11 018 Banduan Layak Dibebas Secara Berlesen


Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM  PUTRAJAYA: Jabatan Penjara mengambil langkah drastik bagi mengurangkan tahap kebolehjangkitan Covid-19 dalam kalangan banduan serta mengurangkan kesesakan di dalam pusat tahanan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, antara langkah itu ialah pesalah kes dadah seksen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dikeluarkan dari penjara dan ditempatkan di beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diwartakan sebagai penjara sementara.
Katanya, jumlah keseluruhan yang dapat ditampung di kem-kem PLKN adalah disasarkan seramai 2,300 hingga 2,800 banduan.
Menurut beliau, ini termasuk pelaksanaan Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) ke atas sabitan hukuman bawah setahun yang baki hukumannya kurang dari tiga bulan.
Katanya, mengikut statistik sehingga 5 Oktober lalu, terdapat 11,018 banduan dalam kategori itu layak untuk dipertimbangkan bagi PBSL.
“Semua banduan yang dibebaskan melalui PBSL wajib melepasi kriteria pemilihan ketat yang ditetapkan dan disahkan lulus saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, segala tindakan itu sebagai mengambil serius jumlah peningkatan kes positif Covif-19 yang kini melibatkan jumlah besar dalam kalangan banduan di dalam kawasan larangan penjara dan kawasan kawalan ketat.
Katanya, penularan dalam kalangan banduan ini bermula di Penjara Tawau, Sabah apabila seorang banduan yang baru diterima dari Lahad Datu telah disahkan positif pada 2 September lalu dan kluster seterusnya pula dikesan di Penjara Alor Setar pada 29 September.
Pada ketika ini, katanya, jumlah aktif Covid-19 dalam kalangan banduan dan kakitangan penjara seluruh negara telah bertambah 453 kes kepada 1,126 kes berbanding 673 kes semalam.
“Bagaimanapun, orang awam di luar penjara diminta untuk bertenang kerana penularan Covid-19 dalam kalangan banduan dalam kawasan larangan penjara yang tertutup serta dikawal ketat.
“Ini sekali gus memberikan keyakinan penuh terhadap langkah-langkah segera yang diambil oleh pihak Jabatan Penjara di bawah kawal selia ketat dari pihak Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi penguatkuasaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/11018-banduan-layak-dibebas-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mu Belasah Brighton Untuk Layak Ke Suku Akhir

Mu Belasah Brighton Untuk Layak Ke Suku Akhir

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 168 hits
Manchester United berjaya mengekori kelab jirannya Manchester City untuk layak ke suku akhir Piala Carabao selepas menewaskan Brighton 3 0 Beraksi di Amex Stadium tidak menjadi masalah buat MU dan mereka memiliki peluang untuk mencetak gol ...
Pbs Hanya Mendapat Undi 235 Anggap Pas Tak Layak Bertanding Di Sabah

Pbs Hanya Mendapat Undi 235 Anggap Pas Tak Layak Bertanding Di Sabah

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 283 hits
Logik yang digunakan oleh Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili untuk menolak perlantikan ADUN dari PAS adalah kerana PAS tidak bertanding dan tidak memenangi apa apa kerusi dalam PRN Sabah lalu Di mana pula logiknya u...
1 088 711 Layak Mengundi Sabtu Ini

1 088 711 Layak Mengundi Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 239 hits
KOTA KINABALU 6 Safar 1442H Khamis Seramai 1 088 711 daripada 1 103 646 pengundi biasa layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah Sabtu ini manakala 14 935 orang telah mengundi secara pos kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Ikm
Hanya Perdana Menteri Layak

Hanya Perdana Menteri Layak

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 301 hits
SAGHAWAK SIK SOKONG ANUAR IBGHAHIM MAKA BERKATALAH PAKAR PERLEMBAGAAN NEGARA Andainya Anuar cukup majority dia kena bagi tahu PM bagi tahu jalan lain tidak ada Ertinya atas nasihat PM tak boleh jalan belakang FAHAM PAKAR PERLEMBAGAAN NEGARA...
Bot Nelayan Guna Peralatan Tidak Berlesen Ditahan

Bot Nelayan Guna Peralatan Tidak Berlesen Ditahan

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 597 hits
SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang di kedudukan 2 1 batu nautika timur Pulau Jerejak pukul 6 petang semalam kerana disyaki melanggar syarat lesen IHSAN MARITIM MALAYSIA GEORGETOWN Agensi ...
Polis Gesa Mangsa Sindiket Wang Tidak Berlesen Tampil

Polis Gesa Mangsa Sindiket Wang Tidak Berlesen Tampil

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 297 hits
KEPALA BATAS Polis menggesa orang ramai khususnya mereka yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket pinjaman wang tidak berlesen supaya tampil bagi membantu siasatan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd ...
Dia Ingat Dia Layak Jadi Pm Muhyiddin

Dia Ingat Dia Layak Jadi Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 240 hits
The ReporterPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih lagi memegang jawatan ketua pentadbiran kerajaan persekutuan dan dakwaan Anwar Ibrahim kononnya mendapat banyak sokongan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada tidak...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini