100 Tahun Tun Dr Mahathir Mohamad Sebuah Legasi Untuk Malaysia


Assalammualaikum Tun. Selamat ulang tahun Tahun ke-100 Tun. Kalau Tun baca artikel Ruby, Ruby gembira sangat! Artikel penghargaan buat insan yang tiada galang ganti. This is for you Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad. Penulisan ini bukan datang dari jawatan, bukan dari pujian politik, tetapi dari seorang ibu, seorang rakyat biasa yang membesar dalam zaman Tun menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Masa kecil dulu, Ruby tidak faham tentang negara. Sebagai kanak-kanak, membesar di zaman Tun M seperti semuanya dah tersedia. Kami tinggal belajar aje. Masuk sekolah tadika, sekolah agama dan sekolah rendah. Mak dan Abah ikut aje apa sarananan kerajaan. 
Pada ketika itu juga, Ruby fikir kita dah dijaga oleh Perdana Menteri yang bagus. Tiada orang lain akan galas tanggungjawab ini selain Tun M. Setiap malam, berita RTM, mesti kami sekeluarga kena tonton. Wajib ambil tahu tentang dunia. Terkesima tengok Tun M beri ucapan tanpa baca teks ucapan terlalu lama. Zaman dulu mana ada prompter. Kagum dengan fokus yang Tun M berikan. Nada tegas tetapi ada kasihnya. 



10 Julai 2025

Hari ini, seorang negarawan ulung genap berusia 100 tahun. Sebuah angka yang bukan hanya menandakan usia, tetapi sejarah, perjuangan, dan ketekunan yang tidak pernah luntur. Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sekadar nama, tetapi satu era. Era di mana kami membesar dengan semangat Wawasan, dengan cita-cita tinggi, dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. 
Tun Dr Mahathir bin Mohamad,  lahir 10 Julai 1925 merupakan seorang ahli politik, pengarang, dan doktor Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh dari 1981 hingga 2003 dan sekali lagi berkhidmat di negara dari 2018 hingga 2020. Berkhidmat untuk jumlah kumulatif 24 tahun. 
Kerjaya politiknya telah menjangkau lebih 75 tahun, daripada menyertai protes menentang dasar kewarganegaraan untuk orang bukan Melayu di Malayan Union pada 1940-an kepada membentuk gabungan Gerakan Tanah Air pada 2022. Semasa menjadi perdana menteri, Tun Mahathir telah dianugerahkan gelaran "Bapa Pemodenan" dalam mentransformasikan ekonomi negara. 
1981 hingga 2003, jangka masa yang panjang tapi penuh bermakna. Menggalas jawatan di dalam kerajaan, Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7. Banyak sumbangan Tun kepada negara. Walau dikhianati, walau perlu melalui hari-hari yang mencabar dan bahaya. Demi rakyat Malaysia, beliau terus berjuang dalam gelanggangnya yang tersendiri. "Rakyat Mana Tahu."

KENANGAN ZAMAN TUN KETIKA MALAYSIA BERNAFAS PENUH HARAPAN
Ruby masih ingat… waktu balik kampung musim cuti sekolah, kami akan melalui lebuhraya yang baru dibina. Atok akan bercerita tentang Proton, tentang impian Malaysia menjadi negara maju, dan tentang Tun yang selalu berada di depan, merancang untuk masa depan kami. Kami masih kecil waktu tu, tapi kami tahu… kami ada pemimpin yang bekerja keras untuk rakyat. 
Bangga bukan kepalang apabila Perdana Menteri Malaysia dikenali dunia. Banyak negara gerun dengan Tun M sebab beliau berani menyuarakan pendapat beliau. Malah bukan hanya sembang ketawa biasa, beliau akan bertutur dengan tegas dan melaksanakan plan seterusnya. 
TUN M DAN WAWASAN 2020Di sekolah, kami tulis karangan tentang impian tahun 2020. Saya bayangkan kereta terbang, bangunan tinggi, rakyat pelbagai kaum bersatu padu. Semua ini bukan angan-angan kosong. Kami percaya bila Tun cakap sesuatu, pasti ada jalannya. Wawasan 2020 bukan sekadar angka. Ia adalah roh perjuangan, menjadikan kami berani bermimpi, berani belajar, dan berani mencipta. Dan hari ini, walaupun tahun telah berlalu, semangat itu masih menyala dalam hati kami. 
ERA TUN M ZAMAN MALAYSIA MELANGKAH PANTAS Ruby rindu zaman Tun. Zaman kami serba laju. Teknologi berkembang, peluang terbuka, dan rakyat memiliki keyakinan diri. Kami tak tunggu dunia maju kehadapan, tetapi kami yang ke hadapan. Kami celik IT, celik dunia, dan berani menulis nama Malaysia di peta global. Tun bukan sekadar mencipta projek fizikal, tapi membina pemikiran rakyat yang berpandangan jauh

APA YANG TUN M TELAH LAKUKAN UNTUK MALAYSIA? Tun Dr Mahathir tidak hanya memimpin, beliau mengubah wajah dan jiwa negara ini. Dua kali menjadi Perdana Menteri (1981–2003 & 2018–2020), berikut antara legasi penting beliau:

1981 – 2003: Zaman Pembinaan & Pecutan 
Disiplin kerja penjawat awam: Jam masuk/keluar kerja diperketat, sistem lebih cekap.Dasar Pandang ke Timur – ambil inspirasi dari Jepun.Proton (1983) – kereta nasional pertama.Lebuhraya PLUS, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya – pemodenan infrastruktur.Wawasan 2020 – sasaran jadi negara maju.MSC (Multimedia Super Corridor) – asas ekonomi digital.Pelaburan dalam pendidikan tinggi – UiTM, UTM, MMU.Petronas Twin Towers – simbol ekonomi moden 
2018 – 2020: Kembali Demi Negara

Dedahkan skandal kewangan (1MDB) Bentuk kerajaan lebih telus dan adil Bebaskan SPRM dan badan kehakiman Kawal hutang negara, semak projek mega Galak IR4.0 dan ekonomi digital Perjuang hak rakyat di platform antarabangsa
Di Peringkat Dunia:

Suara lantang bela PalestinKritikal terhadap imperialisme BaratMenolak pengaruh kuasa besarDisegani dunia sebagai pemimpin negara membangun 
TUN M DARI MATA SEORANG IBU Sebagai seorang ibu kepada dua anak lelaki, Ruby sering terfikir apa yang saya mahu wariskan kepada mereka? Saya mahu mereka tahu siapa Tun Dr Mahathir. Saya mahu mereka kenal nilai-nilai yang membina negara: Disiplin Kekuatan prinsip Rajin membaca dan berfikir Berani bersuara dengan ilmu Cinta kepada tanah air tanpa syarat 
Saya selalu beritahu anak-anak:

“Kalau Tun M boleh bangun seawal 4 pagi walau sudah berusia 90 tahun, kenapa kita susah sangat bangun Subuh?”
“Kalau Tun M boleh baca setiap hari, apa alasan kita?”
Tun menjadi standard dalam banyak perkara dalam hidup Ruby.

SAAT BERTEMU TUN M, TAPI TAK MAMPU DEKATRuby pernah beberapa kali berpeluang bertemu beliau. Namun setiap kali itu, air mata saya lebih cepat hadir dari lensa kamera. Saya tidak mampu mendekat, bukan kerana takut... Tetapi kerana terlalu hormat. Terlalu kagum.

Dalam hati saya hanya ada satu doa:

“Ya Allah, peliharalah negarawan ini. Dia sudah beri seluruh hidupnya untuk kami.”
Saya rasa Tun berhak berehat. Tapi beliau tetap hadir bila negara perlukan. Dan itu, bagi saya, adalah pengorbanan sebenar yang hanya insan luar biasa mampu lakukan.

TERIMA KASIH TUN M!Hari ini, 10 Julai 2025, Tun Dr Mahathir Mohamad genap 100 tahun. Dan saya, seorang ibu, rakyat biasa, menulis artikel ini sebagai tanda terima kasih. Terima kasih Tun, kerana pernah membentuk Malaysia yang kami banggakan. Terima kasih, kerana memberi inspirasi yang tidak akan pudar. Terima kasih, kerana dalam diam dan derap langkah, Tun tinggalkan legasi yang tiada pengganti.

Saya doakan Tun terus dikurniakan kesihatan, ketenangan, dan keberkatan. Walau zaman berubah, nama Tun akan tetap hidup, dalam buku, dalam sejarah, dan dalam hati kami.

“Siapa Tun Dr Mahathir Mohamad?”
Suatu hari nanti, anak-anak saya akan bertanya.

Dan saya akan jawab:

“Dia insan yang tak pernah berhenti sayangkan negaranya, walau dia sendiri sudah lama lelah. Tun Dr Mahathir Mohamad Sebuah Legasi Untuk Malaysia.”

“ Terima Kasih Tun M! Selamat Ulang Tahun Ke-100! Kami sayang Tun. Tun… Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan Tun…”




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/07/100-tahun-tun-dr-mahathir-mohamad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 100 Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 100 Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 185 hits
Negarawan Malaysia Tun Dr Mahathir Bin MohamadKhamis 10 Julai 2025 Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 100 Tun Dr Mahathir bin Mohamad satu dekad Tun telah melalui dan menjadi saksi setiap peristiwa penting yang berlaku di Malaysia d...
100 Tahun Tun Mahathir Pemikiran Yang Mendahului Zaman

100 Tahun Tun Mahathir Pemikiran Yang Mendahului Zaman

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 203 hits
Hari ini Malaysia meraikan sambutan hari lahir ke 100 tahun negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke 4 dan ke 7 Beliau bukan sahaja dikenali sebagai tokoh politik yang berwibawa tetapi juga sebagai pemimpin berani dan b...
Semoga Allah Terus Merahmati Tun Anwar Ibrahim Titip Doa Ulang Tahun Ke 100 Buat Tun Mahathir

Semoga Allah Terus Merahmati Tun Anwar Ibrahim Titip Doa Ulang Tahun Ke 100 Buat Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 201 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 100 kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Menerusi hantaran di media sosial Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wa...
5 Tahun Menanti Zuriat Cucu Tun Dr Mahathir Kongsi Kapsyen Penuh Emosi

5 Tahun Menanti Zuriat Cucu Tun Dr Mahathir Kongsi Kapsyen Penuh Emosi

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 127 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menyimpan impian yang sama untuk menimang cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga Namun tidak semua diberikan jalan yang mudah Ada yang dikurniakan rezeki zuriat seawal perkahwinan dan ada juga yang p...
Daddy Kami Masih Kuat Aktif Pada Usia 100 Tahun Marina Mahathir Luah Rasa Syukur Punya Ayah Hebat

Daddy Kami Masih Kuat Aktif Pada Usia 100 Tahun Marina Mahathir Luah Rasa Syukur Punya Ayah Hebat

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 186 hits
Dalam satu hantaran menyentuh hati di media sosial Datin Paduka Marina Mahathir meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad masih kekal sihat dan aktif meskipun kini telah mencecah usia 100 tahun Sebagai ana...
Tun Mahadhir 100 Tahun

Tun Mahadhir 100 Tahun

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 179 hits
TUN MAHADHIR SUDAH MENJANGKAU 100 TAHUNSELAMAT MENYAMBUT KELAHIRAN 100 TAHUNDULU ADA ORANG KUTUK MAHADHIRKUTUKAN ITU MENYEBABKAN DIA PANJANG UMUR
Tun M 100 Tahun Rahsia Makan Dan Hidup Kekal Fit Usia Seabad

Tun M 100 Tahun Rahsia Makan Dan Hidup Kekal Fit Usia Seabad

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 129 hits
Bayangkan pada usia mencecah 100 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad masih duduk tegak senyum yakin dan berbicara dengan nada jelas Ramai tertanya tanya apakah rahsia sebenar beliau Sebagai jenama yang memperjuangkan warisan makanan dan gaya hidu...
Cecah 100 Tahun Bapa Pemodenan Malaysia

Cecah 100 Tahun Bapa Pemodenan Malaysia

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 178 hits
Asalamualaikum Salam SejahteraPelopor Pemodenan MalaysiaMenerusi laman sosial banyak blog yang memperkatakan umur Dr Mahathir Mohamad kini mencecah 100 tahun pada tahun 2025 Angka umur yang menggenapi tiga angka di mana DR Mahathir masih ke...
Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 192 hits
Sekitar Majlis Kesyukuran Doa Selamat sempena ulang tahun ke 100 YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi di Masjid Saidina Umar Al Khattab Bukit Damansara
Trump Akan Semak Semula Kadar Tarif Pm Anwar

42 Penjawat Awam Wanita Mohon Cerai Lepas Disahkan Kakitangan Tetap

Real Talk Tng E Wallet Is Making Slot Play In Malaysia Way More Fun

Start A Business On A Minimal Budget

Gunung Berapi Russia Meletus Selepas Gempa Bumi Dahsyat

Step Aside Trump Let Pmx Take Home The Nobel Peace Prize For Keeping Asean Intact

Festival Filem Raintown Kembali Raikan Keindahan Taiping Menerusi Sinema Malaysia

Orang Yang Beramal Soleh Tidak Akan Bersedih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Abang Ayang

Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

Syada Amzah Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga Pempengaruh Ajak Masuk Club Kau Nak Rosak Rosak Sorang

Sprm Tahan 6 Lagi Anggota Polis

Kapal Layar Yang Mahu Berlayar Keliling Benua Karam Di Perairan Pulau Yu Dua Warga Turkiye Hilang Seorang Selamat

Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat