Sapu dan gosok minyak kelapa setiap hari sedikit demi sedikit di bahagian perut, peha dan lengan sebelum tidur. Ia berupaya melembapkan kulit yang akhirnya menghalus dan melembutkan kulit.
Ia merupakan senaman kardio yang membantu menurunkan berat badan dan mengencangkan kulit. Buat latihan beban selama 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapatkan otot yang kencang dan kulit yang tegang.
Aktiviti ini membantu mengurangi lemak dalam tubuh dan mencegah kulit kendur. Disamping itu, mengurut juga membantu peredaran darah yang lancar.
Merupakan satu-satunya cara untuk membentuk otot dan mengencangkan kulit yang mengendur. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah push-ups, jumping jacks, squat atau apa sahaja yang bermanfaat selama 10 minit setiap hari.
Pakai master 3 kali seminggu agar kulit wajah lebih anjal. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan putih telur. Ataupun jika ada bajet lebih, beli sahaja produk masker yang melambak di pasaran.
Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari (mengikut keperluan). Pengambilan air yang cukup boleh mengekalkan kelembapan tubuh. Untuk lebih kreatif lagi, tambahkan sedikit lemon untuk meningkatkan metabolisma dan system imunisasi tubuh.
Badan pun sudah hilang banyak berat. Apa lagi mahu? Cuba kurangkan dan elakkan diet ketat. Ia bukan sahaja menyeksa diri, malahan mengganggu kesihatan yang akhirnya membuatkan kulit cepat kendur.
Sayur-sayuran jika diambil secara berlebihan pun tidak akan menambah berat badan. Malahan, ia membantu kulit agar lebih anjal. Makanlah apa sahaja buah seperti epal, oren, strawberi atau apa sahaja buah yang anda suka.
Protein membantu kulit sihat dan elastik. Sumber yang kaya dengan protein ialah keju, kekacang, telur dan yam.
Sulfat akan menimbulkan iritasi dan kulit kering. Situasi ini akan membuatkan kulit cepat berkedut, kendur dan timbul jerawat. Elakkan membeli syampu, mandian dan perawatan badan yang mengandungi sulfat didalamnya.
Sel kulit mati tidak boleh hilang dengan sendirinya. Ia perlu dikeluarkan dari lapisan kulit. Antara cara yang boleh dilakukan ialah melalui proses pengelupasan. Ia boleh membantu menegangkan kulit yang telah kendur.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |