10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin



APABILA seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Pelbagai perasaan menakhluki hati sebelum membina masjid.  Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.



Ini antara janji Allah untuk anda yang ingin berkahwin.

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,...

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim)....

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah....

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah...

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita....

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.... (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim...http://malaysiakiter.blogspot.com/feeds/posts/default

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiakiter.blogspot.com/2015/01/10-janji-allah-kepada-mereka-yang-ingin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Janji Allah Dengan Istighfar

Janji Allah Dengan Istighfar

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 128 hits
JANJI ALLAH DENGAN ISTIGHFAR SESUNGGUHNYA DIA MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENERIMA TAUBAT
Janji Rezeki Allah Carilah Rezeki Yang Halal

Janji Rezeki Allah Carilah Rezeki Yang Halal

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 231 hits
RASULULLAH s a w bersabda yang maksudnya Sesungguhnya roh al Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S W T kepadanya Maka takutlah kepada Allah S W T dan berusahalah ...
Lelaki Dengan Aplikasi Delete Mereka

Lelaki Dengan Aplikasi Delete Mereka

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 123 hits
Apa kaitan formula di atas Senang je Orang lelaki suka delete perkara yang remeh temeh yang tak masuk akal yang tak penting dan sebagainya Berbanding orang perempuan yang suka sangat save save save save Bila memory full mula lah ada yang me...
Untuk Mereka Yang Bergelar Serikandi

Untuk Mereka Yang Bergelar Serikandi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 150 hits
Salam semua Akak terjumpa drawing yang comel ni masa berblogwalking tadi Sangat sangat comel dan yang penting isi yang hendak disampaikan Akak dah pun memasuki fasa ke 3 sebagai seorang ibu masa yang berlalu bagai tak terasa mood bersyukur ...
Tentara Israel Memberi Makan Anjing Mereka Dengan Tubuh Anak Gaza

Tentara Israel Memberi Makan Anjing Mereka Dengan Tubuh Anak Gaza

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 166 hits
Berita ini dilaporkan dari sebuah laman web Tingkah laku keji dari tentera Israel laknatullah Seorang anak kecil mangsa bom Israel insya Allah syahid dengan darah disekujur tubuhnya kemudian ibu bapanya berusaha menyelamatkan jasad anaknya ...
Ciumlah Anak Anak Dan Gembirakan Mereka

Ciumlah Anak Anak Dan Gembirakan Mereka

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 162 hits
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak anak anda boleh digelar kanak kanak atau kupu kupu syurga Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah Orang yang menan...
Jawapan Kepada Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat

Jawapan Kepada Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 408 hits
Sejak akhir akhir ini saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu isu aurat Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung Bagaimana nak memberi kefahaman kep...
Ini Lah Oerangai Para Lebai Kalau Kena Pada Mereka Bukan Main Lagi Kalau Kena Pada Orang Lain Cepat Saja Menghukum

Ini Lah Oerangai Para Lebai Kalau Kena Pada Mereka Bukan Main Lagi Kalau Kena Pada Orang Lain Cepat Saja Menghukum

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 134 hits
Pemimpin Pas kata arak Timah bukan isu besarNovember 16 2021 Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah berpendapat isu jenama wiski Timah bukanlah isu yang perlu diperbesarkan Secara asas katanya sudah diketahui bahawa jenama itu m...
Ayah Yang Hebat Akan Jadikan Anak Lelaki Mereka Hebat Anak Suka Contohi Ayahnya

Ayah Yang Hebat Akan Jadikan Anak Lelaki Mereka Hebat Anak Suka Contohi Ayahnya

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 360 hits
Selama ini kita mungkin menganggap ibulah yang lebih penting dalam sebuah rumah tangga kerana ibu banyak meluangkan masa dengan anak berbanding ayah Dalam sebuah kajian oleh Father Involvement Research Alliance telah menunjukkan bahawa bayi...
Validating Your Startup Idea

Kena Scam Dengan Sakinah Top Fb

Pengalaman Menambah Nilai Kad Touch N Go Di Caring Pharmacy

Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

Hiburan You Touch You Go Pengerusi Mara Beri Amaran Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Pembuli

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

Rachel Zegler S Legs And Feet In Tights 6


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Upah Wartawan Laporan Syarikat Tersebar Peminat Bengang Lihat Rancangan Hybe Untuk Jatuhkan Lisa Bp

Nohhhhhh Aaaiiiiihhhhh

Pmx Sound Direct Isu Nafas

Aafiyah Tamat Tadika Siti Nurhaliza Kongsi Kegembiraan

Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Bahayakah Tekanan Darah Rendah