh Setiap masa dan ketika doa tulus ikhlas ibu bapa pastinya mengiringi langkah perjalanan seorang anak Dalam mendidik anak anak kita menjadi anak...
Tips Untuk Mendidik Anak Yang Sangat Awesome Dan Sangat Berguna Untuk Bakal Ibu Bapa

Tips Untuk Mendidik Anak Yang Sangat Awesome Dan Sangat Berguna Untuk Bakal Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 563 hits
Mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia akhirat bukanlah satu perkara yang mudah Malah Neslo panas yakin para ibu bapa di luar sana pasti mahu mendidik anak cara yang paling Tetapi untuk mendidik anak pada masa kini...
40 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

40 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 543 hits
Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga Hargai dan sayangilah merekaKepada semua yang bergelar ibu dan bapa sama sama kita renungkan 1 Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat2 Perhubungan suami isteri tanpa memper...
10 Petua Power Untuk Ibubapa Dalam Membesarkan Anak Anak

10 Petua Power Untuk Ibubapa Dalam Membesarkan Anak Anak

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 492 hits
10 Petua Power Untuk IbuBapa Dalam Membesarkan Anak Anak Petua ni KakYa dapat dari perkongsian sahabat di group Telegram KakYa kongsikan buat pembaca blog KakYa Moga bermanfaat buat kita semua InsyaAllah aamin aamin Petua Power Untuk IbuBap...
Suruh Anak Buat Kerja Dari Kecil Bukan Kita Jadi Bos Tapi Nak Didik Biar Lebih Berdikari

Suruh Anak Buat Kerja Dari Kecil Bukan Kita Jadi Bos Tapi Nak Didik Biar Lebih Berdikari

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 321 hits
Anak adalah anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan kepada semua pasangan yang berkahwin Kehadiran cahaya mata disambut dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang Dek kerana sayang anak dimanjakan serta segala kehendaknya akan diikuti sehi...
Sah Ham1l Anak Kedua Bella Astillah Mengakv Rvjuk Semula Dengan Aliff Aziz

Sah Ham1l Anak Kedua Bella Astillah Mengakv Rvjuk Semula Dengan Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 365 hits
Jodoh itu masih kuat Baru baru ini Bella Astillah 26 telah mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua selepas kembali rujuk bersama suaminya Aliff Aziz Sah Ham1l Anak Kedua Bella Astillah Mengakv Rvjuk Semula Dengan Aliff Aziz
Anak Anak Memang Suka Sangat Minum Aex3xie Ni Bila Ditanya Kenapa

Anak Anak Memang Suka Sangat Minum Aex3xie Ni Bila Ditanya Kenapa

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 397 hits
AEX3XIE BETUL TAK TIPU ANAK ANAK MEMANG SUKA SANGAT MINUM AEX3XIE NI BILA DITANYA KENAPA JAWABNYA SEBAB SEDAP SANGAT RASA AIR COKLAT AEX3XIE NI MEMANG BERBALOI BALOI LA UNTUK JUADAH BERSAHUR DAN BERBUKA Nak dapatkan AEX3XIE Hubungi saya ya ...
2 Hari Tunggu Anak Datang Jemput Selepas Didapati Negatif Covid 19 Akhirnya Ajal Yang Datang Menjemput

2 Hari Tunggu Anak Datang Jemput Selepas Didapati Negatif Covid 19 Akhirnya Ajal Yang Datang Menjemput

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 383 hits
Tanggungjawab menjaga ibu bapa terutamanya apabila mereka menjengah ke usia senja perlu digalas sebaiknya oleh anak anak Selagi hayat dikandung badan berbaktilah sebanyak yang mungkin sebelum terlambat Perkongsian oleh seorang jururawat di ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba