10 Langkah Menangani Stress Dan Tekanan




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hari ini aku nak berkongsi dengan anda semua cara-cara menangani stress atau tekanan. Pastinya semua orang pernah mengalami stress dalam hidup. Ada pelbagai punca sebenarnya bagaimana stress boleh berlaku. Antaranya stress apabila hidup single manakala rakan sekeliling semuanya dah ber couple. Contoh lain adalah stress apabila kereta jiran lebih mahal dan cantik berbanding kereta kepunyaan diri sendiri. 

via GIPHY
Aku sendiri selalu jugak stress bila memikirkan masa depan. Fikir tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan sebagainya. Jadi, aku terbaca satu artikel terbitan sebuah portal tentang cara menangani stress dan aku rasa langkah yang diberikan sangatlah berkesan

APA ITU STRESS??
Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila  tuntutan tidak dapat dipenuhi. Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat

Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres. Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi. Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti

Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan. Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B


via GIPHY
KAEDAH 10B
Kaedah 10B ini adalah :-
bertenangbernafas dengan dalamberkata `rilakslah’/ tak mengapaberibadatbercakap dengan seseorangberurutberehat dan mendengar muzikberiadahbersenamberfikiran positif

Bertenang. >>  Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan,  bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan

Bernafas dengan dalam.>> Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida  dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan

Berkata, ` Relakslah’.>> Cuba katakan pada diri sendiri,  saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu. Bawalah bersabar.  Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres

Beribadat.  >> Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang

Berkongsi perasaan dengan seseorang>> Bercakaplah dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka. Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.  Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda

Berurut.  >> Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres

Berehat dan mendengar muzik. >> Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang  lembut.  Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda   berasa tenang.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan

Beriadah. >> Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres

Bersenam.  >> Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik

Berfikiran positif.>> Stres  juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba  melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri.  Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan

Dengan melakukan kaedah 10B,  kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan. Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek

Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda


via GIPHY
Sumber : myhealth.gov | googleimage | giphy.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/06/10-langkah-menangani-stress-dan-tekanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Visa Berkongsi Beberapa Langkah Untuk Meningkatkan Keselamatan Pembayaran Digital

Visa Berkongsi Beberapa Langkah Untuk Meningkatkan Keselamatan Pembayaran Digital

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 197 hits
Hari ini telah berlangsungnya Sidang Keselamatan Visa Asia Pasifik 2019 di Shanghai Bersempena program tersebut Visa telah berkongsikan beberapa penekanan berhubung peningkatan pada rangkaian produk dan cara menangani risiko pada keselamata...
Langkah Jejaki Jho Low Tidak Akan Didedahkan Sprm

Langkah Jejaki Jho Low Tidak Akan Didedahkan Sprm

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 205 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak akan mendedahkan langkah langkah yang yang diambil dalam usaha mereka menjejaki ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho yang lebih dikenali dengan panggilah Jho Low bagi membant...
Ahli Silap Mata Mungkin Tersilap Langkah Kali Ini

Ahli Silap Mata Mungkin Tersilap Langkah Kali Ini

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 699 hits
Sebenarnya ramai ahli silap mata dalam dunia ini yang gagal melakukan aksi silap mata mereka lagi lagi apabila ia melibatkan aksi yang berbahaya Terkini seorang ahli silap mata India dilaporkan hilang ketika sedang melakukan aksi ikatan kak...
Langkah Langkah Jitu Jadi Ahli Jualan Untuk Para Pedagang

Langkah Langkah Jitu Jadi Ahli Jualan Untuk Para Pedagang

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 311 hits
Sekarang kami akan bahas terkait dengan Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau mempunyai pendapatan ta...
3 Langkah Mudah Cara Menguruskan Janin Keguguran

3 Langkah Mudah Cara Menguruskan Janin Keguguran

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 602 hits
3 Langkah Mudah Uruskan Janin Keguguran 1 Bacakan niatBaca niat Sahaja aku mandikan janin ini kerana Allah SWT Kemudian ratakan air bersih di seluruh badan janin 2 Letakkan 3 helai lapisan kain putihSetelah itu letakkan tiga helai lapisan k...
Paham Lima Langkah Mudah Ahli Jualan Why Not

Paham Lima Langkah Mudah Ahli Jualan Why Not

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 364 hits
Topik kita sekarang adalah Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau mempunyai income tambahan maka re...
Sprmmalaysia Tidak Akan Dedah Langkah Yang Diambil Dalam Jejaki Jho Low

Sprmmalaysia Tidak Akan Dedah Langkah Yang Diambil Dalam Jejaki Jho Low

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 202 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Berikut Langkah Langkah Jago Jualan Yang Kamu Harus Tahu

Berikut Langkah Langkah Jago Jualan Yang Kamu Harus Tahu

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 282 hits
Pembahasan kita kali ini adalah Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki penghasilan tambahan m...
Tips Langkah Penting Menjalankan Bisnes Bundle Secara Online

Tips Langkah Penting Menjalankan Bisnes Bundle Secara Online

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 340 hits
Bundle bukan pakaian tidak bermutu cuma kualitinya berkurang sedikit Saya dan famili antara peminat pakaian bundle Kami tak kesah memakai pakaian kategori pakaian bundle ini apatah lagi bila ianya pakaian yang agak sukar ditemui di kedai da...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp