107 Atlet Jurulatih Pegawai Msn Negatif Covid 19


Bernama Ketua Pengarah MSN Ahmad Shapawi Ismail. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Semua 107 terdiri daripada atlet, jurulatih dan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) disahkan negatif Covid-19.

Jumlah itu termasuk kontak rapat dan kontak sekunder atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang disahkan positif dan kini sedang dirawat di Hospital Sibu, Sarawak, selain beberapa atlet baru pulang dari luar negara sama ada menyertai kejohanan atau menjalani program latihan.

Ketua Pengarah MSN Ahmad Shapawi Ismail dalam kenyataan hari ini mengesahkan perkembangan menggembirakan itu.

“Sehingga 30 Mac, daripada 107 yang dikuarantin, 86 orang menjalani ujian sama ada melalui Pejabat Kesihatan Daerah ataupun pihak swasta dan keputusan ujian yang diperoleh adalah negatif.

“Sementara baki 21 orang yang tidak perlu melakukan ujian juga bebas daripada proses kuarantin di rumah apabila tidak menunjukkan sebarang gejala setelah tamat proses kuarantin selama 14 hari,” menurut kenyataan itu.

Mengenai status kesihatan Jackie, Ahmad Shapawi berkata keputusan sampel ujian kali ke-3 pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina 2019 itu yang diambil pada Sabtu lepas menunjukkan keputusan negatif.

“Namun, beliau masih perlu melalui ujian kali terakhir yang dibuat pada 30 Mac untuk menentukan beliau benar-benar bebas daripada jangkitan berkenaan dan keadaan beliau ketika ini adalah sihat,” tambahnya.

Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata MSN bersama Institut Sukan Negara (ISN) melalui Jawatankuasa Bertindak Covid-19 sudah melaksanakan beberapa tindakan serta-merta.

Beliau berkata bagi tujuan pencegahan, MSN dan ISN melakukan proses sanitasi sebanyak 2 kali pada 17 Mac dan 24 Mac melibatkan kawasan yang dikunjungi Jackie dalam tempoh 1 hingga 10 Mac sebelum proses sama di keseluruhan Kompleks MSN, ISN dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada 25 Mac.

“Sememangnya harapan kita agar tiada lagi jangkitan melibatkan atlet, jurulatih dan pegawai sukan negara dan mereka dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan terus di hospital atau pejabat kesihatan berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut jika terdapat simptom.

“Atlet perlu terus melakukan latihan persendirian berdasarkan program latihan yang dibekalkan oleh jurulatih masing-masing dan semua diminta mematuhi segala arahan dan panduan dikeluarkan pihak kerajaan dari semasa ke semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/107-atlet-jurulatih-pegawai-msn-negatif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
274 Abk Wni Dari Spanyol Tiba Bali Hasil Rapid Test Negatif Covid 19

274 Abk Wni Dari Spanyol Tiba Bali Hasil Rapid Test Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 224 hits
Ratusan WNI merupakan pekerja di kapal pesiar Mereka terbang ke Bali menggunakan pesawat charter Air Europa dari Madrid Spanyol
Covid 19 Kakitangan Pembersihan Dan Pegawai Keselamatan Adalah Barisan Hadapan

Covid 19 Kakitangan Pembersihan Dan Pegawai Keselamatan Adalah Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 528 hits
Oleh Rohayati RipinKUALA TERENGGANU 5 April Kakitangan dan petugas kebersihan serta pengawal keselamatan juga merupakan barisan hadapan yang terpaksa keluar setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Yang Dipertua Dewan Undang...
Hasil Rapid Test Ratusan Petugas Medis Odp Di Rsup Sanglah Negatif Covid 19

Hasil Rapid Test Ratusan Petugas Medis Odp Di Rsup Sanglah Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 247 hits
Rapid test itu dilakukan setelah sebelumnya para tenaga medis itu sempat melakukan kontak dengan seorang dokter asal Universitas Airlangga Surabaya yang menjadi pasien positif Covid 19
Tiga Pegawai Bandara Soekarno Hatta Positif Covid 19 Sembuh

Tiga Pegawai Bandara Soekarno Hatta Positif Covid 19 Sembuh

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 183 hits
Setelah adanya kasus tersebut Anas mengaku belum mendapat adanya laporan baru terkait adanya orang terinfeksi Covid 19 di Bandara Soekarno Hatta
Pasien Dalam Pengawasan Meninggal Di Balikpapan Negatif Covid 19

Pasien Dalam Pengawasan Meninggal Di Balikpapan Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 187 hits
PDP warga Balikpapan itu adalah seorang perempuan berusia 35 tahun merupakan pasien rujukan dari RS Tentara di Balikpapan ke RSUD Kanudjoso Djatiwibowo Balikpapan
510 Gelandang Negatif Covid 19

510 Gelandang Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 268 hits
By 1 April 2020Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Noor Hisham Ahmad Dahlan bertanyakan sesuatu dengan gelandangan selepas membuat lawatan penempatan gelandangan sementara bagi membendung penularan pandemik Covid 19 di Pusat Komuniti Sentul Per...
Tahanan Meninggal Dunia Dalam Lokap Di Bentong Negatif Covid 19 Polis

Tahanan Meninggal Dunia Dalam Lokap Di Bentong Negatif Covid 19 Polis

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 310 hits
Lelaki berusia 30 tahun yang meninggal dunia di ibu pejabat polis Bentong pada hari Ahad lalu dipercayai disebabkan oleh kesukaran bernafas dan bukan disebabkan oleh COVID 19 Ketua Polis Bentong Supt Yusof Unis berkata ujian COVID 19 yang d...
Covid 19 Atlet Sukma Terengganu Dibantu

Covid 19 Atlet Sukma Terengganu Dibantu

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 184 hits
BAGI memastikan kebajikan atlet Sukan Malaysia Terengganu terjaga Majlis Sukan Negeri Terengganu menghulurkan bantuan barangan keperluan kepada mereka semalam Timbalan Pengarah MSNT Ahmad Shahrizal Yahya berkata seramai 200 atlet termas
Penjelasan Kenapa Pesakit Kencing Manis Darah Tinggi Berisiko Dapat Covid 19 Lebih Teruk

Penjelasan Kenapa Pesakit Kencing Manis Darah Tinggi Berisiko Dapat Covid 19 Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 449 hits
Doktor Latif Saad menjawab persoalan ini sebagaimana yang dikongsikan laman Facebook TheDiagnosa Doktor Ini Jelaskan Kenapa Pesakit Kencing Manis Darah Tinggi Berisiko Dapat Covid 19 Lebih Teruk Kita sedia maklum pesakit kencing manis dan d...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal