1 5 Juta Pks Bakal Gulung Tikar




KUALA LUMPUR: Terdesak dan terhimpit. Itu yang dialami sebahagian besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro di negara ini untuk membayar semula pinjaman apabila moratorium tamat 30 September ini.
Malah, mereka juga berkemungkinan menutup perniagaan atau diisytihar muflis sekiranya beban hutang yang ditanggung tidak mampu dilunaskan kepada pihak bank sekali gus memburukkan lagi kadar pengangguran di negara ini.
Lebih membimbangkan, dijangkakan 1.5 juta usahawan PKS bakal gulung tikar jika tiada sebarang keputusan dibuat oleh pihak kerajaan, tegas Ke­tua Sekretariat Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Datuk Zainal Abidin Abd. Majid.
Menurut beliau, kira-kira 70 peratus usahawan termasuk 500,000 ahlinya di seluruh negara baru sahaja menjalankan operasi perniagaan dan me­ngumpul modal sejak Jun lalu selepas perniagaan ditutup susulan krisis Covid-19.
“Jumlah itu terdiri daripada penjaja yang berniaga secara membuka gerai atau di tepi jalan dan kawasan yang tidak memerlukan sewaan premis termasuk berniaga dari rumah. Rata-ratanya berusaha mencuba pelbagai cara untuk terus mengekalkan perniagaan.
“Selain perlu membayar hutang, mereka turut mengeluarkan perbelanjaan untuk isi rumah walaupun tiada keuntungan atau wang masuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat melanjutkan moratorium kepada peniaga. Saya kira, bantuan moratorium ini lebih mustahak daripada perkara lain kerana buat masa ini peniaga hanya memerlukan bantuan pinjaman sahaja. Kebanyakannya sudah memulakan operasi dan dalam usaha menstabilkan ekonomi perniagaan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Beliau juga menjangkakan 80 peratus usahawan akan terus beroperasi semula seperti biasa pada Disember ini jika moratorium dapat dilanjutkan manakala sebanyak 20 peratus pula akan terus menutup atau menghentikan perniagaan.
“Sukar untuk menjalankan operasi jika usahawan terbeban dengan hutang. Berikutan itu, kira-kira 20 peratus usahawan yang terlibat dengan sewaan premis antara yang akan menutup perniagaan,” katanya.
PKS termasuk perniagaan mikro adalah tunjang kepada ekonomi negara dengan sumbangan hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan menjana lebih 70 peratus pekerjaan dalam negara.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), keseluruhan pembiayaan PKS berjumlah RM287.3 bilion setakat Mei tahun ini.
Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), kerajaan meneruskan pemberian geran dan pinjaman berjumlah RM700 juta kepada PKS dan syarikat pada peringkat per­tengahan untuk membolehkan lebih banyak syarikat melanggan atau menggunakan per­khidmatan digitalisasi.
Ini termasuk RM100 juta membabitkan Geran Padanan Digital PKS yang akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi; RM500 juta di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah dan RM100 juta Geran Automasi Pintar di mana syarikat yang layak akan me­nerima geran sehingga RM1 juta.
Dalam usaha membantu PKS terbabit dalam sektor kepenti­ngan yang disasarkan, sektor perbankan juga menawarkan dana tambahan sebanyak RM2 bilion melalui Skim Pembiayaan PKS Penjana.
Presiden Persatuan PKS, Datuk Michael Kang Hua Keong berkata, usahawan PKS dan mikro kini cuba berusaha mencari rentak baharu dalam meneruskan perjuangan perniagaan bagi memastikan kelangsungan hidup selepas menghadapi penurunan ketika tempoh PKP, Mac lalu.
“Jika PKS tidak dapat membangunkan perniagaan dan menaikkan jualan mereka pada September dan Oktober ini, berkemungkinan besar mereka tidak dapat membayar pinjaman malah berpotensi tinggi untuk menutup operasi dan muflis.
“Kita boleh anggarkan se­banyak 20 hingga 30 peratus PKS akan menutup perniagaan dan diisytihar muflis jika pelbagai usaha telah dilakukan sejak Jun lalu tidak berhasil pada ­Disember nanti,” katanya.
Beliau memberitahu, usahawan PKS juga telah melaksanakan pemotongan gaji dan pemberhentian pekerja bagi memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak berakhir begitu sahaja.
Bagaimanapun, katanya, sebanyak 30 peratus lagi usahawan PKS yang menjalankan sektor perniagaan antaranya e-dagang, logistik dan farmaseutikal mampu membayar semula pinjaman berikutan mereka tidak terjejas dan amat diperlukan ketika Covid-19.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata, sektor pembuatan dijangka terus berhadapan cabaran besar dalam tempoh enam bulan akan datang selepas terjejas teruk akibat penularan pandemik Covid-19.
Katanya, ketidakupayaan pemain industri itu untuk ­beroperasi di samping berhadapan kekangan kepada rantaian bekalan, permintaan dan penghantaran barangan membuatkan sektor berkenaan dilihat berdepan kesukaran untuk pulih dengan pantas.
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/15-juta-pks-bakal-gulung-tikar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Pks Sebut Bakal Usung Idris Di Pilkada Depok Diduetkan Dengan Kader

Presiden Pks Sebut Bakal Usung Idris Di Pilkada Depok Diduetkan Dengan Kader

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 185 hits
Presiden PKS Sohibul Iman mengatakan pihaknya akan mengusung petahana Mohammad Idris di Pilkada Depok Namun kepastiannya akan diumumkan oleh DPD PKS Depok
Bangkit Teruskan Hidup Walau Jari Dipotong Kedai Gulung Tikar Anak Beranak Tukang Kasut Sangat Terkesan Dengan Pkp

Bangkit Teruskan Hidup Walau Jari Dipotong Kedai Gulung Tikar Anak Beranak Tukang Kasut Sangat Terkesan Dengan Pkp

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 403 hits
Bangkit teruskan hidup walau jari dipotong kedai gulung tikar anak beranak tukang kasut sangat terkesan dengan PKPRabuKedai kasut Ghafur terpaksa ditutup sepanjang PKP dan kini sudah kembali beroperasi BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga Be...
Akui Hilang Pendapatan Lumayan Chanel Sugu Pavithra Bakal Beraksi Petang Ini

Akui Hilang Pendapatan Lumayan Chanel Sugu Pavithra Bakal Beraksi Petang Ini

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 521 hits
Ramai yang kata mereka kesal dengan tindakan pasangan suami isteri yang memadam semua 98 video masak di chanel Sugu Pavithra Ada yang berasa sedih sebab tak sempat lagi ikut resipi yang dikongsikan oleh Sugu dan Pavithra Namun berita yang d...
Dianggap Berpotensi Melunturkan Budaya Korut Kim Jong Un Bakal Hukum Warganya Yang Nonton Drakor

Dianggap Berpotensi Melunturkan Budaya Korut Kim Jong Un Bakal Hukum Warganya Yang Nonton Drakor

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 227 hits
Coba bayangin gimana rasanya cuma gara gara nonton drama Korea aja terus dihukum berat ngeri banget sih ya Korea Utara ini
Sugu Pavithra Bakal Buat Kemunculan Semula

Sugu Pavithra Bakal Buat Kemunculan Semula

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 237 hits
Peminat YouTuber sensasi Sugu Pavithra boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat lewatnya pada petang ini M Sugu 29 berkata beliau menjangkakan video baharu akan dimuat naik di YouTube Sugu Pavithra pada petang ...
Kisah Pasangan Kakek Nenek Yang Gaya Modisnya Viral Sedunia 10 Ootd Ini Bakal Membuatmu Terpana

Kisah Pasangan Kakek Nenek Yang Gaya Modisnya Viral Sedunia 10 Ootd Ini Bakal Membuatmu Terpana

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 344 hits
Sebagai pemilik laundry mereka punya banyak baju bekas pelanggan yang nggak pernah diambil Dengan bermodal baju bekas itu mereka jadi pasangan lansia paling modis di dunia
Spanduk Bakal Calon Wali Kota Tangsel Mulai Bertebaran

Spanduk Bakal Calon Wali Kota Tangsel Mulai Bertebaran

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 189 hits
Spanduk Bakal Calon Wali Kota Tangsel Mulai Bertebaran Jelang pemilihan Walikota Tangerang Selatan periode 2021 2026 sejumlah baliho spanduk dan poster bakal calon menghiasi jalan protokol di Tangerang Selatan
Samsung Mengacah Dan Memberikan Petanda Peranti Yang Bakal Diperkenalkan Bersama Galaxy Note 20

Samsung Mengacah Dan Memberikan Petanda Peranti Yang Bakal Diperkenalkan Bersama Galaxy Note 20

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 235 hits
Samsung hari ini telah hadir dengan video acah terbaru memperlihatkan secara kasar dan memberikan petanda berkaitan produk yang bakal dilancarkan mereka pada acara Unpacked bulan Ogos 2020 ini Samsung sedia menjanjikan pengenalan lima peran...
4 Tahun Menanti Album Penuh Pertama Blackpink The Album Bakal Temui Peminat 2 Oktober Nanti

4 Tahun Menanti Album Penuh Pertama Blackpink The Album Bakal Temui Peminat 2 Oktober Nanti

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 270 hits
Akhirnya selepas 4 tahun menanti BLACKPINK dikhabarkan bakal meriliskan album penuh pertama mereka tak lama lagi Menurut teaser yang dikeluarkan oleh YG Entertainment album yang dinamakan BLACKPINK THE ALBUM disahkan bakal bertemu peminat p...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut