Sultan Selamat Rakyat Tenang
Umum mengetahui, satu insiden kekecohan telah berlaku melibatkan Sultan Perak semasa Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan yang diadakan di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh pada pagi Ahad, 31 Ogos 2025.
Ketika itu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis sambutan tersebut. Namun, suasana menjadi kecoh ketika lagu Negaraku sedang berkumandang apabila seorang wanita secara tiba-tiba berjaya mara ke hadapan dan sempat menyentuh tubuh Sultan Perak.
Cubaan mendekati Sultan Perak berjaya digagalkan
Dari sudut taktikal, tindakannya itu menandakan objektifnya telah tercapai dan keadaan boleh menjadi jauh lebih berbahaya sekiranya wanita tersebut membawa senjata seperti pisau atau pistol
Namun, hasil tindakan pantas pasukan keselamatan, wanita tersebut berjaya ditahan untuk tindakan selanjutnya. Alhamdulillah, Sultan Perak tidak mengalami sebarang kecederaan dan majlis dapat diteruskan seperti yang dirancang. Insiden ini juga menegaskan bahawa sebarang kelonggaran mampu membuka ruang kepada ancaman yang tidak dijangka, justeru tahap kesiapsiagaan perlu sentiasa berada di tahap tertinggi
=====================================
04 September 2025 - Khamis (11 Rabiulawal 1447H)
Cuti Rehat Yang Tak Jadi.
Hari ini aku ambil cuti rehat sebab ada urusan yang perlu diselesaikan tapi lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Urusan yang sepatutnya berlangsung, tiba-tiba batal pada saat-saat akhir. Maka tinggallah aku dengan cuti rehat yang kosong — hanya duduk menatap masa yang bergerak perlahan. Esok pula cuti umum dan bersambung dengan cuti hujung minggu
Begitulah hidup.. kadangkala penuh dengan plot twist yang tak dijangka. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya aku masih diberi ruang untuk berehat, menarik nafas panjang dan reset semula tenaga sebelum kembali ke rutin kerja pada minggu hadapan.
@RemajaPurba: cubaan untuk update blog.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2025/09/sultan-selamat-rakyat-tenang.html