10 Kelebihan Bisnes Berkonsepkan Affiliate Marketing Yang Tak Terdapat Pada Bisnes Lain


Saya nak sambung sedikit perbincangan terdahulu mengenai topik buat duit dengan program affiliate. Kali ini saya nak sentuh mengenai kelebihan yang terdapat pada program affiliate yang mungkin tak tak terdapat pada model bisnes yang lain.
 
Anda mungkin masih belum yakin untuk mula ceburkan diri dalam bidang ini. Jadi perbincangan kali ini saya nak highlight mengenai kelebihan yang ada pada bisnes yang dibina berkonsepkan affiliate marketing.
 
Ada orang anggap affiliate marketing hanyalah satu kaedah untuk buat duit online. Pada saya pula, affiliate marketing ini adalah suatu bisnes. Apabila dibuat dengan mindset yang betul, income yang terhasil mampu untuk memberikan kita kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
 
Jadi tanpa membuang lebih banyak masa, ini dia kelebihan yang terdapat pada bisnes berkonsepkan pemasaran affiliate.
 
1. Disini terdapat peluang bisnes yang sangat menguntungkan Perniagaan yang bernilai jutaan ringgit turut menawarkan program affiliate. Kenapa agaknya ya?
 
Kita tengok perniagaan yang dimiliki oleh Lazada dan juga Shopee. Laman web mereka (dan juga applikasi mobile) menerima kunjungan dari pengguna sebanyak puluhan juta kunjungan dalam masa sebulan. Orang yang sama mungkin mengunjungi laman web mereka berulang kali dalam masa satu bulan.

Mereka ini sudah popular dan sudah mempunyai reputasi yang baik, namun masih tetap tawarkan program affiliate. Adakah sebab ejen affiliate merupakan antara penyumbang kepada jualan jutaan ringgit yang terhasil? Boleh jadi juga.
 
Pihak syarikat yang offer program affiliate sebenarnya tak rugi apa-apa. Mereka hanya perlu bayar komisen kepada affiliate hanya apabila ada jualan terhasil. Kalau tak ada jualan terhasil, mereka masih dapat benefit melalui free marketing yang dilakukan oleh pihak ejen.
 
Sedangkan kalau tanpa affiliate, syarikat perlu bayar sejumlah kos untuk tujuan pemasaran. So its a free marketing dan hanya perlu bayar bila ada jualan. Itu dipihak penganjur program.
 
Bagi kita selaku ejen, kita boleh tumpang reputasi, jenama dan nama baik yang telah dimiliki oleh syarikat untuk buat duit. Ok, mana satu anda lebih yakin.
 
Beli dari laman web Lazada.com.my atau beli dari laman web WaTaraTipuLaAnjirrrr.com.my?

 
2. Peluang perniagaan yang memerlukan kos permulaan yang rendah Pernah tak anda ditawarkan untuk menyertai suatu peluang perniagaan? Saya rasa pasti jawapan anda pernah.
 
Anda telah pun mengikuti sesi pembentangan mengenai bisnes yang bakal dilakukan. Anda dengar dengan penuh minat dan mula ambil perhatian mengenai risiko, peluang, strategi dan teknik-teknik yang bakal digunakan bagi menjalankan bisnes tersebut.

Kini tibalah masanya untuk anda lancarkan bisnes tersebut. The moment of truth! Muncul pula persoalan yang perlu dijawab oleh setiap bakal usahawan. Berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes tersebut?
 
Terdapat banyak idea bisnes yang hanya kekal diatas kertas disebabkan oleh pemilik idea tersebut tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memulakan bisnes tersebut. Berbeza dengan perniagaan berkonsepkan affiliate marketing.
 
Anda boleh mula ceburkan diri dalam bidang ini, tak kira berapa modal yang anda miliki sekarang.
 
Anda langsung tak ada duit? Tak ada masalah. Sebabnya anda boleh mula join program affiliate tanpa sebarang yuran dan boleh terus mula melakukan kerja pemasaran tanpa perlu keluarkan sebarang kos.
 
Bagaimana caranya? Anda ada akaun Facebook? Ada akaun twitter? Ada whatsapp? Ada wechat? Ya, semua ini anda boleh gunakan untuk tujuan kerja-kerja promosi (atau pemasaran). Tak perlu ada modal langsung pun tak ada masalah.
 
Namun begitu, jika anda ada bajet, gunakan bajet tersebut bagi tujuan pemasaran. Duit tersebut boleh digunakan bagi tujuan berikut
1. Membuat langganan pakej domain dan hosting bagi tujuan membina laman web promosi
2. Melanggan perkhidmatan sistem autoresponder
3. Membuat iklan berbayar sama ada di Google (google adwords) mahupun FB Ads
 
Satu lagi perkara yang saya suka dengan bisnes berkonsepkan affiliate marketing ini ialah, kita boleh mula sedikit demi sedikit. Contohnya pada bulan pertama (atau pada tahun pertama kalau anda betul-betul tak ada duit) anda fokus untuk bina laman web terlebih dahulu. Kos yang diperlukan adalah sebanyak RM60 sahaja setahun.
 
RM60 bukanlah tinggi sangat, sebabnya kalau anda bina laman web (berkonsepkan blog) dengan teknik yang betul, dalam masa kurang dari setahun anda sudah boleh hasilkan pulangan yang berkali ganda lebih besar daripada RM60 yang anda laburkan buat pertama kali.
 
3. Anda tak perlu tunggu jadi PAKAR untuk bermula Ini satu alasan kenapa banyak orang masih tak mula menceburkan diri dalam bidang pemasaran affiliate ini. Mereka kata, “saya tak ada kepakaran”.
 
“Bab-bab komputer saya tak pandai…”
 
Hakikatnya, semua ini cuma alasan. Apa yang anda tak pandai pada hari ini, jika anda luangkan masa at least satu jam setiap hari selama setahun untuk belajar perkara tersebut, cukup setahun anda boleh jadi pakar dalam perkara tersebut. Well… kalau tak pakar sekalipun, anda masih boleh jadi seseorang yang lebih berpengetahuan berbanding sebelumnya.
 
Saya perhatikan alasan “tak pandai”, “tak reti”, “tak pakar” dan sebagainya digunakan terlalu berleluasa. Akhirnya mereka sendiri yang rugi. Sedangkan kalau mereka buang ego dan mulakan untuk belajar affiliate marketing hari ini juga, dalam masa tak sampai setahun mereka akan berjaya hasilkan pendapatan melalui affiliate.
 
…dan kalau anda memilih untuk buat affiliate style blogger seperti saya, In Shaa Allah anda juga akan alami pengalaman dapat duit walaupun tak buat apa-apa. Actually bukanlah tak buat apa-apa langsung, sebenarnya saya sedang mengutip hasil daripada artikel-artikel lama yang pernah saya tulis dalam blog dan masih dibaca hingga ke hari ini.
 
Artikel lama yang saya pernah tulis tu, bolehlah dikatakan sebagai artikel yang evergreen (malar segar). Selagi mana ada orang baca artikel tersebut, dan pembaca ada klik pada link affiliate yang saya paparkan pada artikel tu lalu dia buat pembelian, maka selagi itulah saya akan terus menerima komisen.
 
Jujur saya katakan, apa yang saya “pandai sikit” hanyalah dalam bab-bab menulis sahaja. Bercakap tentang menulis, saya percaya jika anda pernah masuk sekolah rendah, kemudian sambung ke sekolah menengah… bermakna anda juga mempunyai ilmu penulisan yang lebih kurang sama dengan apa yang saya ada.
 
Dari segi bab teknikal, saya memang tak pandai langsung. Malahan, setiap kali blog saya ada masalah, saya akan cepat-cepat hubungi pihak hosting saya (saya langgan servis dari NetKL) untuk bantu selesaikan.
 
Apa yang saya nak sampaikan ialah, tak perlu nak tunggu jadi pakar baru nak mula. Mulakan je sekarang, kemudian dari masa ke masa, boleh tambahkan pengetahuan.
 
4. Pendapatan tambahan Adakah saya dah cakap sebelum ini, yang menerusi program affiliate ini, saya berjaya tambahkan pendapatan saya? (oh saya percaya dah banyak kali saya cakap benda yang sama)
 
Tahun demi tahun, program affiliate makin berkembang. Sebabnya? Ada banyak syarikat yang mula tawarkan program affiliate dan ini membuka peluang kepada kita untuk jana pendapatan tambahan.
 
Satu ketika dulu, bila bercakap mengenai program affiliate, opsyen yang ada hanyalah program affiliate yang mempromosikan produk-produk seperti ebook sahaja. Tapi sekarang, situasinya sudah mula berbeza.
 
Saya berikan anda beberapa contoh.
 
Kalau anda minat travel dan pergi bercuti, anda boleh promosikan bilik hotel yang pernah anda menginap, homestay, guesthouse dan sebagainya. Ini boleh dilakukan menerusi program affiliate yang ditawarkan oleh Agoda, booking.com, hotels.com, airbnb dan banyak lagi.
 
Sekiranya anda lebih suka idea menjual beribu-ribu produk, (walaupun jualan setiap produk mungkin cuma mampu berikan sedikit sahaja komisen) anda boleh mula mempromosikan laman web e-commerce yang popular seperti Lazada, Shopee dan banyak lagi.

List dia sangat panjang dan kalau anda minat nak lihat list penuh, boleh daftar sebagai affiliate melalui Involve Asia disini.
 
Ataupun mungkin pada satu hari anda membaca di portal berita tentang keadaan ekonomi semasa dan trend pengangguran yang semakin membimbangkan. Anda nak bantu mereka yang kehilangan kerja dengan cara memberitahu mereka bahawa terdapat syarikat yang sedang mencari pekerja.
 
Anda boleh join program affiliate Adhance dan mula mempromosikan laman web carian kerja Maukerja.MY
 
Orang yang tak bekerja dan masih menganggur ni, kadang-kadang jadi macam tu sebab dia tak tahu dekat luar sana ada majikan yang sedang mencari pekerja.
 
5. Konsep perniagaan yang sangat fleksibel dan tak perlu berikan tumpuan setiap masa Saya suka dengan konsep perniagaan berasaskan affiliate sebab ianya lebih kepada set and forget. Kita setup sekali lepas tu kita boleh tinggalkan ianya berjalan sendiri. Nak lupakan (sekejap) pun boleh. Cuma janganlah sampai hilang ingatan.
 
Pernah satu ketika, saya cek akaun bank saya. Tiba-tiba ada pertambahan duit. Tak adalah banyak sangat adalah dalam RM300 lebih kurang macam tu. Saya pun tak tahu dari mana datangnya duit ini. Bila saya semak nama orang yang buat pembayaran, baru saya tahu rupa-rupanya ia datang dari program affiliate yang pernah saya sertai sebelum ini. Saya pun dah tak ingat pernah join. Tau-tau (lepas sekian lama) dapat pula komisen dari program tersebut.
 
Program affiliate ini tak mengganggu lifestyle saya. Saya hanya perlu berikan tumpuan hanya untuk beberapa ketika sahaja. Mungkin anda kurang jelas. Baiklah ini yang saya maksudkan.
 
Katakanlah, saya minat nak promosikan sebuah ebook berjudul Bisnes Shopee. [sila ke halaman ini]

Apa yang saya akan buat ialah, saya buat satu target. Misalnya saya nak tulis 10, 20, 50 atau 100 artikel yang berkaitan dengan topik Shopee. Perlu saya ingatkan, untuk kaedah pemasaran seperti yang saya gunakan, lagi banyak artikel yang pernah ditulis, lagi cerah peluang untuk hasilkan lebih banyak duit.
 
Katakanlah saya target 50 artikel. Bila dah ada target yang jelas, maka saya pun mula menulis. Akhirnya target tercapai dan saya telah ada 50 artikel yang mempromosikan produk ini. Saya dah boleh stop buat artikel dan mula move on kepada projek lain.
 
Ikut pengalaman saya sebelum-sebelum ini, bila kita dah ada banyak artikel promosi, lazimnya sales akan terhasil dengan sendirinya. Masa tu, kita boleh buat projek lain, dan kalau tak nak buat apa-apa projek sebab nak rileks sahaja pun tak ada masalah.
 
Selagi mana artikel tersebut masih dibaca, selagi mana pembaca klik pada link affiliate lalu buat pembelian, selagi itulah kita akan terus menerus dapat komisen melalui artikel promosi tersebut. Best, kan?
 
6. Bahan promosi disediakan oleh penganjur program Saya tak kata semua penganjur program affiliate akan menyediakan bahan promosi. Namun, kebanyakkan penganjur program akan menyediakan bahan promosi ini untuk anda.
 
Bahan promosi yang saya maksudkan ialah dalam bentuk
i. Video ataupun montaj bagi tujuan pemasaran melalui video
ii. Template email yang anda boleh copy paste untuk anda forward kepada prospek anda
iii. Ayat-ayat yang sesuai untuk anda post di FB sebagai post update
iv. Artikel ringkas yang menerangkan tentang kelebihan produk atau yang berkaitan dengan produk
v. Gambar-gambar produk yang menarik
vi. Banner bagi tujuan pemasaran
 
Penganjur program ini menyediakan semua ini bagi memudahkan kerja-kerja anda. Kalau anda gunakan material yang disediakan dan anda berjaya dapatkan jualan, anda akan dapat komisen manakala penganjur akan dapat untung melalui jualan. Ianya suatu perkara yang boleh kita sifatkan sebagai win-win situation.
 
Jadi, apa lagi alasan anda untuk tak mahu bermula?
 
7. Ada pelbagai teknik pemasaran yang boleh digunakan Walaupun saya lebih gemar menggunakan teknik penulisan artikel (dipanggil juga article marketing atau content marketing) sebenarnya ada banyak lagi teknik pemasaran yang boleh digunakan.
 
Anda boleh guna social media.
Boleh guna Youtube dan buat video.
Boleh guna sistem autoresponder dan mulakan kempen pemasaran emel.
Boleh guna kaedah iklan berbayar, dan iklankan melalui Google Adwords, FBAds dan sebagainya.
Boleh guna khidmat freelancer, dan pandai-pandailah suruh freelancer tu buat marketing bagi pihak anda.
 
8. Boleh mulakan bisnes anda sendiri serta-merta! Konsep bisnes affiliate ini adalah semudah 1, 2 dan 3.
 
Nombor 1, anda daftar sebagai ejen affiliate.
Nombor 2, anda pilih produk yang anda nak promosikan.
Nombor 3, anda buat kerja-kerja pemasaran (atau promosi)
 
Itu sahaja. Sebaik sahaja pendaftaran anda untuk menyertai program affiliate telah diterima, anda sebenarnya sudah mempunyai bisnes anda sendiri. Anda dah boleh mula buat pemasaran.
 
Tak perlu nak tunggu-tunggu.
 
Kalau anda ada blog, anda sudah boleh mula menulis tentang produk yang anda nak promosikan.
Kalau anda ada akaun social media (FB, twitter dan sebagainya) anda sudah boleh mula bercerita tentang produk tersebut.
 
Anda tak perlu pening-pening kepala nak fikir untuk hasilkan produk apa. Perlu diingat, bukan semua produk akan berjaya dan diterima oleh masyarakat. Cuba bayangkan, kalau anda jadi founder produk. Anda telah habiskan ribuan ringgit untuk keluarkan produk.
 
Kemudian anda perkenalkan produk anda dipasaran, dan akhirnya anda dikejutkan dengan hakikat bahawa produk yang anda keluarkan tidak diterima!
 
Tetapi kalau melalui affiliate, kita boleh pilih untuk promosikan produk yang best seller sahaja atau yang sedang viral.
 
9. Anda boleh tawarkan pelbagai jenis produk dalam satu masa Mana lebih baik? Jual satu produk sahaja, atau jual 10,000 produk dalam satu-satu masa? 
 
Orang yang kata fokus jual satu produk sahaja lebih baik, ada hujahnya.
Manakala orang yang kata jual 10,000 produk dalam satu-satu masa adalah lebih baik, juga ada hujahnya.
 
Persoalan yang saya timbulkan ini bukanlah untuk memilih mana jawapan terbaik. Sebaliknya ia terpulang kepada personaliti anda. Anda lebih cenderung untuk suka yang mana?
 
Saya suka kalau boleh fokus jual satu barang sahaja. Tak pening kepala, dan tak perlu serabut nak kaji tentang produk lain.
 
Walaubagaimanapun, setelah Corona Virus melanda Malaysia, saya jadi lebih bersyukur sebab sebelum ini saya pernah menjual lebih dari 100 produk! Sepanjang arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dikeluarkan, jualan untuk produk yang berkaitan dengan percutian (bilik hotel, pakej wifi, tiket bas, tiket kapal terbang, pakej aktiviti, tiket masuk dan sebagainya) LANGSUNG TAK ADA!
 
Saya tak dapat bayangkan, kalau sebelum ini saya cuma bergantung harap pada jualan produk-produk dalam niche tersebut semata-mata… saya ingat mungkin saya juga akan jadi antara individu yang terkesan teruk dari segi ekonomi disebabkan oleh hanya fokus pada satu produk atau perkhidmatan sahaja.
 
10. Pengiraan komisen dan pembayaran adalah secara automatik Last but not least, proses pengiraan komisen dan pembayaran semuanya adalah automatik.
 
Program affiliate klikjer biasanya akan bayar komisen pada minggu pertama setiap bulan.
Program affiliate Lazada akan bayar komisen pada minggu terakhir.
Program affiliate Involve Asia, kita boleh request komisen pada bila-bila masa dengan syarat dah cukup jumlah komisen terkumpul.
Program affiliate Adhance, biasanya akan bayar komisen pada 21hb – 23hb.
Adsense juga akan mula bayar pada 21hb lebih kurang.
 
Jika dibuat dengan strategi yang betul dan dengan bersungguh-sungguh, boleh dikatakan setiap minggu akan ada payment yang akan masuk. Menerima bayaran dari program affiliate adalah moment terindah buat para penggiat bisnes ini. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.
 
Alaaa lebih kurang macam dapat gaji.
 
Cuma bezanya, sebab kita join macam-macam program affiliate, so kita bolehlah tengok yang kita dapat banyak kali payment dalam sebulan, berbanding hanya sekali sahaja payment yang masuk kalau kerja makan gaji.
 
Pada saya, saya tak kira berapa nilai komisen yang masuk. Walaupun cuma masuk RM100 sahaja sekalipun, saya tetap rasa syukur dan seronok! Now, can u imagine, kalau kita join 10 program affiliate, dan setiap program tu pula bayar kita minimum RM1,000! 
 
Saya rasa waktu tu anda juga akan pilih untuk berhenti kerja dan fokus kepada affiliate marketing sahaja hahaha.
 
Baiklah saya harap 10 kelebihan yang datang bersama dengan program affiliate ini cukup untuk meyakinkan anda untuk mula buat duit dengan program affiliate. Percayalah, setiap orang boleh berjaya. Kalau setakat nak hasilkan komisen sebanyak RM100 (sebagai permulaan) ianya tak begitu susah.
 
Buktinya?
 
Ini screeenshot dari program Accesstrade yang saya sertai.

Saya cuma promote “main-main” je kat FB, dah boleh dapat RM122.
 
Saya kata nak buat duit dengan program affiliate ini tak susah untuk saya, sebab saya dah pernah ada pengalaman. In fact salah satu sumber pendapatan saya adalah dari program affiliate.
 
Kalau anda masih baru, dan tak pernah tahu apa tu affiliate sebelum ini, mungkin anda akan rasa lebih susah. Itu normal. Saya pun pernah berada dalam situasi tersebut. Cuma janganlah cepat mengalah.
 
Teruskan usaha. Asalkan anda tahu, apa yang anda buat tu betul. Strategi yang digunakan, juga betul. Maka teruskan buat promosi. Nanti bila anda dah ada pengalaman, percayalah cakap saya, anda juga akan rasa… ala setakat nak hasilkan RM100 dalam masa sebulan tu senang jer. Walaupun tak berapa serius buat marketing pun tetap boleh dapat.
 
Kadang-kadang ada yang hantar emel dan hubungi saya menerusi FB sebab nak belajar dengan lebih mendalam cara nak buat duit menerusi program affiliate dengan saya.
 
Maaf sebab terpaksa mengecewakan anda. Saya bukan tak nak ajar, tapi anda kena faham, saya bukannya cikgu dan saya tak pernah buka slot untuk buat kelas, personal coaching dan sebagainya. Saya tak ada masa dan komitmen kearah itu.
 
Namun, saya bukanlah kedekut ilmu. Saya dah curahkan apa yang saya tahu tentang selok belok buat duit online dalam blog saya. Rajin-rajinkanlah diri untuk baca artikel terdahulu yang saya pernah tulis sebelum ini. Dekat sana ada banyak yang saya dah kongsikan.
 
Baca, fahamkan dan cuba praktikkan. Kalau betul-betul tak faham, boleh hubungi saya dan tanyalah soalan yang spesifik. Apa masalah anda dan dekat mana yang tak faham.
 
Kalau setakat tanya “cam mana yer nak buat affiliate ni?” dan anda minta saya terangkan melalui whatsapp… anda fikir saya ada masa untuk semua tu? Letakkan diri anda dalam situasi saya, dan anda fikirlah wajarkah saya melayan pertanyaan tersebut sedangkan jawapan dah ada dalam blog saya.
 
Akhir kata, kalau anda nak jadi seorang super affiliate dan hasilkan komisen sampai ratusan ribu ringgit, bolehlah belajar dari tiga individu ini.

Adilah pernah hasilkan RM170,966.90
Halim dah berjaya dapat RM90,250.00
Shahrul dapat RM82,589.70
 
Komisen affiliate mereka ini, boleh buat beli kereta secara cash. Minat nak belajar dengan mereka, boleh baca dilaman web mereka disini.
 
Baik itu sahaja buat masa ini. Semoga ada manfaat untuk kalian.
 
 
The post 10 Kelebihan bisnes berkonsepkan Affiliate Marketing yang tak terdapat pada bisnes lain appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/kelebihan-bisnes-affiliate-marketing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gara Gara Abu Rokok Pemotor Lain Mata Pengendara Ini Diperban

Gara Gara Abu Rokok Pemotor Lain Mata Pengendara Ini Diperban

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 407 hits
Baru baru ini dunia Twitter dihebohkan cuitan akun iibaaan yang mengisahkan matanya terluka karena abu rokok pengendara motor lain Dia menceritakan mata kanannya terasa perih dan panas karena terkena abu rokok yang dibuang sembarangan Matan...
Saya Perlu Cari Jalan Lain Untuk Jadi Pm Mahathir

Saya Perlu Cari Jalan Lain Untuk Jadi Pm Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 439 hits
PETALING JAYA Dengan penolakan PKR terhadap cadangan gandingan Mahathir Anwar Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pengunduran daripada Pakatan Harapan selain tidak mahu lagi berbincang dengan PKR Walaupun menolak perundingan dengan Datuk Se...
Orang Lain Sibuk Tanam Snake Plant Kami Sibuk Tanam Kaktus

Orang Lain Sibuk Tanam Snake Plant Kami Sibuk Tanam Kaktus

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 496 hits
Baru berjinak jinak dengan hobi menanam kaktus Nampak macam mudah tapi cerewet juga penjagaannya Nakkan cahaya matahari tapi tak mahu hujan atau air banyak Kalau pokok pokok hiasan yang lasak boleh saja tanam dan biarkan di tempat terbuka K...
Video Lihat Gelagat Pak Cik Ini Bila Hampir Tersalah Masuk Kereta Orang Lain Lawak

Video Lihat Gelagat Pak Cik Ini Bila Hampir Tersalah Masuk Kereta Orang Lain Lawak

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 402 hits
Mesti ramai yang pernah hadapi situasi macam ni kan small Cover image via Twitter InnaKoha span span small Setiap orang mesti pernah mengalami pengalaman lucu dalam hidupnya Jika diingat kembali ada kejadian lucu tersebut boleh dianggap seb...
Transportasi Darat Dinilai Banyak Alami Masalah Dibanding Angkutan Lain

Transportasi Darat Dinilai Banyak Alami Masalah Dibanding Angkutan Lain

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 287 hits
Direktorat Jenderal Perhubungan Darat Kementerian Perhubungan menyampaikan bahwa transportasi darat itu berbeda dengan moda transportasi udara laut dan kereta api Transportasi darat itu lebih luas cakupannya sehingga dalam pengaturannya per...
Anwar Saya Tak Berkomplot Macam Sesetengah Yang Lain

Anwar Saya Tak Berkomplot Macam Sesetengah Yang Lain

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 257 hits
Anwar Saya tak berkomplot macam sesetengah yang lain 28 Jun 2020Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membuat komplot di belakang seperti sesetengah yang lain berhubung pertemuannya dengan beberapa pemimpin Perikatan Nasional Saya...
Bunga Ros 12 Kuntum Rm20 Sahaja Fresh Flowers Lain Di Kedai Bunga Pasar Seni Ini Wah

Bunga Ros 12 Kuntum Rm20 Sahaja Fresh Flowers Lain Di Kedai Bunga Pasar Seni Ini Wah

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 504 hits
Pernah tak rasa macam down sedih tak bersemangat dalam kehidupan seharian Masa tu mesti rasa macam tak tahu nak buat apa buntu fikiran pun kusut dan sebagainya Anda pernah terfikir tak untuk menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang mu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities