10 Idea Gubahan Hantaran Yang Paling Trending Tahun Ini


 Salam to all readers,


| 10 Idea Gubahan Hantaran Yang Paling Trending Tahun Ini |  Kahwin? Bila sebut je pasal kahwin, pasti kita dah terbayang pelamin yang cantik, hantaran yang lawa-lawa, dan paling penting majlis repsepsi yang simple dan elegan gitu. Kalau dulu sewaktu kecik-kecik aku rajin gila follow mak aku, arwah nenek ke majlis perkahwinan. Salah satu sebab aku pergi bukan sebab makan, tapi nak tengok pelamin dan pengantin termasuk bilik pengantin. Teruja ya ampun bila dapat masuk bilik pengantin. Sekarang bila musim coronaaa datang menyembah bumi, banyak pengantin cut cost so dorang lebih prefer penyediaan hantaran perkahwinan. 


Hantaran perkahwinan merupakan pertukaran hadiah kepada bakal pasangan masing-masing sebagai permulaan hidup bersama. Mostly hadiah yang diberi adalah hadiah yang diminati dan sering digunapakai oleh pasangan masing-masing. Yang menjadi tumpuan orang ramai adalah cara menghiaskan hadiah tersebut dalam dulang hantaran, macam mana kita nak persembahkan barangan tersebut pada keluarga pasangan. Hari bahagia mesti nak rakan sesuatu yang cantik kan?


Ikut adat Melayu, barang hantaran adalah 1 kewajiban bagi setiap pengantin. Kebiasaan, pihak lelaki akan menghantar tepak sirih kepada perempuan, manakala sireh junjung pula balasan daripada pihak perempuan. Sirih junjung inilah yang menjadi keutamaan pada majlis perkahwinan sekitar tahun 90-an dan kebawah. Tapi kini, orang lebih prefer memberi barangan hantaran yang lain selain sirih junjung.


Kalau orang dulu, bagi hantaran atas pahor


Hantaran perlu diberi dalam nombor ganjil. Dan perempuan wajib membalas lebih daripada pihak lelaki. Dimana, sekiranya pengantin lelaki memberi 5 dulang hantaran, perempuan harus membalas 7 dulang hantaran. Ingat, hantaran wajib nombor ganjil!


Kebiasaaannya, hadiah hantaran perkahwinan terdiri daripada handbag, jam tangan, coklat, kek, handphone, buah-buahan, pakaian, sireh junjung, wang hantaran dan macam-macam lagi. 


Berikut adalah 10 Idea Gubahan Hantaran yang tengah trending pada tahun ini. Gubahan ini bukan sahaja sesuai untuk hantaran perkahwinan sahaja, kalau majlis pertunangan pun boleh buat juga! Ayuh tengok idea gubahan hantarannya.

10 Idea Gubahan Hantaran Yang Paling Trending Tahun Ini

1) Gubahan Hantaran Menggunakan Gift Box



Gubahan hantaran menggunakan gift box semakin popular digunakan oleh bakal pengantin. Ianya lebih praktikal dan mudah digayakan dengan pelbagai cara. Penggunaan gift box sebagai hantaran tidak memerlukan hiasan yang sarat, hanya perlu memastikan gift box yang kita gunakan sama size untuk setiap hantaran biar ia nampak sekata sahaja dengan hantaran lain.


Gift box ini korang boleh pilih sama ada nak yang terbuka ataupun ambil sekali dengan bahagian penutup. Kedua-dua boleh digunakan dan tampak menarik bila digayakan. Hiasan tambahan pada gift box adalah seperti bunga, reben, tali rustik, bunga tiruan pun boleh digunakan sebagai hiasan. Paling penting sekali, pemilihan warna kotak juga memainkan peranan penting, justeru pilihlah gift box hantaran yang bersesuaian dengan tema perkahwinan korang.


Untuk dapatkan gift box hantaran berpatutan, boleh dapatkan di sini: https://shp.ee/4u3ur8d

2) Gubahan Hantaran Menggunakan Kayu Pallet


Buat pengantin yang suka akan gubahan hantaran yang simple-simple, gubahan hantaran menggunakan kayu pallet la yang paling sesuai. Gubahan hantaran menggunakan kayu pallet ini semakin menjadi pilihan orang ramai. Kerana ia ukiran kayu dia tampak menarik. 


Hantaran seperti ini sesuai digayakan dengan tema majlis ala-ala rustik. Kalau korang guna kayu pallet ini janganlah buang lepas habis majlis, sebab kayu pallet ini juga sesuai dijadikan hiasan dalam rumah juga tau. Kayu pallet ini mudah didapati dan harganya juga berpatutan.


Korang boleh dapatkan kayu pallet ini di sini: https://shp.ee/k2785cd

3) Gubahan Hantaran Menggunakan Duit


Kebiasaannya pengantin akan bagi duit hantaran dalam bentuk cek/mock-up atas dulang hantaran. Now, korang boleh guna duit sebenar dan dilipat dalam pelbagai bentuk untuk menampakkan kreativiti.


Ikutkan, duit hantaran ini boleh digayakan dalam pelbagai bentuk selain menjadikannya bentuk bunga. Antara, bentuk korang boleh jadikan adalah seperti bentuk hati, kupu-kupu, kek, masjid dan banyak lagi.Korang boleh gubah dengan pelbagai jenis hiasan menggunakan duit hantaran. Kalau tak ada idea nak gubah duit hantaran menjadi bentuk menarik? Korang boleh godek google then type "origami duit kertas" nanti bersepah keluar.


Kalau taknak buat sendiri, boleh je beli gubahan hantaran seperti ini di Shopee: https://shp.ee/vac5wed


4)  Gubahan Hantaran Menggunakan Bakul
Selain itu, bakal pengantin juga boleh menggunakan bakul sebagai hiasan hantaran. Penggunaan bakul lagi senang, Korang boleh buat sendiri dekat rumah, hanya perlu sediakan bakul yang sesuai untuk mengisi barang hantaran, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Biar ia nampak teratur tersusun dalam bakul.


Korang hanya perlu letak-letak sahaja barangan dalam bakul then dah siap. Kalau nak lagi berseri boleh juga tambah reben, bungai di tepii bakul ataupun tangkai bakul. Mana-mana pun boleh. Anda perlu tahu barang apa nak letak dalam bakul tersebut, dan pemilihan size bakul juga sangat penting tau. So, kalau korang mencari bakul hantaran boleh dapatkan di sini: https://shp.ee/rmxdppv


5) Gubahan Hantaran Menggunakan Bekas Terrarium


Bagi bakal pengantin yang menggunakan tema garden, gubahan hantaran menggunakan bekas terrarium ini sesuai dengan tema korang! Korang boleh tambah dengan hiasan bunga segar/bunga tiruan dikeliling dulang hantaran supaya gubahan hantaran bekas terrarium korang naik seri! Orang lalu mesti toleh sampai 2x punya.


Korang boleh dapatkan bekas terrarium ini di sini: https://shp.ee/9dzn6wv


6) Gubahan Hantaran Menggunakan Kain (Hidden Hantaran)





Ini salah satu hantaran yang aku paling suka, iaitu hidden hantaran. Hidden hantaran ini cukup popular di negara Indonesia, dan orang zaman dulu dah guna konsep ini lama dah. Now, tetiba trending balik dan ramai meminati gubahan hantaran sebegini.


Ada yang balut hantaran menggunakan kain batik, ada yang balik guna kain tudung dan tidak ketinggalan ada yang balut dengan kain satin, kain lace yang simple tanpa corak pun ada. Kain yang digunakan adalah sama untuk kesemua gubahan hantaran. Ada juga yang letak kotak kosong dalamnya, dorang hanya gubah hantaran bagi lelawa sahaja. Untuk menampakkan serinya lagi, boleh juga selitkan dengan bunga ataupun kerongsang besar ditengah-tengah ikatan kain.


Kalau korang tak rajin nak buat sendiri, boleh juga beli hidden boxnya di sini: https://shp.ee/tg9hafd


7)  Gubahan Hantaran Menggunakan Polisterin Bantal



Selain itu, ada juga bakal pengantin yang banyak masa untuk menyediakan hantaran sendiri dengan D.I.Y  hantaran menggunakan polisterin bantal. Polisterin bantal ini cukup popular dari zaman pakcik makcik aku kahwin sehinggalah ke hari ini.


Mudah sahaja gubahan hantaran guna polisterin versi bantal ini. Korang hanya perlu beli polisterin, kain pembalut mengikut warna tema majlis, gam uhu untuk lekatkan kain pada polisterin. Polisterin ini mudah je nak cari, ada di GM Klang, GM Chow Kit, nak senang cari di Shopee.


Polisterin ini dah tersedia dengan pelbagai bentuk untuk dijadikan tapak hantaran. Terdapat pelbagai size yang terdapat dipasaran untuk korang membuat pilihan. Yang cukup popular orang ambil size empat segi empat ataupun jenis bulat. Kalau korang nak nampakkan seri gubahan polisterin bantal ini bolehlah hiaskannya dengan bunga tiruan mengikut kreativiti korang.


Dapatkan polisterin murah di sini: https://shp.ee/d2nvbvd

8) Gubahan Hantaran Versi Tradisional



Gubahan hantaran sirih junjung antara benda wajib dalam istiadat tradisional perkahwinan orang Melayu. Pendek cerita, tanpa hantaran sirih junjung ini maka tak lengkaplah sebuah majlis tersebut. Sirih junjung ini ibarat hantaran utama a.k.a "kepala utama" bagi kedua-dua belah pihak. Kebiasaannya, pihak perempuan yang bagi sirih junjung kepada pihak lelaki, mana lelaki akan membalas dengan tepak sirih

Sirih junjung ini boleh digayakan dengan pelbagai bentuk, ada yang gayakan dengan membuat bentuk jambangan bunga, masjid dan lain-lain lagi. Aku ada nenek saudara yang mempunyai tangan ajaib dalam bab menghias hantaran ini. Nak naikkan seri hantaran sirih junjung ini boleh juga tambah dengan bunga-bunga fresh seperti bunga mawar, dahlia, kekwa, lily dan banyak lagi. Gubahan sirih junjung bukan sahaja cantik dipandang, malah wangi setaman baunya


Dapatkan sirih junjung di sini: https://shp.ee/644cu7v

9)  Gubahan Hantaran Hamper/Hadiah


Kalau rasa-rasa nak dapat hantaran versi kejutan, boleh juga guna style gubahan hantaran versi hamper. Biasa kita dapat hamper bila menjelang Hari Raya, tak kiralah raya Melayu, Cina, or India sekalipun pasti akan dapat hamper. Lagi-lagi bila kita ramai connection pasti ramai saling bertukar-tukar hamper.


Bestkan dapat hamper? Macam-macam ada dekat dalam. Gubahan hantaran versi hamper ini lagi senang, just letak sahaja barang-barang hantaran dalam bakul ataupun letak dalam dulang lalu dibalut seperti hamper.


Nak nampak kemas balut hamper menggunakan kain neylon yang lembut supaya ia senang membalut hantaran korang tu. Antara kelebihan kalau guna kain jenis neylon ini adalah kainnya nampak lebih flowy dan cantik bila dah dibalut nanti, barang hantaran pun jelas kelihatan lepas balut dengan kain neylon.  Tinggal korang hanya perlu membuat pilihan bijak dalam pemilihan warna untuk menampakkan seri hantaran.


Dapatkan kain neylon di sini: https://shp.ee/eu9w6wv


10)  Gubahan Hantaran Guna Sangkar


Buat bakal pengantin yang menggunakan tema English style, hantaran menggunakan sangkar burung inilah pilihan terbaik buat anda. Gubahan hantaran sangkar burung ini dapat menaikkan lagi seri tema risepsi majlis korang tau.


Untuk dapatkan sangkar burung seperti di atas boleh dapatkan di sini: https://shp.ee/7cmj2hv


Pada mereka yang masih tiada idea untuk gubahan hantaran perkahwinan, semoga konsep idea di atas dapat membantu korang semua! Makesure, gubahan hantaran korang seiring dengan tema perkahwinan korang supaya tak nampak janggal nanti.


Jangan lupa share entry ini kepada kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara korang yang bakal mendirikan rumahtangga! 


Thank you for reading guys!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2022/02/10-idea-gubahan-hantaran-yang-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Godzilla Vs Kong Jadi Filem Paling Banyak Dicetak Rompak Bagi Tahun 2021

Godzilla Vs Kong Jadi Filem Paling Banyak Dicetak Rompak Bagi Tahun 2021

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 193 hits
Filem aksi Godzilla vs Kong menjadi filem yang paling banyak dicetak rompak bagi tahun 2021 mengalahkan filem seperti Zack Snyder s Justice League dan Black Widow Filem aksi yang menggabungkan dua raksasa lagenda itu merupakan antara filem ...
8 Idea Hantaran Pertunangan Perkahwinan Mudah Dicari Menerusi Online

8 Idea Hantaran Pertunangan Perkahwinan Mudah Dicari Menerusi Online

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 181 hits
Salam to all readers 8 Idea Hantaran Pertunangan Perkahwinan Mudah Dicari Menerusi Online Bulan 1 bulan 2 tahun ini adalah bulan yang sibuk dengan majlis perkahwinan mesti timeline IG story sosial media korang penuh dengan gambar kawen kan ...
Pertama Kali Bulgasal Dinobat Drama Paling Trending Kini

Pertama Kali Bulgasal Dinobat Drama Paling Trending Kini

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 236 hits
Masuk minggu baru Good Date Corporation telah meriliskan senarai drama dan pelakon yang paling popular kini Untuk minggu ketiga Januari Bulgasal buat pertama kali berjaya merebut tempat pertama ranking itu 1 tvN Bulgasal 2 SBS Our Beloved S...
Lee Joon Lee Jinwook Dinobat Pelakon Paling Trending Bulgasal Jadi Drama Popular Kini

Lee Joon Lee Jinwook Dinobat Pelakon Paling Trending Bulgasal Jadi Drama Popular Kini

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 201 hits
Untuk minggu pertama Februari Good Data Corporation telah meriliskan senarai drama dan pelakon yang paling popular kini Selepas ditolak Our Beloved Summer minggu lalu Bulgasal kembali merebut tempat pertama ranking itu 1 tvN Bulgasal 2 KBS2...
12 Tembakan Pembunuhan Malam Tahun Baru Cina Di Seberang Perai

12 Tembakan Pembunuhan Malam Tahun Baru Cina Di Seberang Perai

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 193 hits
SEBERANG PERAI Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dengan kira kira 12 kesan tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Baru Perai di sini malam tadi Mangsa berusia 31 tahun itu ditemui dalam keadaan t...
Zahid Harap Tahun Baharu Cina Akan Perkukuh Muafakat Rakyat

Zahid Harap Tahun Baharu Cina Akan Perkukuh Muafakat Rakyat

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 189 hits
Zahid Harap Tahun Baharu Cina Akan Perkukuh Muafakat Rakyat Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini akan memperkukuh kemuafakatan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa dan...
Anies Harap Tahun Baru Imlek Kian Mempererat Persaudaraan Antarwarga

Anies Harap Tahun Baru Imlek Kian Mempererat Persaudaraan Antarwarga

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 179 hits
Menurut Anies shio macan diyakini sebagai simbol kekuatan dan simbol keberanian Selain itu juga simbol ketangguhan dalam menghadapi berbagai macam tantangan
Tahun Harimau Diharap Bawa Kemakmuran Kesejahteraan Pm

Tahun Harimau Diharap Bawa Kemakmuran Kesejahteraan Pm

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 154 hits
Tahun Harimau diharap bawa kemakmuran kesejahteraan PM Tahun Harimau sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini diharapkan terus mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini selain membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada Keluarga Ma...
Benarkah Kanak Kanak Lelaki Umur 10 Tahun Belum Akil Baligh Boleh Buat Gadis Mengandung

Benarkah Kanak Kanak Lelaki Umur 10 Tahun Belum Akil Baligh Boleh Buat Gadis Mengandung

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 204 hits
February 1 2022 Seorang gadis 14 tahun yang tular pada Januari lalu susulan mengakui mengandungkan anak kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun selamat melahirkan bayinya baru baru ini Bagaimanapun tembelangnya terpecah apabila ada seo...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas