12 Kaum Yang Telah Dibinasakan


12 KAUM YANG TELAH DIBINASAKAN - Jom ketahui 



Dalam Al-Quran, banyak sekali diceritakan tentang kisah-kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah swt dek kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai penyimpangan yang telah dilarang. 
Berikut ini adalah kaum-kaum yang dibinasakan. 

1.Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh a.s berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olokkan Nabi Nuh a.s. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh a.s sendiri *(QS Al-Ankabut : 14).*

2.Kaum Nabi Hud
Nabi Hud a.s diutuskan untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud a.s. Allah swt lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun dalam pasir dan akhirnya binasa *(QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).*

3.Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh a.s diutuskan Allah swt kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh a.s diberi sebuah mukjizat berupa seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah swt menimpakan azab kepada mereka *(QS Al-Hijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).*

4.Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth a.s pula  terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu hanya mahu menikah dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka masih tidak mahu bertaubat. Allah swt akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat dengan disertai oleh angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth a.s ini akhirnya tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri *(QS As-Syu’araa: 160, An-Naml: 54, Al-Hijr: 67, Al-Furqan: 38, Qaf: 12).*

5.Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib a.s diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu dikurangi. Allah swt pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Meski pun mereka berlindung di tempat yang teduh, namun masih tidak mampu melepaskan rasa panas tersebut. Akhirnya, mereka binasa *(QS At-Taubah: 70, Al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan Al-Hajj: 44).*

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib a,s juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah padang yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut sebagai penyembah hutan lebat *(Aikah) (QS Al-Hijr: 78, As-Syu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).*

6.Firaun
Kaum Bani Israil pula sering ditindas oleh Firaun. Allah swt telah mengutuskan  Nabi Musa a.s dan Harun a.s untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah swt. Namun, Firaun malah mengaku dirinya sebagai tuhan pula. Dia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini jasad itu masih dapat disaksikan di muzeum mumi di Mesir *(Al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).*

7.Ashab Al-Sabt
Mereka INI adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah swt untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah swt menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina *(QS Al-A’raaf: 163).*

8.Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan kepada suatu kaum. Konon, nabi yang diutuskan kepada mereka adalah Nabi Saleh a.s. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib a.s. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah swt *(Qs Al-Furqan: 38 dan Qaf ayat 12).*

9.Ashab Al-Ukhdud
Ashab Al-Ukhdud adalah sejenis kaum yang menggali parit dan menolak untuk  beriman kepada Allah swt, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dilemparkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah swt *(QS Al-Buruuj: 4-9).*

10.Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (sebuah negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras *(QS Yaasiin: 13).*

11.Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah swt sehingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan (empangan) air *(QS Ad-Dukhan: 37).*

12.Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Oleh kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman a.s, akhirnya Allah swt menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) *(QS Saba: 15-19).*


Visit: Wansite




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wansite.blogspot.com/2024/01/12-kaum-yang-telah-dibinasakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaum Cina Biasa Anak Tak Ramai Fokus Nak Kukuhkan Kewangan Hidup Selesa

Kaum Cina Biasa Anak Tak Ramai Fokus Nak Kukuhkan Kewangan Hidup Selesa

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 109 hits
Kaum Cina biasa kita lihat memang tidak punya ramai anak Perancangan keluarga amat penting bagi mengatur kehidupan yang lebih baik Dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun memiliki ramai anak mungkin bukan keputu...
Kenapa Kubur Kaum Cina Banyak Di Bina Di Kawasan Bukit

Kenapa Kubur Kaum Cina Banyak Di Bina Di Kawasan Bukit

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 156 hits
Terdapat beberapa faktor tradisional dan praktikal yang mungkin menjelaskan mengapa banyak kubur Cina dibina di kawasan bukit 1 Feng Shui Dalam tradisi Cina pilihan tempat untuk kubur banyak dipengaruhi oleh prinsip feng shui iaitu sains ge...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup