12 Tahun Berlakon Tapi Lakonan Son Naeun Dalam Agency Terima Reaksi Pra Kontra
Ada sesiapa yang sedang tonton drama “Agency” sekarang?
ARTIKEL BERKAITAN
Jo Sungha, Son Naeun, Han Junwoo, & Jeon Hyejin Bakal Sertai Lee Boyoung Dalam 'Ad Agency'
Untuk pengetahuan, “Agency” ialah drama yang berlatar belakangkan agensi pengiklanan, mengisahkan tentang seorang wanita yang ingin naik pangkat untuk menjadi eksekutif wanita pertama dalam syarikatnya. Dalam siri ini, Son Na-eun memainkan watak sebagai Kang Han-na, seorang pewaris kaya dan juga merupakan seorang yang berpengaruh.
Sedikit info, sebelum drama ini ditayangkan, Son Na-eun pernah berkata mengenai wataknya,
Saya fikir ia akan menjadi peluang untuk saya menunjukkan kepada penonton sisi berbeza daripada apa yang saya lakukan sebelum ini.
Meskipun mempunyai screen time yang banyak selepas Lee Bo-young dalam drama tersebut, lakonan Son Na-eun telah menerima reaksi pra-kontra dari penonton.
Selain itu, terdapat pengkritik menyatakan bahawa watak Kang Han-na dengan personaliti yang angkuh adalah tidak selari dengan skrip yang menunjukkan bahawa dia menghormati orang bawahan. Dengan ini, penonton agak keliru dengan personalitinya yang sebenar.
Antara komen negatif yang diterimanya adalah,
Sudah 12 tahun dia menjadi pelakon, tetapi tahapnya adalah…
Lebih memalukan apabila meletakkannya di sebelah pelakon seperti Lee Bo-young.
Meskipun menerima komen negatif dari penonton, ada juga yang memberi reaksi positif terhadap lakonan Son Na-eun.
Sebutan dan lantun suaranya jauh lebih baik berbanding drama sebelumnya.
Lakonannya lebih stabil dalam episod 7 berbanding episod 1 dan lain-lain.
Apa-apa pun, semoga Son Na-eun akan terus berjaya dalam dunia lakonannya.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/12-tahun-berlakon-tapi-lakonan-son-naeun-dalam-agency-terima-reaksi-pra-kontra/