10 Toner Untuk Kulit Kering
Toner Untuk Kulit Kering | Selepas memcuci muka, langkah seterusnya adalah menggunakan 'toner'. Biarpun penggunaannya tidak wajib seperti moisturizer, toner penting untuk menjadikan kulit agar lebih sihat dan mulus.
Fungsi toner wajah
Toner berfungsi untuk mengembalikan pH kulit selepas mencuci agar dapat menyerap moisturizer/serum/krim yang akan anda pakai pada langkah seterusnya. Selain itu, toner juga dapat membersihkan kotoran yang tidak dapat dicuci oleh pencuci muka.
Terdapat 6 jenis toner yang paling common di Malaysia iaitu:
Hydrating - Untuk menambah kelembapan selepas mencuci
Soothing - Meredakan kulit & mengurangkan iritasi, kemerahan, dan breakout Exfoliating - Mengandungi AHA/BHA untuk buang sel kulit mati agar kulit glowing
Astringent - Mengurangkan minyak berlebihan & mengecilkan pori
pH Balacing - Merendahkan pH sekiranya guna cleanser yang tinggi pH
Cleansing - Untuk membersihkan kulit dengan lebih dalam.
Cara pakai toner dengan betul
Tuang beberapa titis di atas tapak tangan, dan sapu pada wajah. 'Tap' muka hingga betul-betul menyerap. Tuang beberapa titis di atas kapas. 'Tap' pada muka dengan perlahan-lahan agar rata.
Tips memilih toner
Sebelum membeli, anda haruslah kenal pasti jenis kulit terlebih dahulu. Sekiranya kulit kering, pilih toner jenis 'hydrating' agar dapat mengimbangi minyak semula jadi kulit.
Untuk mereka yang memiliki kulit kering, saya senaraikan beberapa jenama toner yang sesuai untuk anda. Kebanyakannya boleh dibeli di drugstore, namun saya sertakan juga link pembelian agar anda boleh beli dengan harga lebih rendah.
Toner Untuk Kulit Kering
1. Simple Soothing Facial Toner
Sekiranya anda merupakan pengguna tegar produk Simple, maka haruslah guna toner Simple untuk kulit kering. Botol berwarna hijau ini bagus untuk kulit kering. Memiliki kandungan mesra kulit iaitu Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel, dan Allantoin.
Ia tidak memiliki fragrance dan bahan kimia. Malah toner Simple ini tidak melekit dan mudah meresap. harganya pun amat berpatutan, around RM16 - RM18 sahaja. Ini adalah toner untuk kulit kering di Watsons yang berbaloi untuk anda cuba.
Harga: RM15
Beli di sini: https://invol.co/cl3gvgg
2. Hada Labo Premium Lotion
Mereka yang memiliki kulit mulus pasti menggunakan salah satu dari produk Hada Labo (HL). Salah satu yang popular sudah tentulah lotion nya. Oh ya, HL menggunakan terma 'lotion' untuk toner.
Mengandungi 7 jenis Hyaluronic Acid untuk meningkatkan kelembapan kulit dari dalam agar tampak sihat dan segar sepanjang hari.
Nilai pH nya juga seimbang dan sesuai untuk kulit kering dan berminyak. Teksturnya agak pekat berbanding toner lain, namun ia langsung tidak melekit. Lepas pakai toner ni, sapu pula serum untuk kulit kering (kalau rajin).
Harga: RM49.50
Beli di sini: https://invol.co/cl3gvl2
3. Etude House Soon Jung pH 5.5 Relief Toner
Nilai pH 5.5 dan mengandungi panthenol serta madecassoside. Kesemua ini amat baik untuk kulit kering dan sensitif. Ia mampu mengekalkan kelembapan kulit selain menjadikannya segar dan lembut.
Produk dari Korea Selatan ini juga memiliki glycerin, sebab itulah si anda bakal rasa sejuk disaat memakainya. Ia tidak terlalu cari, tetapi mudah menyerap ke dalam pori.
Sekiranya kulit sensitif dengan alkohol, nah, inilah toner untuk kulit kering tanpa alkohol yang terbaik.
Harga: RM24
Beli di sini: https://invol.co/cl3gvro
Artikel berkaitan:
+ 12 Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering
+ 7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons
+ Tips Memilih Pelembap Muka
4. Hada Labo Gokujyun Hydrating Lotion
Satu lagi toner dari Hada Labo yang sering dipakai oleh pemilik kulit kering, normal, dan kombinasi. Kandungan apakah yang menjadikan produk ini sesuai untuk kulit kering:
Glycerin - Menjadikan kulit segar dan mengelak kekeringan Hyaluronic Acid - Boleh boost kelembapan, menyegarkan dan mengelak kekeringan. The best hydrator! Ceramide - Lock air dari hilang akibat persekitaran seperti aircond dan lain-lain.
Harga produk Hada Labo ini agak mahal, tetapi cukup berbaloi. Tidak hairanlah mengapa ia cukup popular.
Harga: RM49
Beli di sini: https://invol.co/cl3gvsn
5. Clinelle Soothing Skin Toner
Diformulasi untuk menenangkan, mengekalkan kelembapan, dan menganjalkan kulit. Bukan itu sahaja, toner ini ada beberapa kebaikan lain seperti:
Repair - Pro Vitamin B5 yang memperbaiki lapisan kulit.
Refine -Vitamin E yang mengekalkan kelembapan.
Reshield - Aloe vera untuk menenang dan merawat kulit.
Harga: RM35.50
Beli di sini: https://invol.co/cl3gvte
6. Neutrogena Alchohol-Free Toner
Agak berpatutan dan ia juga toner untuk kulit kombinasi. Saya sendiri menggunakan toner ini biarpun memiliki kulit kombinasi - oily. So far dah guna 3 botol. Selain memberikan kelegaan, toner ini turut menanggalkan kotoran yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka.
I can see the dirt on my cotton pad!
Ia lembut dan tidak memiliki fragrance. Amat bagus untuk kulit kerana menanggalkan kotoran agar sedia untuk memakai moisturizer pada langkah seterusnya.
Harga: RM12.50
Beli di sini: https://invol.co/cl3gvu6
7. Klairs Supple Preparation Unscented Toner
Jenama Klairs ni memang terkenal seantero dunia dek kerana keberkesanannya. Klairs Supple Preparation Unscented Toner adalah formulasi yang diperbaharui.
Toner ini mengandungi banyak ingredients hydrating seperti propanediol, glycerin, alove vera, and panthenol.
Kemudia, tak ada alkohol dan fragrance. Sangat sesuailah untuk kulit kering. Formula terbaharu ini lebih pekat dan langsung tidak melekit. Works well dengan moisturizer yang akan anda pakai pada langkah seterusnya.
Harga: RM14.90 - RM54.99
Beli di sini: https://invol.co/cl3gvv9
8. Pixi Glow Tonic
Banyak betul rave tentang toner ni. Ramai gadis tergila-gilakan Pixi Glow Tonic kerana ia boleh buat kulit glowing!
Product dari USA, dan ia adalah toner jenis exfoliator yang mengeluarkan sel kulit mati dan mengurangkan kekusaman. Boleh dikatakan sebagai toner untuk mencerahkan kulit dek kerana mempunyai AHA.
Kandungan Pixi Glow Tonic
Glycolic Acid - Form of AHA yang mengeluarkan sel kulit mati untuk bantu hasilkan kulit baru yang lebih segar/mulus.
Aloe Vera - Melega dan menghidrasi kulit
Glycerin - Agen pelembap kulit yang paling berkesan, menghalang kekeringan.
Cuma, bila nak pakai produk yang ada AHA ni, pastikan korang dah ada skincare routine yang kukuh. Maksudnya korang dah pakai cleanser, moisturizer, sunscreen untuk jangka masa lama tanpa sebarang masalah.
Cubalah, sebab produk ini memang terkenal!
Harga: RM19.48 (Trial pack 30 ml)
Beli di sini: https://invol.co/cl3gvxc
9. Muji Light Toning Water (High Moisture)
Produk dari Jepun ini tidak kurang hebatnya. Baik untuk kulit kering dan sensitif. Tidak mengandungi alkohol, tetapi ia mudah menyerap pada kulit dan tiada kesan melekit.
Banyak membantu dalam melembapkan kulit sebab ade Hyaluronic Acid. Toner ini juga boleh buang dirt/daki yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka.
Seperti biasa, pakai dua kali sehari sama ada guna cotton pad atau tap sahaja dengan tapak tangan.
Harga: dari RM21
Beli di sini: https://invol.co/cl3gvya
10. Jelita KL Premium Saffron Toner
I don't normally promote local products but this one is worth to write about. Sama seperti
Kayman, Jelita KL tidak overclaim dan merepek.
Kandungannya juga ringkas dan memenuhi kehendak kulit agar kekal hidrasi. Antaranya Rose Water, Centella Asiatica, Licorice Root, Saffron, dan Aloe Vera.
Ia lebih pekat dari air, tidak melekit, dan ada sedikit bau rose. Tidak terlalu kuat, just nice. Biarpun pekat, toner ini langsung tidak berminyak lepas sapu. Hasilnya, kulit lebih segar.
Harga: RM15.00 - RM69.00
Beli di sini: https://invol.co/cl3gw00
Toner untuk kulit kering yang saya kongsikan di atas adalah yang popular dan menjadi rekomendasi warga net. Kalau anda ada cadangan lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah. TQ!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2021/04/toner-untuk-kulit-kering.html