Umno Tak Layak Dapat Permohonan Maaf Patut Syukur Dapat Talian Hayat


malaysiakini,com
RK AnandDiterbitkan: Oct 1, 2024 8:55 AM
Selepas disingkirkan daripada tampuk kuasa pada pilihan raya umum (PRU) 2018, Umno mengalami prestasi terburuk dalam pilihan raya negara empat tahun kemudian tetapi masih berjaya kembali ke dalam pentadbiran selepas menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Susulan kemenangan berturut-turut dalam pilihan raya kecil (PRK), Ahli Majlis Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini meminta PH memohon maaf kerana memberi gambaran buruk kepada partinya selama beberapa dekad.

Ahli akademik Tajuddin Mohd Rasdi bersetuju dengan Nur Jazlan bahawa tiada satu parti pun boleh mengaku sebagai tulang belakang kerajaan perpaduan ketika ini.

Bagaimanapun Tajuddin berkata senarai panjang kesalahan Umno menyebabkan ia tidak layak menerima permohonan maaf.

“Siapa yang hampir bankrapkan negara kalau bukan Umno? Siapa yang menyemai benih permusuhan kaum kalau bukan Umno?

“Siapa yang ajar (Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad) Akmal (Saleh) menggunakan kata-kata penghinaan untuk memenangi pengundi sesuatu kaum dengan mengorbankan maruah orang lain, siapa lagi kalau bukan veteran Umno, khususnya bekas presidennya yang paling lama berkhidmat Dr Mahathir Mohamad?” katanya kepada Malaysiakini.
Tajuddin Mohd RasdiBertentangan dengan dakwaan Nur Jazlan bahawa PH "sangat memerlukan" Umno untuk terus berkuasa, dia menegaskan bahawa gabungan pimpinan Anwar Ibrahim yang menawarkan talian hayat buat Umno yang "terdesak" selepas PRU lalu.

Profesor seni bina, yang mendiagnosis Nur Jazlan menghidap "penyakit Akmal dalam menuntut mohon maaf", menegurnya kerana tidak menggunakan talian hayat kedua ini untuk membetulkan kesalahan Umno yang lalu.

“Daripada menggunakan kemenangan PRK untuk merapatkan hubungan antara bekas lawan bagi membuka lembaran baru ke arah Malaysia yang lebih baik, Nur Jazlan memilih untuk membuka luka lama,” katanya.

Tajuddin menarik perhatian bahawa jika Umno memilih untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN), perananya sebagai parti mewakili orang Melayu akan berkurang memandangkan PAS dan Bersatu juga membawa imej itu.

“Dalam kerajaan sekarang, saya ingin berfikir bahawa walaupun PH mempunyai bahagian terbesar ahli parlimen, Umno berdiri sama tinggi dengan yang lain sebagai rakan kongsi yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, Tajuddin berkata kenyataan Nur Jazlan membuktikan bahawa tabiat lama sukar dihentikan dan Umno masih bekerja di bawah khayalan bahawa ia "abang besar" yang mesti dihormati.
Nur Jazlan Mohamed“Ini mungkin kedengaran agak klise, tetapi memandangkan pemimpin Umno seperti masih tak tahu, terpaksa diulang - penghormatan diraih oleh yang berhak, bukan dituntut.

"Nur Jazlan bersifat kebudak-budakan apabila menuntut permohonan maaf," katanya, sambil menyifatkan ia sebagai "kacang lupakan kulit" atau "tidak bersyukur".

Semasa perhimpunan agung Umno pada Ogos, pemimpin seperti Akmal menjelaskan bahawa parti itu tidak akan berpuas hati dengan menjadi rakan kongsi dalam gabungan pemerintah.

Dalam ucapannya, ahli politik yang terkenal dengan kenyataan kontroversinya itu menegaskan Umno mesti menjadi kuasa dominan semula.

Nur Jazlan, sebaliknya, mengingatkan bahawa "keangkuhan" boleh merungkai kerjasama antara parti-parti yang penting bagi kerajaan perpaduan dalam menghadapi PRU akan datang.

Dia berkata PH tidak boleh lagi berpegang kepada "sentimen lama" bahawa Umno korup.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/umno-tak-layak-dapat-permohonan-maaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lokman Balun Pas Bila Terdesak Mula Cari Talian Hayat Bersama Umno

Lokman Balun Pas Bila Terdesak Mula Cari Talian Hayat Bersama Umno

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 67 hits
TERBAIK LOKMAN ADAMADAKAH PAS MAHU TINGGALKAN BERSATU SEPERTI MANA MEREKA TINGGALKAN UMNO LOKMAN BALUN PAS BILA TERDESAK MULA CARI TALIAN HAYAT BERSAMA UMNO
Sultan Selangor Berkenan Menerima Permohonan Ampun Menteri Besar Kedah

Sultan Selangor Berkenan Menerima Permohonan Ampun Menteri Besar Kedah

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 66 hits
bharian com myOleh September 26 2024 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Gambar kecil Muhammad Sanusi Md Nor SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besa...
Borang Nikah Proses Permohonan Kebenaran Kahwin

Borang Nikah Proses Permohonan Kebenaran Kahwin

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 89 hits
Bagi pasangan Muslim di Malaysia yang ingin berkahwin pastikan anda melengkapkan segala borang nikah yang wajib diisi bagi membolehkan permohonan nikah anda diterima oleh Jabatan Agama Islam negeri masing masing Borang yang diisi tidak leng...
Penerangan Dan Login Mypersonaliti Mara Bagi Permohonan Pinjaman Pendidikan Mara

Penerangan Dan Login Mypersonaliti Mara Bagi Permohonan Pinjaman Pendidikan Mara

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 84 hits
Bagi calon yang ingin memohon pinjaman pendidikan atau permohonan jawatan daripada Majlis Amanah Rakyat salah satu cara utama adalah menjalani ujian psikometrik melalui portal MyPersonaliti MARA Ujian ini bertujuan untuk menilai sikap perso...
Sijil Halal Dasar Sedia Ada Kekal Permohonan Bersifat Sukarela Zahid

Sijil Halal Dasar Sedia Ada Kekal Permohonan Bersifat Sukarela Zahid

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 106 hits
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju mengekalkan dasar sedia ada bahawa permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia perlu bersifat sukarela seperti mana ia dilaksanakan sejak 1974 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Ham...
Hiburan Tarikh Sebutan Permohonan Cerai Belum Ditetapkan Fazura Mahu Dilepaskan Cara Baik

Hiburan Tarikh Sebutan Permohonan Cerai Belum Ditetapkan Fazura Mahu Dilepaskan Cara Baik

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 78 hits
Sedia maklum minggu lalu berita mengenai selebriti terkenal Fazura memfailkan penceraian terhadap suami Fattah Amin sememangnya mengejutkan ramai pihak dan susulan itu aktres tersebut mahu dirinya dilepaskan cara baik Melalui dari laporan U...
Borang Mykasih 2024 Syarat Permohonan Dan Cara Mohon

Borang Mykasih 2024 Syarat Permohonan Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 83 hits
Kerajaan terus menambahbaik program bantuan Sumbangan Asas Rahmah melalui kerjasama dengan MyKasih Foundation dan individu yang layak boleh memohon dengan mengisi borang MyKasih MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh n...
Cara Buat Surat Rasmi Permohonan Cuti Dan Alasan Surat Permohonan Cuti

Cara Buat Surat Rasmi Permohonan Cuti Dan Alasan Surat Permohonan Cuti

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 68 hits
Dalam situasi kerja tidak dapat dinafikan bahawa ada masanya kita perlu memohon cuti atas pelbagai alasan Oleh itu adalah penting untuk memahami cara menulis surat rasmi permohonan cuti yang jelas dan lengkap Surat ini bukan sahaja bertujua...
Akmal Not Told To Stay Away From Mahkota Campaign Umno Leader

Akmal Not Told To Stay Away From Mahkota Campaign Umno Leader

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 105 hits
MAHKOTA BY ELECTION Umno supreme council member Ahmad Maslan denied that party youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh was asked to stay away from the campaign over the halal certification issue He said the situation between Akmal and DAP s Tere...
Sbdj Siri 213 Tak Rela Mati Katak

Khadijah Ibrahim Injured In Sabah Road Accident

Create A Luxury Brand Name

12 Kit Ujian Kehamilan Terbaik Paling Tepat

Mahkota The Byelection That Shouldn T Have Been

Doa Memejamkan Mata Mayit

Come Back On Track 2024

Sentuhan Selamat Dan Akta Kanak Kanak 2001


echo '';
5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat

Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan Akhir 30 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton

Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton


Cara Mudah Solat Jenazah

Petua Cantik Secara Semulajadi Rahsia Awet Muda Ala Dapur Sendiri

Fattah Bawa Diri Kerja Dengan Pak Mat Western

Retinol Ibu Mengandung Tak Boleh Pakai

Ted Talks About Leadership

What Is Transformational Leadership