12 Tips Tingkatkan Trafik Blog
Assalamualaikum
12 Tips Tingkatkan Trafik Blog | Sebagai seorang blogger, kita mesti nak setiap perkongsian dalam blog nie sentiasa melonjak naik. Bukan mudah untuk tingkatkan trafik blog apatah lagi kalau kita hentam kromo sahaja. Semuanya memerlukan masa dan cara untuk tingkatkan trafik blog.
Kalau sekadar untuk suka-suka, mesti tak kisah pasal trafik. Tetapi selepas kita tahu hanya dengan trafik blog, kita boleh jana pendapatan, barulah gigih nak tingkatkan trafik blog. Am I right? Hihihii..
Disini aku akan kongsikan dengan korang macam mana nak tingkatkan trafik blog selepas beberapa bulan aku cuba praktikkan. Alhamdulillah.. menjadi tau tips nie! Kaedahnya mudah, antara korang usaha atau tidak untuk lakukannya.
Tips 1: Info yang bermanfaatKalau sebelum nie selepas je aku taip segala ayat dalam blog, terus aku hit button publish tanpa semak semula isi kandungan dalam tu. Itu salah!
Sebelum korang hit button publish tu, pastikan artikel tu bermanfaat untuk semua walaupun sekadar luahan perasaan korang. Jangan tajuk gempak macam Majalah Mangga tapi isi hampeh!
Tips 2: Pengisian yang padat dan lengkapGoogle nie suka kalau pengisian blog kita padat dan lengkap. Kalau lebih daripada 300 patah perkataan tu sangat bagus tetapi bukan sekadar banyak patah perkataan je. Pengisian haruslah bermanfaat!
Aku pun masih praktikkan benda nie. Tingkatkan dulu pengisian dalam artikel baru boleh tingkatkan trafik blog.
Tips 3: Manfaatkan SEOSEO (Search Engine Optimization) nie sangat terkenal di bibir para blogger. Hanya yang mahir mampu praktikkan SEO sepenuhnya dalam sesuatu artikel mereka. Tetapi tak bermakna kita tak mampu tau!
Dengan sedikit ilmu tentang SEO pun dapat membantu untuk tingkatkan trafik blog. Kuncinya, rajin belajar dan rajin untuk usaha!
Korang boleh belajar banyak benda tentang SEO, keywords dan banyak lagi dengan Bite Media Consultants.
Tips 4: Pautan ke artikel lamaBila dah lama artikel korang publish dan artikel tu tak berapa menarik, memang tenggelam takkan timbul laa kan. Korang perlu tahu bahawa interlink adalah salah satu cara untuk meningkatkan trafik blog.
Kenapa? Bila dah update artikel baru, selitkan sekali artikel lama dah entry tersebut. Dengan kaedah tersebut, pembaca akan habiskan masa lebih lama dalam blog korang.
Tips 5: Responsive template blogPemilihan template blog memainkan peranan penting tau! Pilh template blog yang responsive dan pastikan template tersebut mudah untuk pembaca navigate ke sesuatu artikel lain.
Tips 6: Register google analyticsDah register Google Analytics? Setiap hari aku akan semak trafik blog aku melalui google analytics. Berpandukan google analytics, aku akan tahu artikel mana yang menjadi pilihan ramai, berapa orang yang singgah, bounce rate dan banyak lagi!
Bounce rate tu penting tau! Apabila bounce rate aku tinggi, aku gelabah semua. Bounce rate tu mainkan peranan penting untuk blog tau.
Tips 7: Update blog secara konsistenJangan setahun sekali nak update blog. Korang perlu update blog secara konsisten agar pembaca tahu yang blog nie masih wujud. Nanti orang lupa kewujudan blog kita jika jarang sekali baru update.
Sebagai permulaan, update blog seminggu sekali. Kemudian, korang boleh cuba buat kekerapan untuk update blog. Satu entry setiap hari? Boleh cuba?
Tips 8: Emailkan artikel baru kepada pembacaKalau korang perasan widget aku ada follow by email kan? Aku wujudkan benda tu untuk memudahkan urusan aku. Macam mana?
Setiap kali aku update artikel terbaru, followers aku akan terima notifikasi melalui email. Maka secara tak langsung, followers aku akan tahu terdapat artikel baru. Mudah bukan?
Tips 9: Ping link artikel baru ke media sosialSelain tips 8 aku tu, ping link artikel ke media sosial. Media sosial mempunyai pengaruh sangat tinggi! Dan itu sangat membantu untuk menarik pengunjung ke blog kita.
Sebagai contoh, groups dalam facebook. Aku join banyak groups blogger dalam facebook. Jadi, setiap kali aku publish artikel terbaru, aku akan ping aku punya link artikel disitu.
Tips 10: Galakkan pembaca untuk kongsikan artikelPastikan dibawah artikel korang terdapat button share to media sosial. Kerana cara itu mudahkan pembaca untuk kongsikan artikel korang ke media sosial mereka. Secara tak langsung kenalan mereka tahu kewujudan dan artikel menarik korang.
Tips 11: Bina networking sesama bloggerRakan blogger merupakan rakan maya kita. Jadi, korang tak boleh beranggapan mereka itu musuh untuk bersaing. Kita perlu berinteraksi sesama blogger supaya dapat berkongsi tips tentang blog, event bersama dan sebagainya.
Networking itu penting untuk luaskan lagi pengalaman dan lebarkan sayap dalam dunia blogging ini.
Tips 12: Guna kaedah backlink sesama bloggerPernah dengar kaedah backlink? Kaedah ini sangat menarik tau! Kerana dengan kaedah backlink, kita dapat membantu sesama blogger untuk memperkenalkan lagi artikel mereka.
Macam mana kaedah backlink? Korang masukkan link artikel blog mereka dalam artikel korang dan mereka buat sama seperti korang buat.
Dan ini sahaja tips yang aku kongsikan dengan korang. Macam aku terangkan di atas, aku pun masih praktikkan lagi sebab aku nak lonjakkan lagi trafik blog aku.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eyqahasnan.com/2020/11/12-tips-tingkatkan-trafik-blog.html