Vigneswaran Itu Video Lama Mungkin Dia Dah Berubah


M Fakhrull Halim  |   19 Nov 2018     Biarpun berbeza fahaman politik, Presiden Dewan Negara S Vigneswaran hari ini tampil membela Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy yang kini dikecam susulan klip video lamanya yang dikatakan memburukkan nama negara.
Vigneswaran dalam sidang medianya di parlimen hari ini menyifatkan adalah tidak adil untuk menghukum Waythamoorthy atas video yang dirakam sepuluh tahun lalu. 

“Yang dia cakap tu lama dulu. Kita sekarang ni (jika mengadili Waythamoorthy), tidak adillah. Mungkin dia dah berubah pendirian sejak berkhidmat dalam kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, Vigneswaran mengingatkan Waythamoorthy agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.
“Dia cakap banyaklah dulu. Di India pun kita tak ada patung sebesar Dewa Muruga seperti di Batu Caves, sekarang baru ada. Kita aman damai.
“Menteri perpaduan mesti berhati-hati dalam apa jua kenyataan, kerana ia mungkin boleh menimbulkan kesan negatif,” katanya. 

Mengulas berhubung desakan agar Waythamoorthy meletakkan jawatan, Vigneswaran berkata beliau menyokong sesiapa saja yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat India.

“Untuk saya sebagai pemimpin masyarakat India, saya tak kisah siapa pun dia, asalkan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat India.
“Jika ada kelebihan kepada kaum India melalui Waythamoorthy pun ok lah. Kalau (boleh) dapat pertolongan melalui menteri, sangat bagus.
“Tapi kalau nak komen (tentang) dia, banyak yang ada (untuk dikomen), tapi saya tak mahu menggunakan platform ini (sidang media),” katanya lagi. 

Waythamoorthy sebelum ini dikecam berhubung klip video yang mengandungi wawancaranya dengan siaran TV luar negara.Susulan penularan klip video itu, Waythamoorthy diasak dengan laungan ‘rasis!’ bertubi-bertubi daripada pemimpin Umno dan PAS di Dewan Rakyat.

Beliau kemudian tampil menjelaskan bahawa klip video berkenaan dirakam pada 2007 ketika negara di bawah pentadbiran BN, yang menurutnya, mengabaikan nasib masyarakat India di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Vigneswaran yang juga presiden MIC menyatakan keterbukaan partinya untuk bekerjasama dengan PAS. 

Isu itu timbul apabila Umno secara terbuka menghulurkan tangan kepada PAS untuk 'bersatu’ di Himpunan Perpaduan Ummah 17 Nov lalu.
“Ini negara membangun, politik kita kini semakin matang.
“Jika untuk kelangsungan parti, Umno dan Pas mahu bergabung, saya rasa itu terpulang kepada mereka.

“Jika DAP boleh selesa dengan Amanah, apa bezanya dengan PAS?” katanya lagi. 
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://idahsalam.blogspot.com/2018/11/vigneswaran-itu-video-lama-mungkin-dia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Kisah Lama Moorthy

Itu Kisah Lama Moorthy

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 250 hits
Muhammad Shamsul Abd GhaniWaytha Moorthy SHAH ALAM Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkata penyebaran video yang tular berhubung kenyataan kontroversinya mengenai berlakunya pencabulan hak asasi di Malaysia merupakan sed...
Kita Mungkin Akan Dapat Melihat Tamagotchi Bertemakan Pokemon Tidak Lama Lagi

Kita Mungkin Akan Dapat Melihat Tamagotchi Bertemakan Pokemon Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 197 hits
Tamagotchi merupakan salah satu gajet permainan yang popular pada era 90 an dimana para pemiliknya akan mengambil berat dan membela makhluk maya melaluinya termasuk memberi makan menjaga kesihatan melatih dan sebagainya Terkini mengikut gam...
Video Najib Mengaku Mungkin Ditipu Jho Low Skandal 1mdb

Video Najib Mengaku Mungkin Ditipu Jho Low Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 282 hits
Jika sebelum ini bekas menteri dan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengaku semua ditipu dalam skandal 1MDB kini giliran Najib pula mengakui ditipu Jho Low Foto Sinar Harian LIVESHAH ALAM Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau ditipu...
Hindraf Pun Suka Perlekehkan Ucapan Orang Lain Dengan Menggunakan Video Lama Bidas Ustaz

Hindraf Pun Suka Perlekehkan Ucapan Orang Lain Dengan Menggunakan Video Lama Bidas Ustaz

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 292 hits
Membidas Islam terutamanya menggunakan petikan petikan ucapan dari rakaman lama itu juga dilakukan oleh Hindraf dan P Waytha Moorthy kata Ustaz Firdaus Wong dalam satu kenyataan di Facebooknya Menurut Ustaz Firdaus meskipun Menteri Perpadua...
Bersenam Kawal Gula Kalau Nak Hidup Lama

Bersenam Kawal Gula Kalau Nak Hidup Lama

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 339 hits
Bernama Sesuatu yang manis itu bukan semestinya baik untuk kesihatan dan kebenaran kata kata ini tentunya lebih dirasai penghidap diabetes atau penyakit kencing manis Penulis sememangnya tidak tahu tentang penyakit ini semasa kecil berbandi...
Penyelesaian Gangguan Siaran Tv Digital Dijangka Tidak Lama Lagi

Penyelesaian Gangguan Siaran Tv Digital Dijangka Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 175 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata penyelesaian berhubung isu gangguan perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV yang sedang berlaku diharap dapat dicapai minggu depan Beliau berkata...
Tajuddin Saya Dah Lama Curiga Pada 1mdb Jho Low

Tajuddin Saya Dah Lama Curiga Pada 1mdb Jho Low

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 163 hits
Diterbitkan 22 Nov 2018 9 23 malamAnggota Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mengakui yang beliau telah lama menyimpan rasa curiga terhadap 1MDB sejak dua tahun lalu lebih lebih lagi terhadap Jho Low Katanya beliau telah pun mendesa...
Pernikahan Anda Tak Akan Lama Karena Alasan Ini

Pernikahan Anda Tak Akan Lama Karena Alasan Ini

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 232 hits
Menikah hampir menjadi impian semua orang di dunia rasanya hidup tidak akan lengkap tanpa menikah Menikah harus mempunyai alasan yang kuat alasan yang logis bukan hanya sekedar melampiaskan nafsu saja bukan hanya sekedar coba coba atau main...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment