10 Langkah Tingkatkan Kualiti Pendidikan Negara


Imej hiasan

UNTUK penyertaan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) pada pusingan 2022, seluruh dunia dihempas dengan serangan pandemik Covid-19 yang menyebabkan sekolah ditutup begitu lama

Untuk kali pertama, persekolahan berubah serta-merta dengan murid dipaksa untuk belajar secara jarak jauh tanpa mengira status sosioekonomi

Daripada keseluruhan penyertaan bagi mengukur penguasaan literasi bacaan, saintifik dan matematik, banyak negara terjejas teruk. Untuk literasi Matematik, 58 buah negara merosot. Bagi literasi saintifik pula 36 buah negara merosot, manakala untuk literasi bacaan, 55 buah negara merosot

Dalam konteks Malaysia, bagi literasi Matematik misalnya, hampir semua murid menunjukkan kemerosotan, namun murid berpencapaian tinggi merosot teruk sehingga 40.2 mata berbanding murid berpencapaian rendah yang turut merosot dalam lingkungan 18.7 mata

Dalam konteks status sosioekonomi, pencapaian murid yang berkelebihan juga merosot lebih teruk untuk ketiga-tiga literasi Matematik, saintifik dan bacaan Derbanding murid yang tidak perkelebihan

Bagaimana Malaysia melangkah dan belajar daripada pengalaman ini akan membentuk landskap masa depan pendidikan negara. Dalam situasi ini, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengenal pasti 10 langkah utama mencakupi strategi yang tidak hanya menangani cabaran semasa tetapi juga meningkatkan kualiti pendidikan negara ke taraf yang lebih tinggi

Untuk memaksimumkan kualiti pembelajaran, langkah pertama adalah untuk menekankan pengurusan waktu operasi sekolah dengan bijak. Langkah ini merangkumi perluasan waktu operasi sekolah sebagai tindakan proaktif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran

Keputusan PISA 2022 menunjukkan murid semakin ketinggalan dalam pembelajaran apabila sekolah lebih lama ditutup. Di Malaysia, soal selidik murid melaporkan sekolah ditutup selama 5.8 bulan atau 174 hari. Jumlah ini jauh lebih lama berbanding purata negara OECD, iaitu 4.4 bulan atau 132 hari

Analisis dapatan PISA 2022 menunjukkan bahawa pengurusan kecekapan waktu persekolahan bersemukad amat penting memandangkan murid dan guru tidak dapat mengoptimumkan pembelajaran sewaktu sekolah ditutup. Dapatan PISA 2022 juga menunjukkan sebanyak 13.3 peratus murid Malaysia tidak hadir ke sekolah melebihi tiga bulan berturut-turut dan peratusan ini jauh lebih tinggi daripada purata OECD, iaitu sebanyak 7.6 peratus. Oleh itu, penyelarasan jadual pembelajaran untuk mengatasi ketidakseragaman pembelajaran merupakan keutamaan yang mendesak

Seterusnya, langkah kedua adalah berkaitan autonomi pembelajaran dapat memperkukuhkan keupayaan dan membentuk murid yang mandiri. Pemikiran ini dipanggil atau pemikiran pertumbuhan. Ideanya adalah untuk membentuk murid yang mampu belajar secara autonomi

Dalam era pembelajaran jarak jauh, kemahiran ini menjadi semakin penting. PISA 2022 mengungkapkan lebih daripada 50 peratus pelajar Malaysia tidak yakin untuk menyiapkan kerja rumah sendiri. Oleh itu, perluasan latihan dan sokongan diperlukan untuk mengembangkan kemahiran belajar sendiri dalam kalangan murid

Langkah ketiga pula menitikberatkan kepada pembinaan asas pembelajaran dan kesejahteraan murid yang kukuh. Selain meningkatkan prestasi akademik, hal ini juga melibatkan inisiatif seperti Program Makanan Sekolah dan usaha antibuli. PISA 2018 menunjukkan bahawa 36 peratus murid di Malaysia terdedah kepada buli, melampaui purata negara OECD sebanyak 13 peratus

Maka, pada 2023, Menteri Pendidikan melancarkan garis panduan baharu pengurusan salah laku buli termasuk buli siber dan gangguan seksual serta peraturan disiplin murid yang baharu, yang mana kali terakhir disemak pada 2010

Keempat, penangguhan pemilihan program pendidikan aliran berbeza merupakan langkah yang akan memberikan peluang kepada murid untuk menjelajah minat dan kebolehan tanpa sekatan awal. Ini penting untuk menggalakkan kesaksamaan sosioekonomi dan mengelak stigma sosial terhadap bidang tertentu

Kerajaan perlu berusaha memastikan mereka disokong dan disumberkan dengan baik, seterusnya memperkenalkan fleksibiliti ke dalam sistem supaya murid boleh berpindah antara aliran dengan mudah dan menawarkan laluan ke pengajian tinggi kepada semua murid

Sementara itu, langkah kelima adalah untuk menangani gangguan akibat penggunaan peranti digital di kelas. Dapatan PISA 2022 menunjukkan bahawa sekolah dengan sosioekonomi rendah lebih cenderung mengalami kekurangan sumber bahan dan peranti digital berkualiti tinggi. Penggunaan peranti perlu disertai dengan disiplin penggunaan yang rapi

Langkah keenam, peningkatan hubungan sekolah-keluarga dan penyertaan ibu bapa dalam pembelajaran. Data dari PISA menunjukkan bahawa murid dengan sokongan keluarga yang lebih tinggi melaporkan rasa keterikatan yang lebih kuat di sekolah dan kepuasan hidup yang lebih besar. Maka, saranan Penglibatan Ibu bapa dan Komunitu serta Swasta (PIBKS) perlu diangkat dengan lebih berkesan bagi membuka ruang ini menjadi lebih bermakna

Selanjutnya, langkah ketujuh, penyediaan sokongan tambahan kepada murid bagi membuka ruang persekitaran pembelajaran yang lebih positif dans192 menyokong murid yang menghadapi kesulitan tanpa pengulangan tahun. Pelajar dalam sistem pendidikan ini lebih cenderung melaporkan bahawa guru Matematik memberikan sokongan dan memiliki hubungan 102 yang baik dengan guru berbanding pelajar dalam sistem pendidikan yang menggunakan pengulangan tahun.  Sokongan kolaboratif rakan sebaya dapat diperoleh apabila murid berada dalam kelompok pelbagai keupayaan kognitif dan bakat

Dalam konteks Malaysia, PISA 2022 menunjukkan 29.6 peratus murid hadir ke sekolah yang mana dikelompokkan mengikut keupayaan dan ini jauh lebih tinggi daripada purata negara OECD, iaitu dalam 6.7 peratus. Kebanyakkan negara berpencapaian tinggi seperti Singapura, Finland dan Korea tidak mengamalkan pengelompokkan murid mengikut keupayaan

Satu lagi yang menarik untuk diperhatikan. Sistem pendidikan di Denmark, Greece, Iceland, Malaysia, Chinese Taipei, Thailand, Singapore dan Sweden menunjukkan hubungan negatif yang kuat antara kehadiran di prasekolah dan pengulangan gred. Dengan kata lain, di negara-negara ini, pelajar yang menghadiri prasekolah lebih cenderung untuk mengelakkan pengulangan tahun

Di Malaysia, menurut Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2022, sekitar 85 peratus sahaja enrolmen murid dalam pendidikan awal prasekolah. Hal ini menunjukkan sekitar 65,000 murid tidak mendapat akses pendidikan awal

Langkah kelapan menekankan keperluan memastikan kakitangan pendidikan dan bahan pembelajaran yang berkualiti. Kualiti sumber daya ini adalah penentu utama dalam meningkatkan efikasi pengajaran
Pada langkah kesembilan, pentingnya menjadikan sekolah sebagai pusat interaksi sosial, bukan sahaja berkisar pada pembelajaran tetapi juga memberi peluang kepada murid untuk berkongsi pengalaman dan menyokong satu sama lain. Data PISA 2022 menunjukkan bahawa murid di sekolah yang menyediakan bilik untuk membuat kerja rumah mendapat skor Matematik yang lebih tinggi

Akhir sekali, langkah kesepuluh menggabungkan autonomi sekolah dengan mekanisme jaminan kualiti. Keseimbangan ini penting dalam melahirkan sistem pendidikan yang berkualiti. Secara khususnya, mekanisme jaminan kualiti ini memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa pemberian autonomi kepada sekolah berkait rapat dengan peningkatan prestasi akademik dan perkara ini melibatkan aktiviti seperti mentor guru, pemeriksaan kelas, penyimpanan rekod, penilaian kendiri, pemantauan data dan ujian piawai yang diwajibkan sekurang-kurangnya setahun sekali

Malaysia dapat mencapai kecemerlangan pendidikan yang diinginkan dan memberikan impak positif kepada masa depan negara. Malaysia bukan hanya melakukan persediaan dalam menghadapi ujian PISA 2025 tetapi juga membuka lembaran kepada masa depan pendidikan yang lebih dinamik dan berprestasi tinggi

Dr. Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim ialah Felo Penyelidik Komuniti Pendidik Madani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2024/01/10-langkah-tingkatkan-kualiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fadhlina Perlu Bukti Keupayaan Tingkat Pendidikan Negara

Fadhlina Perlu Bukti Keupayaan Tingkat Pendidikan Negara

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 204 hits
Tahun kedua sebagai menteri Fadhlina Sidek akan berdepan kritikan lebih keras jika sektor pendidikan tidak bertambah baik pada 2024 Tahun kedua sebagai menteri Fadhlina Sidek akan berdepan kritikan lebih keras jika sektor pendidikan tidak b...
Rangka Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara Jom Semak Objektif Wacana Strategi Kpt

Rangka Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara Jom Semak Objektif Wacana Strategi Kpt

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 174 hits
Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 5 hingga 6 Januari 2024 telah dirasmikan oleh Perdana nbsp Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini Pelaksanaan program itu sejajar d
Mirzan Dipanggil Sprm Istihar Harta Dalam Dan Luar Negara

Mirzan Dipanggil Sprm Istihar Harta Dalam Dan Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 121 hits
Iswardy Morni Ia menghendaki beliau mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada di dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut kata SPRM dalam kenyataan Ia semakin ...
Foto Unjuk Rasa Aktivis Ham Berdiam Diri Dan Menutup Mata Memperingati 17 Tahun Aksi Kamisan Di Istana Negara

Foto Unjuk Rasa Aktivis Ham Berdiam Diri Dan Menutup Mata Memperingati 17 Tahun Aksi Kamisan Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 213 hits
Aksi Kamisan yang bertema Orang silih berganti aksi Kamisan tetap berdiri itu genap berlangsung selama 17 tahun
Sprm Nafi Siasat Ketua Setiausaha Negara

Sprm Nafi Siasat Ketua Setiausaha Negara

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 199 hits
SPRM nafi siasat ketua setiausaha negara Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Jan 2024 8 45PM
Aset Luar Negara Bukan Rahsia Isteri Daim Tegur Media

Aset Luar Negara Bukan Rahsia Isteri Daim Tegur Media

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 286 hits
MalaysiakiniNaimah Khalid berkata keluarganya tidak pernah menyembunyikan sebarang pemilikan aset luar negara yang diperoleh daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan sejak sebelum suaminya Daim Zainuddin terlibat dalam politik Isteri beka...
Jawatan Kosong Di Kementerian Pendidikan

Jawatan Kosong Di Kementerian Pendidikan

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 158 hits
Jawatan Kosong KPM Pembantu Pengurusan Murid N19 Minima SPM Setaraf Syarat Penuh Cara Mohon
Dasar Pendidikan Digital Kepentingan Amp Teras Pendidikan

Dasar Pendidikan Digital Kepentingan Amp Teras Pendidikan

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 203 hits
Dasar Pendidikan Digital merupakan satu dasar yang diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan generasi fasih teknologi Hal ini demikian kerana pada zaman sekarang kemahiran teknologi sangat penting dalam pembangunan sesebuah...
Huawei Memperkenalkan Barisan Inovasi Tercanggih Untuk Tingkatkan Gaya Hidup Terkini

Huawei Memperkenalkan Barisan Inovasi Tercanggih Untuk Tingkatkan Gaya Hidup Terkini

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 344 hits
HUAWEI Memperkenalkan Barisan Inovasi Tercanggih Untuk Tingkatkan Gaya Hidup Terkini Assalamualaikum semua Pada tanggal 9 Januari 2024 dan bertempat di Level 57 Bangunan The Exchange 106 Huawei telah memperkenalkan barisan inovasi tercanggi...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa