Upgrade Carseat Nuha Koopers Z Lucafix Zip 360



Bismillah

It's a Y2020 upgrading story again

Kali ni aku nak cerita pasal carseat baru Nuha pulak. Actually aku memang dah lama rancang nak beli carseat baru sebab all this while, Nuha hanya bergantung pada baby carrier je. Kadang-kadang kalau aku kena drive sendiri, dia boleh bukak harness tu dan berdiri. Amak is ngeri! Lagipun baby carrier tu memang dah tak sesuai dengan saiz dia yang makin debab dan panjang tu

Lagi pulak dengan penetapan undang-undang pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak tahun ni kan, lagilah aku nak cepat-cepat belikan carseat baru

Masa beli Tavo dulu, aku dah jumpa 2 model carseat idaman aku both jenama Joie. Tapi aku hold dulu. Hold punya hold, bila aku check balik dengan kedai tu - All sold out. Ok sila gelakkan aku. Aku memang insist nak beli kat kedai tu sebab masa beli Tavo dulu aku dapat voucher. Dapatla juga berjimat kan
Aku try survey-survey balik dan berkenan pulak dengan review Koopers. Koopers ada beberapa model carseat tapi aku berkenan dengan Lucafix ni. Masa aku check dengan kedai tu, ada satu je tinggal. Satu yang baru dalam kotak dan satu lagi yang display. Tanpa fikir panjang, aku book terus

Petang tu jugak, aku ajak suami aku terus pecut ke kedai baby tu. Datang-datang je, perkenalkan diri dan terus dia tunjuk kotak carseat siap dah ada nama aku. Hekhekhek
Sebelum tu kami test drive (betul ke term ni?) jugaklah carseat tu sekejap. Aku tengok Nuha macam syiok je duduk dalam tu. Diam je tak menangis. Tanpa berlengah, terus buat bayaran dan yang paling best staff dia tolong pasangkan carseat tu terus kat dalam kereta kita
Ini antara review yang aku nak emphasize:

1. Approved by standard. ECE R44/04. Maksudnya memang follow standard. Bukan copycat, inspired ke copy ori ke apa. No
2. ISOFIX dengan top-tether. Ni kena cek kereta korang ada Isofix system ke tak. Isofix carseat akan lebih stabil. Kalau bukan Isofix, carseat korang biasanya diikan guna tali pinggang keselamatan kereta macam yang kita pakai tu je. Top-tether tu pulak macam second harness kepada Isofix tu
3. Beli satu carseat ni je, boleh guna dari baby sampai 12 tahun. Jimat kan? Sebabnya Lucafix ni memang untuk 0-36 kg (0-18 kg, rearward-facing and 9-36 kg, forward facing). Untuk Nuha, aku remove padding kepala dan back-padding untuk kegunaan baby sebab dia dah setahun lebih
4. Five-point harness system with auto adjustment. Senang je nak pasang. Tak payah terkial-kial nak adjust tali bahu tu sangat. Nak bukak kena struggle sikit demi keselamatan. Sebab kalau senang bukak, jawabnya anak kau boleh berdiri kat luar carseat tak sampai sejam~5. 6-years warranty dan kalau kata berlaku kemalangan, it's 1-to-1 exchange. Maksudnya kalau carseat rosak sebab kemalangan, kita boleh exchange dengan yang baru
6. Paling best, Lucafix ni boleh berpusing 360 darjah dengan hanya detach je top-tether, tak perlu nak cabut the whole chunk of the carseat. Katakanlah anak kau tengah forward facing dan tiba-tiba dia berak; detach je top-tether dan pusingkan je carseat to menghadap kau yang duduk kat sebelah dan tukar pampers jadi senang! Nak makan ke nak bagi susu ke nak bagi jajan ke nak tepuk-tepuk ke senang. Boleh pusing je carseat tu. Korang faham ke aku explain ni~? Nah tengok video:Again untuk parents out there yang tengah study pasal carseat- Aku harap perkongsian aku ni sedikit sebanyak membantu dalam pertimbangan korang. Semoga dipertemukan dengan carseat yang sesuai ya. Paling penting, jangan ikut-ikut orang. Jangan tengok Instafamous pakai brand apa. Beli ikut features yang diperlukan, tengok bajet sendiri dan paling penting- utamakan keselesaan dan keselamatan anak. 
FYI, Tavo dan Lucafix ni aku beli kat The Baby Store, Indah Alam Condominium Shot Lot, Shah Alam. Boleh cek IG mereka. Tapi aku terus 'serang' kedai sebab cepat. Layanan pekerja kedai ni pun bagus sangat-sangat

Alhamdulillah pencarian kami rasanya (rasanya) dah selesai. Both cars now dah ada carseat dan stroller masing-masing. Bukan nak menunjuk ke apa, tapi memang perlu. Ada masa aku outstation dan suami aku kena handle Nuha sendiri. Ada masa dia yang outstation (selalnya memang dia la yang outstation) dan aku akan handle Nuha sendiri. Fair enough, kan? Sebab tu kami kena ada dua set. Tapi kami tak nyesal sebab esok lusa boleh je guna untuk adik-adik Nuha kan~ (adik-adik?) Hmmm.

Insya Allah kita dah berusaha, moga Allah lindungi kita. Amin
Dhiya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dhiyadahlia.blogspot.com/2020/01/upgrade-carseat-nuha-koopers-z-lucafix.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Upgrade Stroller Nuha To Tavo Basic Edge R

Upgrade Stroller Nuha To Tavo Basic Edge R

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 265 hits
BismillahNuha is growing As such kami bersetuju untuk upgrade stroller yang lebih compact Make them two supaya tak payah susah susah angkut stroller Quinny tu masuk kereta satu lagi in case we want to travel with another car All this while ...
Nuha Food Journey Sagu Gula Melaka

Nuha Food Journey Sagu Gula Melaka

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 561 hits
BismillahHah Nuha makan sagu gula melaka Gula Sugar Eh tak tak tak Jangan la gelabah sangat k Aku lama tak menulis so bagi can la buat gempaq sikit Btw aku memang memasak je tapi aku sangat busy dengan hal kerja di awal tahun sampaikan tak ...
Upgrade Dari Gred G Ke A Mira Filzah Kongsi Rahsia Belajar Hingga Boleh Dinobat Pelajar Cemerlang

Upgrade Dari Gred G Ke A Mira Filzah Kongsi Rahsia Belajar Hingga Boleh Dinobat Pelajar Cemerlang

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 220 hits
Bergelar sebagai seorang pelajar cemerlang terutamanya di sekolah sememangnya diimpikan oleh kebanyakan pelajar Apa tidaknya selain dapat meningkat mutu peribadi sendiri pencapaian itu juga dapat membanggakan kedua dua ibu bapa dan keluarga...
Upgrade Ke Android Tv Box

Upgrade Ke Android Tv Box

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 408 hits
Lebih 2 bulan Njoi rosak Ntah apa la masalah dia Buat dan try la repair guna tutorial dalam website Njoi Tak berjaya juga Malas nak panggil orang Njoi tengokkan Jadi nya biar je Kami pun jarang sangat tengok TV Anak anak banyak layan tablet...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand