Ulasan Filem The Fantastic Four First Steps


Assalamualaikum dan salam sejahtera

The Fantastic Four: First Steps (2025) merupakan sebuah filem adiwira terbaru yang diadaptasi daripada komik terkenal terbitan Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, filem ini menandakan kemunculan semula pasukan Fantastic Four ke dalam dunia sinematik Marvel. Ia juga merupakan filem ke-37 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Matt Shakman, yang sebelum ini dikenali melalui siri WandaVision (2021), dan secara rasmi ditayangkan pada 21 Julai 2025. 


ULASAN FILEM: THE FANTASTIC FOUR : FIRST STEPS (2025)

Pengarah : Matt ShakmanLakonlayar : Josh Friedman, Eric Pearson, Jeff Kaplan, Ian SpringerCerita : Eric Pearson, Jeff Kaplan, Ian Springer, Kat WoodPenerbit : Kevin FeigeCinematografi : Jess HallEdit : Nona Khodai, Tim RocheMuzik : Michael GiacchinoDurasi : 114 minitBajet : USD $200 Juta
Rotten Tomatoes : 86%Metacritic : 65/100CinemaScore : A-
BARISAN PELAKON FILEM THE FANTASTIC FOUR: FIRST STEPS (2025)
Pedro Pascal sebagai Reed Richards / Mister Fantastic | Seorang saintis genius dan ketua pasukan Fantastic Four, dengan keupayaan meregangkan tubuhnya seperti getah.Vanessa Kirby sebagai Sue Storm / Invisible Woman | Ahli pasukan yang boleh menjadi halimunan dan menghasilkan medan tenaga pelindung.Ebon Moss-Bachrach sebagai Ben Grimm / The Thing | Rakan pasukan yang memiliki kekuatan luar biasa dan tubuh seperti batu selepas terdedah kepada sinaran kosmik.Joseph Quinn sebagai Johnny Storm / Human Torch | Adik Sue Storm yang mampu menyala menjadi api, terbang, dan mengawal suhu panas.Julia Garner sebagai Shalla-Bal / Silver Surfer | Utusan Galactus yang memiliki kuasa kosmik dan boleh meluncur di angkasa. Sarah Niles sebagai Lynne Nichols | Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada organisasi Future Foundation.Mark Gatiss sebagai Ted Gilbert | Hos rancangan bual bicara popular yang dinamakan The Ted Gilbert Show.Natasha Lyonne sebagai Rachel Rozman | Seorang guru sekolah dan juga minat romantik kepada Ben Grimm.Paul Walter Hauser sebagai Harvey Elder / Mole Man | Musuh utama yang tinggal di bawah tanah dan mengancam dunia permukaan.Ralph Ineson sebagai Galactus | Makhluk kosmik gergasi yang memakan tenaga planet untuk terus hidup.Matthew Wood sebagai suara H.E.R.B.I.E. | Robot pintar yang menjadi pembantu kepada pasukan Fantastic Four. Nama penuhnya: Humanoid Experimental Robot B-Type Integrated Electronics.
SINOPSIS PENUH FILEM THE FANTASTIC FOUR: FIRST STEPS (2025)
Pada tahun 1964 di Bumi-828, dunia menyambut ulang tahun keempat kejayaan empat angkasawan, Reed Richards, Sue Storm, Ben Grimm, dan Johnny Storm yang telah menjadi pasukan adiwira dikenali sebagai Fantastic Four. Mereka memperoleh kuasa luar biasa selepas terdedah kepada sinaran kosmik ketika misi angkasa. Sejak itu, mereka menjadi selebriti dan bertempur dengan penjahat-penjahat hebat, di samping menyumbang kepada kemajuan teknologi melalui ciptaan Reed dan keamanan global melalui usaha diplomatik Sue dalam organisasi Future Foundation


Apabila Reed dan Sue mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata, dunia bersiap sedia menyambut kehadiran bayi itu dan tertanya-tanya sama ada anak mereka juga akan memiliki kuasa luar biasa


Beberapa bulan kemudian, Silver Surfer tiba di Bumi dan mengisytiharkan bahawa planet ini telah ditandakan untuk dimusnahkan oleh makhluk kosmik pemusnah planet, Galactus. Reed menyiasat kehilangan beberapa planet dan mengesahkan ancaman tersebut. Fantastic Four kemudian menjejaki isyarat tenaga Silver Surfer dan menggunakan sistem perjalanan lebih pantas daripada cahaya (FTL) untuk ke sebuah planet lain. Namun, sebaik mereka tiba, planet tersebut dimusnahkan oleh kapal Galactus dan mereka ditawan

Galactus mendedahkan bahawa dia memiliki kelaparan kosmik yang tiada penghujung dan telah memusnahkan planet selama jutaan tahun. Dia mengesan bahawa anak dalam kandungan Sue memiliki tenaga kosmik luar biasa yang boleh menggantikan kelaparannya. Galactus menawarkan untuk menyelamatkan Bumi jika mereka menyerahkan bayi itu, dan menyebabkan Sue bersalin awal. Namun, pasukan itu enggan tunduk dan melarikan diri dari kapal tersebut. Mereka menggunakan tarikan graviti daripada bintang neutron untuk melambatkan Silver Surfer dan menghantar diri mereka kembali ke Bumi walaupun sistem FTL musnah dalam proses itu. Dalam perjalanan pulang, Sue melahirkan seorang bayi lelaki bernama Franklin


Sebulan selepas kembali ke Bumi, Reed mendedahkan apa yang berlaku dalam satu sidang media. Keputusan mereka untuk menyelamatkan seorang anak daripada mengorbankan berbilion nyawa lain mencetuskan kemarahan orang ramai, dan ada yang menyeru agar Franklin diserahkan kepada Galactus. Johnny mula mentafsir bahasa asal Silver Surfer hasil interaksinya dengannya serta isyarat dari angkasa lepas yang Reed kesan dari planet asalnya


Pasukan itu juga menemui siaran dari planet-planet yang telah dimusnahkan oleh Galactus. Ketika Galactus semakin hampir dan tekanan terhadap Fantastic Four semakin memuncak, Sue membawa Franklin bertemu dengan para penunjuk perasaan. Dia menjelaskan bahawa mereka tidak akan mengorbankan anak mereka, tetapi juga tidak akan menyerah terhadap nasib manusia sejagat


Reed merangka rancangan untuk membina jambatan teleportasi gergasi di seluruh dunia supaya Bumi boleh dipindahkan ke sistem suria lain yang tidak dapat dijejaki oleh Galactus. Melalui Future Foundation, Sue menggerakkan negara-negara dunia untuk membina jambatan tersebut dan menjimatkan tenaga bagi mengaktifkannya


Namun, ketika jambatan hampir diaktifkan, Silver Surfer kembali dan mula memusnahkannya. Johnny menghalang Surfer daripada menghancurkan jambatan terakhir di Times Square, dan mendedahkan bahawa dia telah mengetahui identitinya iaitu Shalla-Bal yang menjadi utusan Galactus demi menyelamatkan dunianya, Zenn-La. Mendengar rakaman dari planet yang dia bantu musnahkan, Shalla-Bal berasa kesal, tetapi tetap enggan membantu dan melarikan diri


Fantastic Four kemudian menggunakan Franklin sebagai umpan untuk memerangkap Galactus di jambatan terakhir dan menghantarnya melalui portal. Sue membuat perjanjian dengan Harvey Elder untuk memindahkan warga kota New York ke bandar bawah tanahnya, Subterranea. Galactus tiba dan berjaya menangkap Franklin sambil mengelak perangkap. Sue menggunakan segala kuasanya untuk menolak Galactus ke dalam portal dengan medan tenaga, manakala Reed menyelamatkan Franklin. Johnny cuba mengorbankan diri untuk menolak Galactus buat kali terakhir, tetapi dihalang oleh Shalla-Bal. Dia sendiri yang menolak Galactus ke dalam portal, yang kemudian tertutup di belakang mereka

Sue mati akibat keletihan kuasanya, tetapi dihidupkan semula oleh kuasa Franklin. Pasukan Fantastic Four kemudian memulakan misi baharu ketika dunia menyambut ulang tahun kelima mereka sebagai wira dunia

Empat tahun kemudian, Sue sedang membacakan buku kepada Franklin di rumah. Apabila dia keluar sebentar untuk mengambil buku lain, dia kembali dan mendapati Franklin sedang berinteraksi dengan seorang lelaki berjubah hijau yang memegang topeng logam

ULASAN FILEM THE FANTASTIC FOUR: FIRST STEPS (2025)

Jalan Cerita | Jalan cerita dalam filem Fantastic Four (2025) memang senang nak hadam dan tak berselirat macam sesetengah filem adiwira lain. Berbeza dengan versi-versi sebelum ini, filem kali ini bermula ketika mereka dah pun menjadi Fantastic Four selama empat tahun. Jadi, kita tak perlu lalui lagi bab-bab asal-usul atau macam mana mereka dapat kuasa. Fokus utama kali ini lebih besar iaitu ancaman dari makhluk kosmik Galactus yang mahukan bayi Sue dan Reed, iaitu Franklin Richards. Pesanan dari Galactus ini disampaikan oleh Silver Surfer, yang muncul dengan misi misterinya


Disebabkan durasinya yang agak pendek (lebih kurang dua jam), filem ni memang padat dengan aksi dan momen-momen penting. Tak ada masa untuk babak meleret, jadi setiap adegan rasa penting. Tapi apa yang buat filem ni lebih menyentuh adalah tema kekeluargaan yang sangat kuat dari awal sampai akhir. Kita dapat rasa kasih sayang dalam pasukan, dan lebih-lebih lagi hubungan antara ibu dan anak. Babak yang paling emosional mestilah saat Shalla-Bal mula teringat kisah silamnya, serta babak Sue Storm “meninggal” dan kemudian dihidupkan semula oleh Franklin sebagai satu simbol hubungan anak dan ibu yang sangat kuat dan menyentuh hati


Lakonan | Lakonan dalam filem ni memang on point. Keempat-empat pelakon utama berjaya membawakan watak mereka dengan penuh perasaan dan gaya tersendiri. Vanessa Kirby sebagai Sue Storm boleh dikatakan sebagai bintang utama sebab dia berjaya bawakan watak wanita kuat yang juga seorang ibu, dengan emosi yang real dan menyentuh hati. Pedro Pascal sebagai Reed Richards pun memang mantap, memperlihatkan sisi genius dan lembut dalam masa yang sama. Ebon Moss-Bachrach dan Joseph Quinn juga sangat serasi, memberi keseimbangan antara aksi dan humor yang tak berlebihan


Satu lagi lakonan yang patut diberi pujian adalah Julia Garner sebagai Silver Surfer. Versi Surfer yang ini sangat berbeza daripada yang kita biasa tengok iaitu lebih misteri, lebih emosi, dan lebih mendalam. Kita boleh rasa konflik dalaman dalam dirinya, antara taat pada Galactus dan kesal atas kemusnahan yang dia bantu lakukan. Babak dia “surfing” pun memang memukau — setiap pergerakan rasa penuh makna, bukan sekadar aksi kosong. Secara keseluruhan, setiap pelakon memberikan nyawa kepada watak masing-masing dengan sangat baik


Visual | Dari segi visual, filem ini memang satu jamuan mata. Gaya retro-futuristik yang dibawakan memberikan kelainan yang besar dari filem-filem MCU sebelum ni. Setiap babak terasa seperti satu panel komik hidup, penuh warna, gaya, dan tekstur yang menarik. Pengarah Matt Shakman yang sebelum ini berjaya dengan gaya visual unik dalam WandaVision, sekali lagi menunjukkan sentuhan magisnya di sini. Tak rasa seperti filem MCU biasa , kali ini lebih artistik, lebih berani, dan sangat bergaya


Antara visual paling memukau sudah tentu babak di kawasan Black Hole, kemunculan Galactus yang gergasi dan menyeramkan, serta dunia-dunia lain yang sempat dilawati pasukan ini. Setiap tempat dan suasana dibina dengan perincian yang sangat teliti. Penggunaan cahaya, warna, dan CGI semua digabung dengan kemas tanpa rasa “over”. Bila tengok filem ni di pawagam, memang rasa berbaloi, memang satu pengalaman sinematik yang betul-betul menghiburkan


Muzik | Muzik dalam filem ni juga main peranan besar dalam menjadikannya satu pengalaman yang epik. Komposer Michael Giacchino, yang memang terkenal dengan hasil kerja hebat dalam filem Marvel dan Pixar sebelum ini, sekali lagi membuktikan kebijaksanaannya. Lagu tema utama filem ni memang ikonik, sekali dengar dah boleh rasa semangat adiwira, ketegangan, dan emosi yang mengalir dalam cerita


Muzik yang dimainkan dalam babak-babak penting juga membantu mengangkat emosi penonton. Dari saat tenang bersama keluarga, ke detik-detik mendebarkan di angkasa, setiap susunan muzik terasa kena dan menyatu dengan penceritaan. Muzik latar ketika Sue dan Franklin bersatu semula, atau ketika Galactus muncul buat kali pertama, semuanya menguatkan impak adegan tersebut. Ringkasnya, muzik dalam filem ni bukan sekadar pelengkap, tapi benar-benar sebahagian daripada jiwa filem



Babak Kredit | Walaupun babak kredit hanya berlangsung beberapa saat, tapi impaknya besar dan meninggalkan banyak persoalan. Kita lihat Sue Storm sedang membaca buku kepada anaknya, Franklin, dalam suasana yang tenang dan damai, seolah-olah semuanya sudah kembali normal selepas peristiwa besar sepanjang filem. Tapi suasana itu berubah sebaik saja dia keluar sekejap, dan kembali mendapati Franklin sedang bercakap dengan seorang lelaki misteri berjubah hijau dan memegang topeng logam. Tanpa perlu dialog pun, peminat Marvel dah tahu itulah Dr. Doom, salah satu watak paling ikonik dan kompleks dalam komik Marvel


Dr. Doom yang muncul di akhir babak kredit memang mengejutkan, lebih-lebih lagi bila kita tahu watak itu akan dilakonkan oleh Robert Downey Jr. dalam Avengers: Doomsday. Ia satu pilihan yang berani oleh Marvel, memandangkan beliau sebelum ini dikenali sebagai Tony Stark.  Mungkinkah Marvel ingin “twist” dengan memperkenalkan pelakon baru atau pelakon yang tak dijangka untuk watak penting ini? Apa pun jawapannya, kemunculan Dr. Doom ni memberi isyarat bahawa MCU sedang bergerak ke arah fasa yang lebih berat, lebih gelap, dan mungkin lebih politik. Ia juga membuka ruang untuk F4 berdepan cabaran lebih peribadi dan bukan sekadar ancaman kosmik semata-mata

Secara keseluruhannya, Fantastic Four (2025) adalah satu langkah yang agak meyakinkan dari Marvel Studios, terutama selepas Thunderbolts. Ia mungkin bukan filem paling sempurna dalam MCU, tapi dari segi penceritaan dan pembawaan watak, ia ada banyak yang boleh dihargai, lebih-lebih lagi untuk peminat komik. Filem ini berjaya menyampaikan cerita dengan ringkas tapi padat, tanpa terlalu bergantung pada formula lama. Resipi yang digunakan kali ini terasa lebih kemas, dan jelas mereka cuba membawa sesuatu yang sedikit berbeza daripada versi Fantastic Four sebelum ni


Apa yang buat aku tertarik juga adalah bagaimana filem ni diletakkan dalam kesinambungan MCU. Babak kredit dalam Thunderbolts (2025) yang tunjuk kapal Fantastic Four menuju ke Bumi 616 kini rasa lebih bermakna, dan timbul pula persoalan, apa sebenarnya yang bakal berlaku? Walaupun belum banyak didedahkan, kita dah tahu mereka akan muncul dalam Avengers: Doomsday (2026), dan itu sendiri dah cukup untuk buat ramai tertanya-tanya. Bukan sebab hype semata-mata, tapi sebab potensi cerita yang boleh berkembang dengan kehadiran pasukan F4 dalam dunia yang lebih luas. Untuk itu, aku berikan filem ini :-

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10
Rujukan :-Marvel StudiosGoogle ImageDisney 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/08/ulasan-filem-fantastic-four-first-steps.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpj Johor Performs First Robotic Assisted Uterus Removal Surgery In The South

Kpj Johor Performs First Robotic Assisted Uterus Removal Surgery In The South

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 101 hits
The robotic system helped the surgical team identify the correct lymph nodes while preventing extensive removal Dr Ahmad Shuib Yahaya the consultant gynaecological oncologist at Johor Specialist Hospital led the procedure PETALING JAYA KPJ ...
Access Blocked Unlocking The Secrets Behind Restricted Content

Access Blocked Unlocking The Secrets Behind Restricted Content

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 129 hits
Access Denied Unable to Reach Article on Heisenberg the Mystery Lyricist Visitors attempting to access the link regarding Heisenberg the enigmatic lyricist behind popular Tamil film songs featuring icons like Rajinikanth Jr NTR Vijay and Ka...
Huawei Is Bringing The Pura 80 Series Light Shadow Pop Up Event To Pavilion Kuala Lumpur

Huawei Is Bringing The Pura 80 Series Light Shadow Pop Up Event To Pavilion Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 175 hits
From 25 July to 3 August 2025 Malaysians are invited to immerse themselves in the Pura 80 Series Light Shadow Pop Up Event where cutting edge innovation meets timeless design Experience first hand the Pura 80 Series key selling points and u...
Only 40 Of Malaysians Believe Country Is On The Right Track Says Survey

Only 40 Of Malaysians Believe Country Is On The Right Track Says Survey

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 141 hits
PETALING JAYA Public satisfaction with the government s performance and the country s direction has declined in recent months according to a new public opinion survey by the Institut Masa Depan Malaysia The think tank group said the survey ...
Anwar Reaffirms Commitment To Free Speech After Kl Rally Urges Dialogue Beyond The Streets

Anwar Reaffirms Commitment To Free Speech After Kl Rally Urges Dialogue Beyond The Streets

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 129 hits
People gather for the Turun Anwar rally at Dataran Merdeka in Kuala Lumpur July 26 2025 Picture by Firdaus LatifKUALA LUMPUR July 26 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has reiterated his administration s commitment to freedom of expres...
Retired Chief Judge Told To Toe The Line By Senior Judicial Figure

Retired Chief Judge Told To Toe The Line By Senior Judicial Figure

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 126 hits
RETIRED chief judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli revealed he was pressured by a senior judicial figure to rule in favour of a litigant in a controversial constitutional case against the federal government In his farewell ...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 248 hits
A just city should favour justice and the just hate tyranny and injustice and give them both their just deserts Al Farabi The RM100 handout helps but Malaysians will continue to struggle with their finances given the rising costs of goods s...
Penyanyi Terkenal Ditikam Di Stesen Minyak

Mayat Juara Olimpik Bersemadi Di Atas Gunung

Lirik Lagu Disaat Aku Pergi Dadali

Can Madani Deliver One Million Affordable Homes

Recaz Air Mineral Semulajadi Produk Cas Ligas Kumpulan Pmint Memang Terbaik Untuk Kesihatan Anda

From The Garage Understanding Motorcycle Engine Oil

Hafiz Suip Bangkit Buat Comeback

Kuiz Ai Kebangsaan 2025 Untuk Murid Sekolah Menengah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Akan Perkenal Tiga Tindakan Susulan Utama Dalam Mendepani Pascatarif As

The Sister Kamu Kamu Lagi Chord

Anwar Urges Shift From Colonial Lens On Asian History

After Grs Ph Pact Bung Says Sabah Umno Ready To Go Solo

Penang To Roll Out Second Phase Of Isejahtera Payments From Aug 6

Bertanya Seorang Teman