Singgah Di Sabak Bernam


Dari Taiping kami terus gerak ke Sabak Bernam rumah kakak saya. Singgahlah kejap sebab lama tak berjumpa. Boleh juga bagi ole-ole sikit. Sampai-sampai je terus solat dulu. Sementara solat, kakak sempat buat char kuetiau basah dan kering untuk dihidangkan.

Selain tu ada pizza, dimsum, buah mangga, apam balik, taufu fa. Banyak betul! Seronok dapat beramai-ramai. Makan sambil menyembang, bergurau senda. Begitulah..


Special untuk kami, kakak masak char kuetiau basah. Makan panas-panas. Sedap wooo...Kakak saya memang berniaga, so masakan kedai rasa seperti di rumah gitu


Ada juga dimsum. Sedap makan panas-panas. Dah sejuk dia keras sikit. Dua menu ni je yang sempat saya makan. Sibuk menyembang mana nak ingat makan-makan. 

Lepas solat maghrib, kami siap-siap nak gerak ke Kuala Lumpur pula. Jadilah dapat menyinggah kejap sejam lebih. Tak sempat rehat dan tak puas menyembang sebenarnya


Tapi takpe, nanti raya haji balik kampung dapat jumpa lagi. InshaAllah. Dorang balik naik keretapi pula. Saja nak rasa pengalaman naik keretapi sampai Segamat. ETS kan ada. 
Pula tu stesen keretapi Segamat pun dah baru. Ini kalilah nak gunakan perkhidmatan yang ada. Dapatlah rehat dari jem kesesakan jalan raya

0.5 duluuu...pesen ambil gambar budak zaman now.

Dapat juga bekalan char kuetiau kering tadi. Ulam tenggek burung, sedap ni pucuk-pucuk muda. Kurang pahit sikit dan rangup. Ada juga kuih kapit 2 bekas. Rosak diet macam ni


Rumah abang ipar saya ada pokok tenggek burung. Dapatlah batangnya boleh tanam. Kena rendam dengan penggalak akar dulu. Dah tumbuh akar baru boleh tanam. 


Harap berhasillah. Nak tanam kat kampung nanti. Tanam di rumah ni entah hidup entah tidak. Nanti dah hidup, dapatlah makan ulam pucuk daun tenggek burung selalu

Bukan itu je. Dapat juga 2 bekas kuih kapit berintikan choco + peanut dan juga kerepek pisang berperisa bawang putih. Rare kan? Pertama kali tengok kerepek pisang tanduk ada berperisa. Ke dah ada lama dah sebenarnya? Saya je baru jumpa


Sedap juga kerepek pisang tanduk berperisa bawang putih ni. Yang meleka pada kerepek pisang tu lah bawang putihnya. Siapa yang suka makan bawang putih mesti suka. Sedap! Sekejapan habis sebungkus ni. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/06/sabak-bernam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singgah The Sheep Sanctuary

Singgah The Sheep Sanctuary

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 231 hits
nbsp Singgah The Sheep Sanctuary Anak buah nieyl ajak pergi sini untuk tengok sheep Turun je tangan dah ada beberapa ekor sheep yang menanti Awal awal lagi penjaga tu dah pesan kotak makanan sila sorokkan sebab sheep ni dia dah kenal kotak ...
Singgah Lavender Garden

Singgah Lavender Garden

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 151 hits
Singgah Lavender Garden Kalau naik brinchang Lavender Garden ni antara tempat yang nieyl nak pergi seingat ni last nieyl naik cameron 2013 now dah 2025 kira kira 12 tahun yang lalu Banyak sangat perubahan lavender garden ni dah banyak tempa...
Pengalaman Singgah Makan Di The Warehouse 1957

Pengalaman Singgah Makan Di The Warehouse 1957

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 140 hits
Pengalaman Singgah Makan di The Warehouse 1957 Cerita makan lagi Bila ada kesempatan memang kami suka singgah makan tempat baru Kali ni kami singgah makan di The Warehouse 1957 Lokasinya di Taiping Inipun secara kebetulan jumpa waktu cari m...
Singgah Sebentar Bergambar Di Empangan Teluk Bahang

Singgah Sebentar Bergambar Di Empangan Teluk Bahang

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 128 hits
Perjalanan dari sampailah di Empangan Teluk Bahang ni mencabar sungguh la Jalan di lereng bukit macam nak pergi Cameron Highland Banyak selekoh tajam Macam jalan bukit putus juga Sepanjang perjalanan kiri kanan dipenuhi dengan dusun buah du...
Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 129 hits
Dah jalan jalan tempat orang tak kan tak ada apa apa nak dibeli bawa balik Kalau dah sampai Penang tu mesti ingat jeruk madu Pak Ali je Teringat lah pula dulu masa zaman study di UiTM Penang balik kampung je mesti beli jeruk Beli timbang ti...
Top 10 Pink Mercedes Benz Cars

Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Capital One To Curb Lounge Access For Some Cardholders

Warisan Terakhir Kisah Badak Sumbu Sumatera Malaysia

Makan Di Ebraheem Coffee

Hiburan Lelaki Mengganas Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua Bakar Kereta

Resepi Daging Masak Hitam Raya Haji 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buy Diamond Chains Malaysia A Guide To Timeless Luxury

Bangi Wonderland Tempat Healing Best Sambil Main Air

Ejen Ali The Movie 2 Kini Filem Animasi No 1 Di Malaysia

Msi Ketua Majelis Syuro Al Muzammil Yusuf Presiden Pks

5 Ups Terbaik Bawah Rm200 Untuk Elak Komputer Mati Mengejut

Berang Ditegur Lelaki Pukul Isteri Guna Gitar Elektrik